!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 19 February 2012

sambungan 1


     Keputusan PSPM akan sampai ke rumah pada bulan ini. Laila atiqah masih lagi bekerja di kedai serbaneka berdekatan dirumahnya. Kedai yang pernah merakamkan pelbagai perkara pada masa dulu sewaktu dia bekerja di kedai D’Amila itu pada awal bulan 2010 sebelum memasuki matrikulasi iaitu sewaktu sekumpulan budak lelaki batchnya datang membeli minuman di kedai itu. Lelaki itu turut juga datang bersama dengan rakan-rakannya dan dia yang membayar laila atiqah terkejut dengan kedatangan mereka terutama sekali Harith Iskandar yang pernah menjadi orang kesukaannya sewaktu tingkatan 4 malah mereka merupakan classmate sewaktu sekolah rendah lagi. Laila atiqah menggeletar sewaktu mengambil wang daripada Harith Iskandar.
        
“Adik, ambik aku,” kata Laila Atiqah kemudian menekan button off pada hensetnya tanpa menunggu balasan daripada  Mohd Salihin adik lelakinya yang hanya berbeza umur 2 tahun sahaja. Beberapa minit kemudian Salihin sampai menaiki motor wave  berwarna hitam.
 “ Naik cepat tadi kan kak Ati ade orang datang rumah,pastu mak suruh kak Ati mintak cuti dengan kak Shiela besok,”kata Salihin memandang tepat kearah kakaknya yang sedang berjalan kearahnya.
 ”ape yang adik cakap ni. Sape yang datang umah kite?”Tanya  Laila Atiqah kehairanan. Dan kenapa emaknya menyuruh dia mengambil cuti esok.  
      
     Sesampai sahaja dirumah Laila atiqah terus mendapatkan emaknya yang dia tahu akan berada di kawasan belakang rumahnya setiap petang untuk menyiram pokok bunganya yang pelbagai jenis untuk bertanya tentang berita yang diberitahu oleh Salihin tadi.
“mak, sape yang datang rumah kite hari ni,” laju sahaja mulut Laila Atiqah bertanya tanpa sempat member salam membuatkan emaknya terperanjat.
“ Ati, ape ni..bagi salam pun tidak, dah bersuara buat mak terkejut aje lah kamu ni,”kata Puan Rohani sambil tangannya mengurut-urut dadanya kerana terkejut.
“sorry mak, Ati bukan sengaja nak kejutkan mak. Ati cuma nak tau sape yang datang rumah kite hari ni,pastu kenapa mak suruh ati mintak cuti dengan kak shiela esok,”Tanya Laila Atiqah bertalu-talu. Puan Rohani tidak mengendahkan pertanyaan Laila Atiqah itu dan asyik benar menyiram pokok-pokok bunganya yang masih belum sempat disiram lagi. Melihat emaknya tidak berkata apa-apa Laila Atiqah memanggil emaknya.
”makkk…”Laila Atiqah bersuara.
” Kamu naik dulu mandi solat,malam karang mak ceritalah kat kamu.” Puan Rohani.
       
    Sesudah solat maghrib Laila Atiqah terus keluar daripada bilik tidurnya kerana dia sudah tidak sabar untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh emaknya. Laju sahaja Laila Atiqah menghabiskan makan malamnya kerana hatinya tidak tenteram selagi tidak mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh emaknya dan hal itu disedari oleh Puan Rohani dan adik lelakinya Solihin.
” Sikit je makan kak Ati, tak ade selera ke kak,” Solihin mula menyakat kakak kesayangannya itu. Laila Atiqah hanya menjeling kearah adiknya itu dan terus bangun kearah sinki dan membasuh pinggannya.
 “tengok tu mak, kak Ati tu dah tak sabar-sabar nak tahu pasal sape yang datang umah kite ari ni, mak,”tambah Solihin lagi.
“Sape mak yang datang rumah kite hari,”kata kak chik yang sedang asyik makan sambal ikan bilis yang masih bersisa di pinggannya. Puan Rohani tidak terus menjawb pertanyaan anak ketiganya itu,iaitu Laili Haryani. Tetapi dia terus menuju ke arah Laila atiqah yang telah duduk di tingkat atas yang sedang menonton berita di televisyen apabila selesai membasuh pinggannya.

   Laili Haryani memandang Solihin apabila tidak mendapat jawapan daripada Puan Rohani. Tetapi Solihin hanya menggelengkan kepalanya tanda dia juga tidak tahu. Lalu sesudah makan cepat-cepat mereka ke atas bagi mengetahui apa yang dibicarakan antara Laila Atiqah dengan Puan Rohani.

++++++++++++++ 

No comments:

Post a Comment