Laila Atiqah memakai baju kurung
berwarna hitam yang mempunyai corak abstrak putih dan disertakan dengan tudung
bawal berwarna putih yang hanya dibiarkan kebawah tanpa sebarang ikatan atau
belitan yang baginya sangat merimaskan. Laila Atiqah tidak tahu apa yang harus
dia lakukan selepas apa yang emaknya katakan. Sesudah sahaja meminta cuti di
kedai Kak Shiela semalam Laila Atiqah tidak dapat tidur dengan lena. Hatinya
gelisah memikirkan apa yang bakal berlaku hari ini. Laila atiqah memandang
mukanya di dalam cermin yang berada di dalam biliknya yang dikongsi dengan
kakak-kakaknya iaitu kak chik dengan kak uda. Tetapi sekarang kakaknya, Laili Haryati sedang
belajar di UiTM Merbok,Kedah. Pada pukul
9.30 pagi tadi kak chik sudah pun pergi bekerja di CC yang terletak di hujung
jalan besar.
Muka tanpa mekap itu disapu sedikit
bedak powder dan pelembab diletakkan dibibirnya yang comel itu. Laila atiqah
keluar selepas memastikan dirinya rapi. Laila atiqah mencari kelibat ibunya
untuk bertanyakan adakah tetamu emaknya itu sudah sampai ataupun belum. Dari
kejauhan Laila atiqah sudah dapat melihat emaknya yang duduk di sisi ayahnya,
Encik Ramlan di sofa di ruang tamu rumah kayu berbatu dua tingkat itu.
“mak, dah
sampai ke kawan mak tu, lambat lagi ke?,Tanya Laila atiqah.
“duduk lah
dulu Ati oi,sikit lagi sampai la tu,”Puan Rohani menerangkan tetapi dia juga
memanjangkan leher untuk melihat di luar jikalau tetamunya sudah sampai.
Laila atiqah
mengambil tempat di hadapan ayahnya yang sedang membaca suratkhabar Sinar
Harian yang sudah menjadi kebiasaannya sejak pencen. Laila atiqah teringat
perbualan dia dan emaknya malam semalam yang sangat mengejutkan dan memeningkan
kepalanya.
“Ati, pagi
tadi kawan mak, makcik Timah datang saja nak tanya khabar,”kata Puan Rohani
memulakan perbualan.
Laila Atiqah
hanya memandang emaknya dan menunggu emaknya itu menyambung perbualan mereka
itu. Melihat anaknya tidak berkata apa-apa Puan Rohani menyambung.
“makcik
Timah kata kawan lama dia tengah mencari calon menantu dan dia cakap dekat
kawan dia tu, mak ni ade la anak dara yang tak kahwin lagi,” Puan Rohani
berkata.
“ abis tu
apa kena mengena Ati dengan hal ni mak,”
balas Laila Atiqah yang kebingungan dengan kata-kata emaknya.
“ mestilah
ade, anak mak yang tak kahwin kan ade ramai,” balas Puan Rohani.
“erm betul
lah ape yang mak cakap tu, kak chik dengan kak uda memang tak kahwin lagi,”
Laila atiqah berkata sambil melihat kak chik dengan adiknya yang berada di tepi
tangga mendengar perbualannya dengan Puan Rohani sejak dari tadi lagi.
“ okey,esok
mak nak Ati cuti dan tolong mak layan tetamu-tetamu yang nak merisik anak dara
mak,boleh?”kata Puan Rohani lagi.
Laila atiqah
hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan kata-kata Puan Rohani itu.
Selepas Puan Rohani turun ke tingkat bawah dan hanya tinggal mereka tiga
beradik sahaja diatas Laili Haryani bertanya kepada Laila Atiqah sama ada dia
faham ataupun tidak apa yang dimaksudkan dengan kata-kata emak mereka tadi.
“Ati, kamu
ni faham tak ape yang mak cakap tadi,”tanya kak chik.
“faham la,
mak suruh Ati cuti esok sebab nak suruh Ati tolong ade orang nak datang rumah
kite,”balas Laila Atiqah. Solihin sudah mula tergelak-gelak mendengar kata-kata
kakaknya itu.
“Ape la kak
ati ni, kak ati ingat sape yang mereka nak risik,”kata Solihin dengan tawa yang
masih berpanjangan.
Laila atiqah
menggaru-garu kepalanya tidak gatal, memikirkan siapa yang dirisik oleh kawan
makcik Timah tu. Laila atiqah berfikir mestilah kak chik ataupun kak uda kan. Tak
kan dia pula, dia masih ingin meyambung pelajarannya di peringkat universiti,
jikalau keputusan matrikulasinya bagus Laila atiqah ingin menyambung
pelajarannya di mana-mana universiti di melaysia. Melihat Laila atiqah yang
sibuk mencari jawapan itu, Solihin memberi ‘hint’ kepada kakak kesayangannya
itu.
“ kak Ati,
takkan kak Ati tak ingat,kak chik dengan kak uda kan dah ade orang cop,kak Ati je yang tak ade lagi,” Solihin berkata
dengan selamba sambil matanya memandang televisyen.
Mendengar sahaja
kata-kata Solihin itu, membuatkan Laila atiqah membuntangkan matanya. Betul lah
apa yang dicakapkan oleh adiknya itu. Kak chik sudah mempunyai abang Shaiful
manakala kak uda pula dengan abang Amir. Dan dia masih lagi ‘single’ tidak ada
teman mahupun kawan lelaki. Ini bermakna emaknya akan menjodohkan dia dengan
anak teman makcik Timah. Lagi pula emaknya tidak menyuruh kak chik mengambil
cuti esok. Ini menambahkan lagi keyakinan dan kebenaran kata-kata adiknya tadi.
Lamunan Laila
Atiqah terhenti apabila bunyi sebuah kereta yang memasuki perkarangan rumahnya
dan suara ayahnya yang meyuruhnya ke dapur. Sebelum pergi Laila atiqah sempat menjeling
ke bawah bagi melihat siapa yang datang ke rumahnya, tetapi dia hanya dapat
melihat kereta Perdana berwarna hitam. Laila atiqah dapat melihat makcik Timah
meyalami emaknya dan memperkenalkan rakannya itu kepada emak. Perempuan yang
agak muda daripada emaknya itu menyalami Puan Rohani dan sempat melihat ke atas
iaitu ke arahnya. Oleh kerana terkejut pandangannya bertembung dengan makcik
itu, Laila atiqah terus melarikan diri ke dapur seperti yang disuruh ayahnya.
++++++++++
No comments:
Post a Comment