Daripada apa
yang dia dengar nama perempuan itu ialah Ati. Setelah berkali-kali menatap
gambar itu Harith Iskandar merasakan dia seolah-olah pernah berjumpa dengan
perempuan itu. Nampak familiar sangat. Macam pernah tengok sahaja perempuan
itu. Perasaan Harith Iskandar tidak tenteram. Tetapi hatinya memang sudah
tertarik kepada perempuan di dalam gambar itu. Hari ini papa dan mamanya sudah
bersiap-siap apabila mendapat kata setuju daripada pihak perempuan dua minggu
lepas. Mereka sudah bertolak ke rumah Ati yang terletak di kampung gajah
manakala rumahnya pula di Ipoh. Tidaklah jauh sangat hanya memakan masa sejam
lebih untuk sampai ke sana. Harith Iskandar tidak turut serta kerana mengikut
adat kata mamanya yang sangat menitikberatkan adat istiadat orang melayu
walaupun sebenarnya mamanya itu mempunyai darah keturunan cina.
Harith
Iskandar sedang menonton televisyen apabila kedengaran kereta memasuki
perkarangan rumahnya. Ini bermakna mama dan papanya serta kumpulan meminang
yang terdiri daripada saudara-maranya sudah pulang.
“assalamualaikum,”Hajah
Salmah mengucapkan salam di muka pintu dan salamnya itu disambut oleh Harith
Iskandar,iaitu cucu sulungnya daripada anak lelaki tunggalnya.
“dah balik
nek,camne okey ke..tak penat?tanya Harith Iskandar risau melihat neneknya yang
termengah-mengah dan tangannya menyambut tangan yang dihulurkan neneknya dan
selepas itu Harith Iskandar memimpin neneknya itu ke ruang tamu.
“nenek okey
je,biasalah orang tua mengah macam ni biasa la,”balas Hajah Salmah apabila
dirinya sudah duduk di sofa di ruang tamu.
“mane ade
nenek dah tua, sihat lagi pe nenek Is ni,”Harith Iskandar saja mahu menyakat
neneknya itu. Naisya serta mama dan papanya sibuk mengeluarkan balasan barang
hantaran daripada pihak perempuan.
“sekarang ni
cucu nenek ni dah jadi tunang orang, nanti sebelum masuk universiti nenek minta
kamu dengan Laila tu akan disatukan,”kata Hajah Salmah.Harith Iskandar keliru
mendengar kata-kata neneknya itu.
“cepatnya
nek,umur Is baru 19 tahun,”kata Harith Iskandar membangkang.
“mane ade
muda, nenek pun dulu kahwin awal, senang elakkan fitnah. Lagipun susah tunang
lama-lama ni,”bidas Hajah Salmah.
Jika majlis
perkahwinannya berlangsung sebelum dia memasuki universiti ini bermakna hanya
tinggal tiga bulan sahaja lagi. Selepas raya aidilfitri, pendaftaran
mahasiswa-mahasiswa baru akan dijalankan. Harith Iskandar musykil bilakah
tarikh perkahwinannya kerana pada dua bulan lagi masuk bulan Ramadhan dan satu
lagi persoalannya yang bermain di minda Harith Iskandar ialah siapa yang dimaksudkan
oleh neneknya. Siapa Laila.
“nek bila
majlis perkahwinan Is tu, jangan cakap dekat Is yang nenek nak buat majlis tu
bulan depan.”kata Harith Iskandar dengan nada agak cemas.
"ye lah bila
lagi yang sesuai, nanti bila dah masuk bulan Ramadhan susah la nak buat
kenduri,dan nenek nak la Laila tu ade dalam keluarga kita sebelum raya tahun
ni..”Hajah Salmah menerangkan lagi tetapi dia nampak muka Harith Iskandar yang
keruh mendengar apa yang sudah dibincangkan di rumah menantu cucunya itu.
“dah sudah
kamu ni kenapa pula,”kata Pn Farihin melihat anak lelaki sulungnya yang
berkerut-kerut dahinya menandakan dia sedang berfikir.
“betul ke
ma, majlis tu bulan depan,”tanya Harith Iskandar inginkan kepastian.
“betul la
apa yang nenek kamu cakap Is,akhir bulan depan kita langsungkan majlis kamu
dengan Ati tu,”Pn Fahirin menyakinkan Harith Iskandar yang dia tidak silap
mendengar.
"siapa Laila
ma, tadi nenek cakap Is kahwin dengan dia bukan namanya Ati ke ma?tanya Harith
Iskandar tentang persoalan yang satu itu.
“laila, oh
Laila tu Ati la Is,nama penuh Ati ialah Laila Atiqah binti Ramlan, nenek kamu
je yang panggil Ati tu Laila,”terang Pn Farihin kepada Harith Iskandar. Dia
lupa hendak memberitahu nama penuh Ati kepada anak terunanya itu.
“ohh…macam
pernah dengar je nama tu,”perlahan sahaja Harith Iskandar membalas. Mamanya
sudah naik ke atas.
Harith
Iskandar merenung gambar Laila Atiqah yang ada ditangannya. Tadi Naisya masuk
ke biliknya untuk menunjukkan gambar tunangannya yang sedang disarungkan cincin
oleh mamanya. Cantik sahaja Laila Atiqah yang mengenakan baju kurung moden
berwarna putih sesuai dengan kulitnya yang agak putih. Naisya sudah berjanji
kepadanya bahawa dia akan memberikan gambar itu kepada Harith apabila sudah
dicuci nanti. Harith Iskandar merasakan dia sangat mengenali tunangannya itu
kerana muka dan namanya sangat familiar buat dirinya. Oleh itu dia membuat
keputusan untuk pergi ke kampung gajah untuk bertemu dengan tunangannya itu
sekaligus untuk berkenalan dengan bakal mertuanya.
Harith
Iskandar memegang handset Samsung Galaksi yang berwarna putih pula dan
memandang satu nombor. Ya nombor handset Laila Atiqah yang diberikan oleh
mamanya petang tadi sebelum dia naik keatas dan menyuruhnya bertanya sendiri
kepada Laila Atiqah tentang rancangan kedatangannya ke Kampung Gajah bagi
mendapatkan persetujuan ibubapa Laila atiqah. Mamanya turut bersetuju dengan
rancangannya itu kerana Harith Iskandar tidak mengenali bakal besannya itu.
Tangan
Harith Iskandar menekan button hijau dan terdengar talian sedang disambungkan.
Hatinya berdebar-debar menunggu panggilan disambungkan tetapi malangnya
panggilannya dibiarkan dan memasuki peti suara. Harith Iskandar berkira-kira
untuk menghubungi Laila Atiqah lagi ataupun hanya memberi mesej sahaja.
Akhirnya dia menekan kekunci handsetnya dan menghantar mesej.
Assalamualaikum, sya tunang awk, Harith Iskandar,
Td sya yg telefon..awk cbuk ke?
Teaser lagu
I’m Loner CNBLUE kedengaran menandakan ada mesej yang masuk. Laila Atiqah baru
sahaja sudah membaca Al Quran selepas solat maghrib dan dia mengambil handset
Nokia Xpress Musicnya dan melihat satu nombor yang tidak dikenalinya. Laila
membaca isi kandungan mesej itu dan hampir-hampir sahaja terlepas akan handset
kesayangannya itu.
Laila atiqah
membalas mesej setelah berulang-ulang kali membaca mesej itu. Dia memeriksa
nombor telefon itu daripada kertas yang diberikan oleh emaknya petang tadi. Dan
benar itu adalah nombor telefon Harith Iskandar tunangnya.
Waalaikumsalam,.oh awk ke yg telefon sy td..sory sya tgh bce Al
Quran..
sya tk cbuk.knape ye?
+++++++++++++++
No comments:
Post a Comment