!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 28 February 2012

sambungan 4

      Harith Iskandar baru pulang daripada berjumpa dengan teman rapat sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Helmi kerana sejak masuk ke universiti mereka tidak pernah berjumpa lagi, yelah dia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengambil asasi kejuruteraan manakala Helmi pula di Universiti Sains Malaysia,bakal menjadi doktor. Jadi pada cuti kali ini mereka sudah berjanji untuk bertemu. Sesudah panjang berborak dengan Helmi sehingga malam Harith Iskandar meminta diri sesudah mereka makan malam bersama-sama tadi.

       Harith Iskandar dapat melihat papa dan mamanya yang sedang menonton televisyen lalu dia berjalan kearah mereka untuk bersalam dengan papa dan mamanya.

“hah,along baru balik dari mane ni,”tanya En Hamdan. Tangannya masih di hulurkan apabila Harith  Iskandar tunduk untuk mencium tangannya.

“Along baru balik dari jumpa Helmi pa, ma”Harith Iskandar dan kini tangannya beralih daripada papanya kepada mamanya pula.

“dah makan long, kalau belum kat dapur tu ade nasi lagi,”Pn Farihin sudah kembali menatap televisyen.

“dah ,ma dengan Helmi tadi, along naik dulu ye nak mandi ni,”kata Harith Iskandar sambil kakinya mula melangkah kearah tangga di banglo dua tingkat itu.

“eh Is nanti lepas mandi turun bawah, mama dengan papa ade benda nak cakap ni,”laung Pn Farihin apabila laju sahaja Harith memanjat tangga.

“okey ma..”balas Harith yang sudah sampai ke tangga yang terakhir.

      Sesudah mandi dan sembahyang isyak Harith Iskandar baring di katilnya seketika. Mengenang kembali pertemuannya dengan Helmi tadi di restoran yang selalu mereka kunjungi ketika sekolah menengah lagi.

“assalamualaikum,bro ape khabar? Tanya Harith Iskandar apabila mendekati Helmi daripada belakang.

“waalaikumsalam,hey kau ni tak ade keje lain ke..datang la daripada depan,nasib baik aku tak de sakit jantung ke,ape ke.”jawab Helmi sambil tangannya laju menyalami Harith Iskandar dan berpelukkan dengan kawan baiknya itu.

Harith Iskandar hanya tersengih melihat Helmi membebel kepadanya. Tidak berubah lansung bakal doktor sorang ni.

“kau ni sihat ke bro, aku tanya tak jawab pun,membebel macam pempuan ada la dia ni,”Harith Iskandar duduk dikerusi hadapan Helmi.

“kau kan tau aku tak suka orang main sergah-sergah aku ni,hang tengok aku ni ada depan mata hang maknanya aku sehat ja la,”Helmi bercakap dalam loghat kedahnya.

“hang macam mana pulak,okey ka,sekarang ni hang cuti kan,” Helmi pula bertanya.

“aku okey je,aah cuti pas ni nak sambung ijazah pulak,”kata Harith Iskandar pula.

“erm yelah, aku lupa pulak kau ni lagi muda daripada aku,”kata Helmi teringat jarak umurnya dengan Harith Ishandar yang berbeza tiga tahun.

     Harith Iskandar masih lagi melayan perasaan di atas katil apabila dia mendengar suara Naisya,adik permpuannya yang memanggil namanya di luar biliknya.

“along,mama panggil turun bawah,cepat along,dari tadi lagi mama dengan papa tunggu along,”kata Naisya di balik pintu bilik Harith Iskandar.

“yelah along turun ni,”kata Harith Iskandar sambil membuka pintu biliknya. Adiknya,Naisya masih lagi ada disitu.

“jom turun bawah,”kata Harith Iskandar kepada Naisya. Naisya hanya menurut langkah abangnya itu menuruni tangga.

“ade ape ma, pa”tanya Harith Iskandar.

“takde mama dengan papa nak tunjuk sesuatu pada Is,”kata mamanya.

“tunjuk ape?”balas Harith tidak berminat.

“ni ha,gambar calon menantu mama dengan papa,pagi tadi mama dengan papa pergi rumah budak perempuan ni, cantik tau,”Pn Farihin bersemangat menerangkan kepada anak bujangnya itu.

       Naisya terus duduk di hadapan mamanya untuk melihat gambar yang di maksudkan itu. Manakala Harith Iskandar terkejut mendengar apa yang dicakapkan oleh mamanya itu. Spec mata yang berada di pangkal matanya di tarik dan Harith Iskandarmenyentuh batang hidungnya sebelum mengenakan semula spec matanya itu. Naisya yang sudah melihat gambar bakal kakak iparnya itu hanya tersenyum mengusik alongnya yang memandangnya.

“cantik,along sesuai sangat dengan along,”kata naisya menambah keinginan Harith untuk melihat gambar yang berada di tangan mamanya itu.

“bagi la ma, along tu dah tak sabar nak tengok bakal isterinya tu,”kata Naisya menyakat apabila melihat mata abangnya itu yang memandang dari jauh.

“nah,ambik la terus gambar ni,mama ade lagi satu,”kata mamanya sambil menyerahkan gambar yang berada ditangannya.

        Harith Iskandar teragak-agak untuk mengambil gambar itu. Tapi dikuatkan hati lelakinya untuk melihat siapakah gerangan yang mama dan papanya sudah bertemu dan bagaimanakah rupa parasnya yang dikatakan cantik dan sesuai dengannya. Harith Iskandar membalikkan gambar yang diberi oleh mamanya tadi dan matanya tertacap pada seorang perempuan yang tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipinya yang tembam dan hanya mengenakan seluar slack berwarna putih dan baju blous berwarna biru muda serta tudung bawal putih yang hanya disilangkan menjadi kupu-kupu. Walaupun Nampak ringkas tetapi Nampak manis dan comel sekali di dalam gambar itu yang hanya berlatar belakangkan motor wave berwarna hijau di hadapan rumahnya barangkali.

“macam mana Is, cantik kan budak perempuan tu.”tanya En Hamdan pula setelah melihat Harith Iskandar yang tidak mengalihkan pandangannya daripada gambar itu.

“tengok gaya ni pa,ma angah rasa along ni dah jatuh cinta dengan calon mama tu,sebab tengok gambar pun tak gerak-gerak ni kalau ade depan mata ni mau dah macam patung tak tau nak buat ape,” Naisya berkata sambil ketawa besar melihat reaksi abangnya itu.

Harith Iskandar baru terperasan yang mama,papa dan adiknya Naisya sedang bercakap mengenai dia apabila terdengar suara Naisya yang mentertawakannya.

“ape pa?pempuan dalam gambar ni, okey la..comel..Is ikut je la ape keputusan papa dan mama,”kata Harith Iskandar menutup perasaan yang dia memang sudah jatuh cinta dengan perempan yang berada di dalam gambar itu.

“tengok tu ma, muka along merah,malu la tu. Mesti betul kan along dah jatuh cinta dengan kak Ati tu,”kata Naisya berniat untuk mengusik abangnya itu.

“erm,kalau macam tu yang kamu kata, jadi nanti bila keluarga Ati tu dah setuju mama dengan papa akan hantar rombongan meminang,”Pn Farihin berkata sambil memandang suaminya. Mereka senang mendengar kata-kata Harith Iskandar itu.

+++++++++++++++++


sambungan 3


     Laila atiqah tidak dapat mendengar dengan jelas butir-butir percakapan mereka di ruang tamu. Tetapi sesekali Laila atiqah dapat mendengar gelak tawa mereka yang agak kuat. Laila atiqah dapat mengenal tiga suara di antara mereka iaitu suara emaknya dan ayahnya serta makcik Timah dan Laila yakin yang dua suara lagi adalah suara tetamu yang datang ke rumahnya.

“eh ,maaf la En. Hamdan dan Pn Farihin ,dah lama sampai tetapi airnya belum lagi keluar, sekejap saya ke belakang tengokkan anak dara sorang tu dah siap ke airnya,” Pn Rohani berkata sambil bangun ke dapur.

“takpe kak,susah-susah je, kami ni yang datang tak memberitahu lebih awal, tetapi saya sekeluarga ni nak cepat nak carikan calon untuk anak bujang saya tu,”balas Pn Farihin.

“ape salahnya, bagus ye anak bujang En Hamdan dan Pn Farihin ni, ikut sahaja pilihan keluarga, saya ni tak dapat nak buat begitu, sebelum apa-apa mereka dah mencari sendiri,” balas En Ramlan dengan nada bergurau menggamatkan suasana di ruang tamu itu.

“nasib baik ada sorang lagi anak dara saya yang masih belum berpunya, kalau tidak tak dapatlah kita nak berjumpa dan berkenalan,”sambung En Ramlan lagi.

“Ati dah ke buat air untuk tetamu-tetamu kita,”Pn Rohani bertanya sambil matanya melihat di  tu ke atas meja. Air teh dan pisang goreng sudah tersedia di dalam tudung salji diatas meja didapur itu dan Pn Rohani mengajak Laila atiqah mengangkat makanan tersebut ke ruang tamu.

“dah siap kan,jom tolong mak angkat air ke depan,”Pn Rohani terus mengangkat dulang yang mengisi pisang goreng dan bubur kacang hijau yang dimasak oleh Laila Atiqah.

       Laila atiqah baru sahaja untuk sahaja berkira-kira untuk tidak ke ruang tamu tetapi emaknya sudah melangkah pergi membuatkan Laila atiqah agak terkejar-kejar akan emaknya itu. Jantung Laila atiqah berdegup dengan laju selaju kakinya mengejar emaknya itu.

“macam tak cukup tanah nak kejar mak ni,bila masa pulak mak jalan laju macam masuk marathon ni,”desis Laila atiqah di dalam hati.

      Laila atiqah meletakkan dulang yang mempunyai air itu dengan berhati-hati dan menuagkan air ke dalam cawan. Dari sisi anak matanya laila atiqah dapat melihat tetamu-tetamu keluarga mereka hanya tersenyum memandangnya.

“jemput minum makcik,pakcik,”laila atiqah menjemput kedua-dua tetamunya menjamu selera.
“ini lah Ati ye kak,”kata Pn Farihin meminta kepastian.
Ayah dan emaknya hanya mengangguk apabila Pn Farihin memandang mereka bagi memastikan.

“cantik orangnya,nama penuh ape Ati,”ramah Pn Farihin bertanya.

“oh nama saya Laila Atiqah, makcik,”sambil tersenyum laila atiqah membalas pertanyaan Pn Farihin menampakkan lesung pipit di pipinya yang agak tembam itu.

“nama makcik Farihin dan nama Pakcik Hamdan,”kata Pn Farihin lagi. Laila atiqah dapat melihat pakcik Hamdan mengganguk kecil.

“nampak sesuai kan bang dengan Along,”kata Pn Farihin bertanya kepada suaminya.

“rasanya dia sebaya dengan Ati,Ati dah abis matrik kan,19 tahun kan,”kata En Hamdan meyambung.

“aah,makcik umur saya 19 tahun,” Laila atiqah mengiakan.

“makanlah Pn Farihin, En Hamdan,rasa lah Ati yang masak,”kata Pn Rohani melihat laila atiqah yang tidak tahu apa lagi yang hendak membalas apa yang dikatakan oleh Pn Farihin.

“ye ke Ati yang masak, umur baru 19 tahun tapi dah pandai masak,”kata Pn Farihin sambil memandang Laila atiqah. Laila atiqah hanya tersenyum mendengar kata-kata Pn Farihin.

“Ati masuk dulu ye mak,ayah,”kata Laila atiqah kerana tidak mahu mengganggu tetamu-tetamu mereka makan.

“makcik,pakcik makan ye,saya nak ke belakang dulu,”kata Laila atiqah sopan kepada tetamu-tetamu emak dan ayahnya.

+++++++++++++

Friday, 24 February 2012

sambungan 2


        Laila Atiqah memakai baju kurung berwarna hitam yang mempunyai corak abstrak putih dan disertakan dengan tudung bawal berwarna putih yang hanya dibiarkan kebawah tanpa sebarang ikatan atau belitan yang baginya sangat merimaskan. Laila Atiqah tidak tahu apa yang harus dia lakukan selepas apa yang emaknya katakan. Sesudah sahaja meminta cuti di kedai Kak Shiela semalam Laila Atiqah tidak dapat tidur dengan lena. Hatinya gelisah memikirkan apa yang bakal berlaku hari ini. Laila atiqah memandang mukanya di dalam cermin yang berada di dalam biliknya yang dikongsi dengan kakak-kakaknya iaitu kak chik dengan kak uda. Tetapi  sekarang kakaknya, Laili Haryati sedang belajar di  UiTM Merbok,Kedah. Pada pukul 9.30 pagi tadi kak chik sudah pun pergi bekerja di CC yang terletak di hujung jalan besar.
        
       Muka tanpa mekap itu disapu sedikit bedak powder dan pelembab diletakkan dibibirnya yang comel itu. Laila atiqah keluar selepas memastikan dirinya rapi. Laila atiqah mencari kelibat ibunya untuk bertanyakan adakah tetamu emaknya itu sudah sampai ataupun belum. Dari kejauhan Laila atiqah sudah dapat melihat emaknya yang duduk di sisi ayahnya, Encik Ramlan di sofa di ruang tamu rumah kayu berbatu dua tingkat itu.

“mak, dah sampai ke kawan mak tu, lambat lagi ke?,Tanya Laila atiqah.

“duduk lah dulu Ati oi,sikit lagi sampai la tu,”Puan Rohani menerangkan tetapi dia juga memanjangkan leher untuk melihat di luar jikalau tetamunya sudah sampai.

      Laila atiqah mengambil tempat di hadapan ayahnya yang sedang membaca suratkhabar Sinar Harian yang sudah menjadi kebiasaannya sejak pencen. Laila atiqah teringat perbualan dia dan emaknya malam semalam yang sangat mengejutkan dan memeningkan kepalanya.

“Ati, pagi tadi kawan mak, makcik Timah datang saja nak tanya khabar,”kata Puan Rohani memulakan perbualan.

    Laila Atiqah hanya memandang emaknya dan menunggu emaknya itu menyambung perbualan mereka itu. Melihat anaknya tidak berkata apa-apa Puan Rohani menyambung.

“makcik Timah kata kawan lama dia tengah mencari calon menantu dan dia cakap dekat kawan dia tu, mak ni ade la anak dara yang tak kahwin lagi,” Puan Rohani berkata.

“ abis tu apa kena mengena Ati dengan hal ni mak,”  balas Laila Atiqah yang kebingungan dengan kata-kata emaknya.

“ mestilah ade, anak mak yang tak kahwin kan ade ramai,” balas  Puan Rohani.

“erm betul lah ape yang mak cakap tu, kak chik dengan kak uda memang tak kahwin lagi,” Laila atiqah berkata sambil melihat kak chik dengan adiknya yang berada di tepi tangga mendengar perbualannya dengan Puan Rohani sejak dari tadi lagi.

“ okey,esok mak nak Ati cuti dan tolong mak layan tetamu-tetamu yang nak merisik anak dara mak,boleh?”kata Puan Rohani lagi.

      Laila atiqah hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan kata-kata Puan Rohani itu. Selepas Puan Rohani turun ke tingkat bawah dan hanya tinggal mereka tiga beradik sahaja diatas Laili Haryani bertanya kepada Laila Atiqah sama ada dia faham ataupun tidak apa yang dimaksudkan dengan kata-kata emak mereka tadi.

“Ati, kamu ni faham tak ape yang mak cakap tadi,”tanya kak chik.

“faham la, mak suruh Ati cuti esok sebab nak suruh Ati tolong ade orang nak datang rumah kite,”balas Laila Atiqah. Solihin sudah mula tergelak-gelak mendengar kata-kata kakaknya itu.

“Ape la kak ati ni, kak ati ingat sape yang mereka nak risik,”kata Solihin dengan tawa yang masih berpanjangan.

       Laila atiqah menggaru-garu kepalanya tidak gatal, memikirkan siapa yang dirisik oleh kawan makcik Timah tu. Laila atiqah berfikir mestilah kak chik ataupun kak uda kan. Tak kan dia pula, dia masih ingin meyambung pelajarannya di peringkat universiti, jikalau keputusan matrikulasinya bagus Laila atiqah ingin menyambung pelajarannya di mana-mana universiti di melaysia. Melihat Laila atiqah yang sibuk mencari jawapan itu, Solihin memberi ‘hint’ kepada kakak kesayangannya itu.

“ kak Ati, takkan kak Ati tak ingat,kak chik dengan kak uda kan dah ade orang cop,kak  Ati je yang tak ade lagi,” Solihin berkata dengan selamba sambil matanya memandang televisyen.

       Mendengar sahaja kata-kata Solihin itu, membuatkan Laila atiqah membuntangkan matanya. Betul lah apa yang dicakapkan oleh adiknya itu. Kak chik sudah mempunyai abang Shaiful manakala kak uda pula dengan abang Amir. Dan dia masih lagi ‘single’ tidak ada teman mahupun kawan lelaki. Ini bermakna emaknya akan menjodohkan dia dengan anak teman makcik Timah. Lagi pula emaknya tidak menyuruh kak chik mengambil cuti esok. Ini menambahkan lagi keyakinan dan kebenaran kata-kata adiknya tadi.

       Lamunan Laila Atiqah terhenti apabila bunyi sebuah kereta yang memasuki perkarangan rumahnya dan suara ayahnya yang meyuruhnya ke dapur. Sebelum pergi Laila atiqah sempat menjeling ke bawah bagi melihat siapa yang datang ke rumahnya, tetapi dia hanya dapat melihat kereta Perdana berwarna hitam. Laila atiqah dapat melihat makcik Timah meyalami emaknya dan memperkenalkan rakannya itu kepada emak. Perempuan yang agak muda daripada emaknya itu menyalami Puan Rohani dan sempat melihat ke atas iaitu ke arahnya. Oleh kerana terkejut pandangannya bertembung dengan makcik itu, Laila atiqah terus melarikan diri ke dapur seperti yang disuruh ayahnya.

++++++++++

Sunday, 19 February 2012

sambungan 1


     Keputusan PSPM akan sampai ke rumah pada bulan ini. Laila atiqah masih lagi bekerja di kedai serbaneka berdekatan dirumahnya. Kedai yang pernah merakamkan pelbagai perkara pada masa dulu sewaktu dia bekerja di kedai D’Amila itu pada awal bulan 2010 sebelum memasuki matrikulasi iaitu sewaktu sekumpulan budak lelaki batchnya datang membeli minuman di kedai itu. Lelaki itu turut juga datang bersama dengan rakan-rakannya dan dia yang membayar laila atiqah terkejut dengan kedatangan mereka terutama sekali Harith Iskandar yang pernah menjadi orang kesukaannya sewaktu tingkatan 4 malah mereka merupakan classmate sewaktu sekolah rendah lagi. Laila atiqah menggeletar sewaktu mengambil wang daripada Harith Iskandar.
        
“Adik, ambik aku,” kata Laila Atiqah kemudian menekan button off pada hensetnya tanpa menunggu balasan daripada  Mohd Salihin adik lelakinya yang hanya berbeza umur 2 tahun sahaja. Beberapa minit kemudian Salihin sampai menaiki motor wave  berwarna hitam.
 “ Naik cepat tadi kan kak Ati ade orang datang rumah,pastu mak suruh kak Ati mintak cuti dengan kak Shiela besok,”kata Salihin memandang tepat kearah kakaknya yang sedang berjalan kearahnya.
 ”ape yang adik cakap ni. Sape yang datang umah kite?”Tanya  Laila Atiqah kehairanan. Dan kenapa emaknya menyuruh dia mengambil cuti esok.  
      
     Sesampai sahaja dirumah Laila atiqah terus mendapatkan emaknya yang dia tahu akan berada di kawasan belakang rumahnya setiap petang untuk menyiram pokok bunganya yang pelbagai jenis untuk bertanya tentang berita yang diberitahu oleh Salihin tadi.
“mak, sape yang datang rumah kite hari ni,” laju sahaja mulut Laila Atiqah bertanya tanpa sempat member salam membuatkan emaknya terperanjat.
“ Ati, ape ni..bagi salam pun tidak, dah bersuara buat mak terkejut aje lah kamu ni,”kata Puan Rohani sambil tangannya mengurut-urut dadanya kerana terkejut.
“sorry mak, Ati bukan sengaja nak kejutkan mak. Ati cuma nak tau sape yang datang rumah kite hari ni,pastu kenapa mak suruh ati mintak cuti dengan kak shiela esok,”Tanya Laila Atiqah bertalu-talu. Puan Rohani tidak mengendahkan pertanyaan Laila Atiqah itu dan asyik benar menyiram pokok-pokok bunganya yang masih belum sempat disiram lagi. Melihat emaknya tidak berkata apa-apa Laila Atiqah memanggil emaknya.
”makkk…”Laila Atiqah bersuara.
” Kamu naik dulu mandi solat,malam karang mak ceritalah kat kamu.” Puan Rohani.
       
    Sesudah solat maghrib Laila Atiqah terus keluar daripada bilik tidurnya kerana dia sudah tidak sabar untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh emaknya. Laju sahaja Laila Atiqah menghabiskan makan malamnya kerana hatinya tidak tenteram selagi tidak mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh emaknya dan hal itu disedari oleh Puan Rohani dan adik lelakinya Solihin.
” Sikit je makan kak Ati, tak ade selera ke kak,” Solihin mula menyakat kakak kesayangannya itu. Laila Atiqah hanya menjeling kearah adiknya itu dan terus bangun kearah sinki dan membasuh pinggannya.
 “tengok tu mak, kak Ati tu dah tak sabar-sabar nak tahu pasal sape yang datang umah kite ari ni, mak,”tambah Solihin lagi.
“Sape mak yang datang rumah kite hari,”kata kak chik yang sedang asyik makan sambal ikan bilis yang masih bersisa di pinggannya. Puan Rohani tidak terus menjawb pertanyaan anak ketiganya itu,iaitu Laili Haryani. Tetapi dia terus menuju ke arah Laila atiqah yang telah duduk di tingkat atas yang sedang menonton berita di televisyen apabila selesai membasuh pinggannya.

   Laili Haryani memandang Solihin apabila tidak mendapat jawapan daripada Puan Rohani. Tetapi Solihin hanya menggelengkan kepalanya tanda dia juga tidak tahu. Lalu sesudah makan cepat-cepat mereka ke atas bagi mengetahui apa yang dibicarakan antara Laila Atiqah dengan Puan Rohani.

++++++++++++++ 

Monday, 13 February 2012

CERPAN SUKA-SUKI....


’’ Tell me Tell me sarangeul malhaejweo Tell me Tell me nae sarang jeonhaejweo
Love me Love me nae pumae angyeojweo Kiss me Kiss me neomaneul saranghae
naega utseul ddaen nan babocheorum naega neol bol ddaen neo machi yebbun inhyungcheorum
gasumi neomu dugundugun dugungeoryeo neo ddaemune nan haruharu haengbokhaejyeo
I want you oh my love naman barabwajweo neomaneul saranghae sesang modu byeonhaedo
Oh my love neroman bomyun ddwinun gasum eonjaekkajina neoman damgo ittseulkae
(L.O.V.E GIRL) nae soneul jabgo (L.O.V.E GIRL) narul midgo Fly high
(L.O.V.E BOY) Yes, we can fly to the sky (L.O.V.E BOY) I want take u there baby
Tell you Tell you sarangeun malhalkae Tell you Tell you nae sarang gobaekhae
Love you Love you nae soneul jabajweo Kiss you Kiss you yeongwonhi saranghae
naega deullyeojunun umagcheorum naega deullyeojunun dalkomhan gotnoraecheorum
ilbun ilchoga neomuneomu sojonghaejyeo maeil deulgo shipeo sarang sarang saranghae neol
I want you oh my love naman saranghaejweo neol saranghanikka darun sarang byeonhaedo
Oh my love nerorul keurin jageun gasum eonjekkajina neoman ango ittseulkae
(L.O.V.E GIRL) nae soneul jabgo Fly (L.O.V.E GIRL) narul midgo Fly high
(L.O.V.E BOY) Yes, we can fly to the sky (L.O.V.E BOY) I want take u there baby
I want you oh my love naman barabwajweo neomaneul saranghae sesang modu byeonhaedo
oh my love neoman bomyun ddwinun gaum eonjekkajina neoman damgo ittseulkae
(L.O.V.E GIRL) Take Take Take my hands
(L.O.V.E GIRL) Uh uh Grab Grab Grab my hands
(L.O.V.E BOY) Yeah yeah Yes, we can fly to the sky high high
(L.O.V.E BOY) I want take u there baby
(L.O.V.E GIRL) Take Take Take my hands baby you (you) know What I want u
(L.O.V.E GIRL) kongkwanggeorinun shimjangsoriga deullin can u feel my beat
(L.O.V.E BOY) Take Take Take my hands baby you (you) know what I want u
(L.O.V.E BOY) nanun neo animyun an dwae neomani make me laugh you make me laugh
L.O.V.E GIRL




     Lagu LOVE GIRL yang nyanyian CNBLUE kedengaran.Tanpa membuka matanya Laila Atiqah meraba-raba objek  yang sedang mengalunkan lagu korea kegemarannya.Objek itu diangkat dan ‘dimatikan’. Selepas beberapa minit dia akhirnya membuka matanya dan melihat jam di telefon bimbitnya “dah pukul 5.30 dah” detik hati Laila Atiqah dan seraya bangun daripada katilnya. laila atiqah memerhatikan keadaan sekeliling, memandang kakak, ucu, dan adik yang sedang nyenyak tidur di katil masing-masing. Laila atiqah mencapai tuala hijau yang disangkut di atas kerusi  belajarnya dan dia melangkah ke bilik air yang terletak di hujung bangunan kolej kediaman di tingkat 3 itu.
    
     Selesai sahaja solat sunat tahajud, laila atiqah menyambung bacaan sebelum tidur tadi kerana esok adalah paper chemistry untuk peperiksaan akhir PSPM di kolej matrikulasi perak  selama setahun belajar disini. Laila atiqah terasa tidak percaya akhirnya mereka berjaya mengharungi segala rintangan dan halangan di sini. Laila atiqah teringat pertemuan pertama mereka iaitu antara dirinya dan kesemua roommate-roomatenya yang kini mempunyai nama panggilan seperti adik-beradik iaitu Faizahtul Husna dipanggil kakak kerana tarikh lahirnya pada bulan mac yang paling awal diantara mereka berempat manakala dirinya sendiri dipanggil kak ngah kerana lahir pada bulan mei dan Ammar Kirana dipanggil ucu kerana yang ketiga antara kami iaitu lahir pada bulan September dan adik kepada Marinah Syahira yang lahir pada bulan November. Pada semester pertama mereka tidaklah terlalu rapat tetapi lama- kelamaan keakraban diantara mereka terselah tanpa disedari masing-masing dan entah bagaimana nama panggilan itu melekat sehinggalah sekarang. Laila atiqah menarik nafas sambil tersenyum “sempat lagi nak  balik zaman dulo-dulo ni..ish..”detik di dalam hatinya. Pasti dia akan rindukan kakak, ucu dan adik apabila berpisah nanti. Hari ini sesudah habis peperiksaan mereka akan pulang ke rumah masing-masing.

++++++++++++++++