!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 28 February 2012

sambungan 3


     Laila atiqah tidak dapat mendengar dengan jelas butir-butir percakapan mereka di ruang tamu. Tetapi sesekali Laila atiqah dapat mendengar gelak tawa mereka yang agak kuat. Laila atiqah dapat mengenal tiga suara di antara mereka iaitu suara emaknya dan ayahnya serta makcik Timah dan Laila yakin yang dua suara lagi adalah suara tetamu yang datang ke rumahnya.

“eh ,maaf la En. Hamdan dan Pn Farihin ,dah lama sampai tetapi airnya belum lagi keluar, sekejap saya ke belakang tengokkan anak dara sorang tu dah siap ke airnya,” Pn Rohani berkata sambil bangun ke dapur.

“takpe kak,susah-susah je, kami ni yang datang tak memberitahu lebih awal, tetapi saya sekeluarga ni nak cepat nak carikan calon untuk anak bujang saya tu,”balas Pn Farihin.

“ape salahnya, bagus ye anak bujang En Hamdan dan Pn Farihin ni, ikut sahaja pilihan keluarga, saya ni tak dapat nak buat begitu, sebelum apa-apa mereka dah mencari sendiri,” balas En Ramlan dengan nada bergurau menggamatkan suasana di ruang tamu itu.

“nasib baik ada sorang lagi anak dara saya yang masih belum berpunya, kalau tidak tak dapatlah kita nak berjumpa dan berkenalan,”sambung En Ramlan lagi.

“Ati dah ke buat air untuk tetamu-tetamu kita,”Pn Rohani bertanya sambil matanya melihat di  tu ke atas meja. Air teh dan pisang goreng sudah tersedia di dalam tudung salji diatas meja didapur itu dan Pn Rohani mengajak Laila atiqah mengangkat makanan tersebut ke ruang tamu.

“dah siap kan,jom tolong mak angkat air ke depan,”Pn Rohani terus mengangkat dulang yang mengisi pisang goreng dan bubur kacang hijau yang dimasak oleh Laila Atiqah.

       Laila atiqah baru sahaja untuk sahaja berkira-kira untuk tidak ke ruang tamu tetapi emaknya sudah melangkah pergi membuatkan Laila atiqah agak terkejar-kejar akan emaknya itu. Jantung Laila atiqah berdegup dengan laju selaju kakinya mengejar emaknya itu.

“macam tak cukup tanah nak kejar mak ni,bila masa pulak mak jalan laju macam masuk marathon ni,”desis Laila atiqah di dalam hati.

      Laila atiqah meletakkan dulang yang mempunyai air itu dengan berhati-hati dan menuagkan air ke dalam cawan. Dari sisi anak matanya laila atiqah dapat melihat tetamu-tetamu keluarga mereka hanya tersenyum memandangnya.

“jemput minum makcik,pakcik,”laila atiqah menjemput kedua-dua tetamunya menjamu selera.
“ini lah Ati ye kak,”kata Pn Farihin meminta kepastian.
Ayah dan emaknya hanya mengangguk apabila Pn Farihin memandang mereka bagi memastikan.

“cantik orangnya,nama penuh ape Ati,”ramah Pn Farihin bertanya.

“oh nama saya Laila Atiqah, makcik,”sambil tersenyum laila atiqah membalas pertanyaan Pn Farihin menampakkan lesung pipit di pipinya yang agak tembam itu.

“nama makcik Farihin dan nama Pakcik Hamdan,”kata Pn Farihin lagi. Laila atiqah dapat melihat pakcik Hamdan mengganguk kecil.

“nampak sesuai kan bang dengan Along,”kata Pn Farihin bertanya kepada suaminya.

“rasanya dia sebaya dengan Ati,Ati dah abis matrik kan,19 tahun kan,”kata En Hamdan meyambung.

“aah,makcik umur saya 19 tahun,” Laila atiqah mengiakan.

“makanlah Pn Farihin, En Hamdan,rasa lah Ati yang masak,”kata Pn Rohani melihat laila atiqah yang tidak tahu apa lagi yang hendak membalas apa yang dikatakan oleh Pn Farihin.

“ye ke Ati yang masak, umur baru 19 tahun tapi dah pandai masak,”kata Pn Farihin sambil memandang Laila atiqah. Laila atiqah hanya tersenyum mendengar kata-kata Pn Farihin.

“Ati masuk dulu ye mak,ayah,”kata Laila atiqah kerana tidak mahu mengganggu tetamu-tetamu mereka makan.

“makcik,pakcik makan ye,saya nak ke belakang dulu,”kata Laila atiqah sopan kepada tetamu-tetamu emak dan ayahnya.

+++++++++++++

No comments:

Post a Comment