!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 28 February 2012

sambungan 4

      Harith Iskandar baru pulang daripada berjumpa dengan teman rapat sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Helmi kerana sejak masuk ke universiti mereka tidak pernah berjumpa lagi, yelah dia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengambil asasi kejuruteraan manakala Helmi pula di Universiti Sains Malaysia,bakal menjadi doktor. Jadi pada cuti kali ini mereka sudah berjanji untuk bertemu. Sesudah panjang berborak dengan Helmi sehingga malam Harith Iskandar meminta diri sesudah mereka makan malam bersama-sama tadi.

       Harith Iskandar dapat melihat papa dan mamanya yang sedang menonton televisyen lalu dia berjalan kearah mereka untuk bersalam dengan papa dan mamanya.

“hah,along baru balik dari mane ni,”tanya En Hamdan. Tangannya masih di hulurkan apabila Harith  Iskandar tunduk untuk mencium tangannya.

“Along baru balik dari jumpa Helmi pa, ma”Harith Iskandar dan kini tangannya beralih daripada papanya kepada mamanya pula.

“dah makan long, kalau belum kat dapur tu ade nasi lagi,”Pn Farihin sudah kembali menatap televisyen.

“dah ,ma dengan Helmi tadi, along naik dulu ye nak mandi ni,”kata Harith Iskandar sambil kakinya mula melangkah kearah tangga di banglo dua tingkat itu.

“eh Is nanti lepas mandi turun bawah, mama dengan papa ade benda nak cakap ni,”laung Pn Farihin apabila laju sahaja Harith memanjat tangga.

“okey ma..”balas Harith yang sudah sampai ke tangga yang terakhir.

      Sesudah mandi dan sembahyang isyak Harith Iskandar baring di katilnya seketika. Mengenang kembali pertemuannya dengan Helmi tadi di restoran yang selalu mereka kunjungi ketika sekolah menengah lagi.

“assalamualaikum,bro ape khabar? Tanya Harith Iskandar apabila mendekati Helmi daripada belakang.

“waalaikumsalam,hey kau ni tak ade keje lain ke..datang la daripada depan,nasib baik aku tak de sakit jantung ke,ape ke.”jawab Helmi sambil tangannya laju menyalami Harith Iskandar dan berpelukkan dengan kawan baiknya itu.

Harith Iskandar hanya tersengih melihat Helmi membebel kepadanya. Tidak berubah lansung bakal doktor sorang ni.

“kau ni sihat ke bro, aku tanya tak jawab pun,membebel macam pempuan ada la dia ni,”Harith Iskandar duduk dikerusi hadapan Helmi.

“kau kan tau aku tak suka orang main sergah-sergah aku ni,hang tengok aku ni ada depan mata hang maknanya aku sehat ja la,”Helmi bercakap dalam loghat kedahnya.

“hang macam mana pulak,okey ka,sekarang ni hang cuti kan,” Helmi pula bertanya.

“aku okey je,aah cuti pas ni nak sambung ijazah pulak,”kata Harith Iskandar pula.

“erm yelah, aku lupa pulak kau ni lagi muda daripada aku,”kata Helmi teringat jarak umurnya dengan Harith Ishandar yang berbeza tiga tahun.

     Harith Iskandar masih lagi melayan perasaan di atas katil apabila dia mendengar suara Naisya,adik permpuannya yang memanggil namanya di luar biliknya.

“along,mama panggil turun bawah,cepat along,dari tadi lagi mama dengan papa tunggu along,”kata Naisya di balik pintu bilik Harith Iskandar.

“yelah along turun ni,”kata Harith Iskandar sambil membuka pintu biliknya. Adiknya,Naisya masih lagi ada disitu.

“jom turun bawah,”kata Harith Iskandar kepada Naisya. Naisya hanya menurut langkah abangnya itu menuruni tangga.

“ade ape ma, pa”tanya Harith Iskandar.

“takde mama dengan papa nak tunjuk sesuatu pada Is,”kata mamanya.

“tunjuk ape?”balas Harith tidak berminat.

“ni ha,gambar calon menantu mama dengan papa,pagi tadi mama dengan papa pergi rumah budak perempuan ni, cantik tau,”Pn Farihin bersemangat menerangkan kepada anak bujangnya itu.

       Naisya terus duduk di hadapan mamanya untuk melihat gambar yang di maksudkan itu. Manakala Harith Iskandar terkejut mendengar apa yang dicakapkan oleh mamanya itu. Spec mata yang berada di pangkal matanya di tarik dan Harith Iskandarmenyentuh batang hidungnya sebelum mengenakan semula spec matanya itu. Naisya yang sudah melihat gambar bakal kakak iparnya itu hanya tersenyum mengusik alongnya yang memandangnya.

“cantik,along sesuai sangat dengan along,”kata naisya menambah keinginan Harith untuk melihat gambar yang berada di tangan mamanya itu.

“bagi la ma, along tu dah tak sabar nak tengok bakal isterinya tu,”kata Naisya menyakat apabila melihat mata abangnya itu yang memandang dari jauh.

“nah,ambik la terus gambar ni,mama ade lagi satu,”kata mamanya sambil menyerahkan gambar yang berada ditangannya.

        Harith Iskandar teragak-agak untuk mengambil gambar itu. Tapi dikuatkan hati lelakinya untuk melihat siapakah gerangan yang mama dan papanya sudah bertemu dan bagaimanakah rupa parasnya yang dikatakan cantik dan sesuai dengannya. Harith Iskandar membalikkan gambar yang diberi oleh mamanya tadi dan matanya tertacap pada seorang perempuan yang tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipinya yang tembam dan hanya mengenakan seluar slack berwarna putih dan baju blous berwarna biru muda serta tudung bawal putih yang hanya disilangkan menjadi kupu-kupu. Walaupun Nampak ringkas tetapi Nampak manis dan comel sekali di dalam gambar itu yang hanya berlatar belakangkan motor wave berwarna hijau di hadapan rumahnya barangkali.

“macam mana Is, cantik kan budak perempuan tu.”tanya En Hamdan pula setelah melihat Harith Iskandar yang tidak mengalihkan pandangannya daripada gambar itu.

“tengok gaya ni pa,ma angah rasa along ni dah jatuh cinta dengan calon mama tu,sebab tengok gambar pun tak gerak-gerak ni kalau ade depan mata ni mau dah macam patung tak tau nak buat ape,” Naisya berkata sambil ketawa besar melihat reaksi abangnya itu.

Harith Iskandar baru terperasan yang mama,papa dan adiknya Naisya sedang bercakap mengenai dia apabila terdengar suara Naisya yang mentertawakannya.

“ape pa?pempuan dalam gambar ni, okey la..comel..Is ikut je la ape keputusan papa dan mama,”kata Harith Iskandar menutup perasaan yang dia memang sudah jatuh cinta dengan perempan yang berada di dalam gambar itu.

“tengok tu ma, muka along merah,malu la tu. Mesti betul kan along dah jatuh cinta dengan kak Ati tu,”kata Naisya berniat untuk mengusik abangnya itu.

“erm,kalau macam tu yang kamu kata, jadi nanti bila keluarga Ati tu dah setuju mama dengan papa akan hantar rombongan meminang,”Pn Farihin berkata sambil memandang suaminya. Mereka senang mendengar kata-kata Harith Iskandar itu.

+++++++++++++++++


No comments:

Post a Comment