Kompleks
membeli-belah JUSCO menjadi tempat pertemuan antara Harith Iskandar dengan
Helmi hari ini. Semasa di dalam kereta
tadi kedua-duanya hanya diam dan hanya melayan perasaan masing-masing.Laila
Atiqah tidak berani untuk memandang kearah kanannya kerana dia berasa malu
dengan kejadian semalam dan begitu juga dengan Harith Iskandar yang hanya
menoleh kearah kiri kerana ingin melihat side mirror walaupun sebenarnya dia
melihat isterinya dengan hujung ekor matanya. Dari kejauhan Laila Atiqah dapat
melihat seorang lelaki yang berkulit sawo matang yang memakai riben datang
kearah dia dan juga suaminya. Laila Atiqah dapat mengagak itulah orang yang
ingin ditemui oleh suaminya. Harith Iskandar bangun apabila Helmi sudah dekat
di meja mereka. Tangan mereka bersalaman dan berpelukan. Nampak akrab benar di
mata Laila Atiqah.
“wei Harith,
hang kawin tak ajak aku pon ya,” Helmi sudah mula mahu mengusik Harith
Iskandar.
“ape pulak
kan aku ade cakap, yang tu majlis kat umah belah pempuan, umah aku nanti la
bulan tahun depan baru buat, ko datang le, jangan tak datang pulak, aku sekeh
pala hang” balas Harith Iskandar pula.
“eh eh eh,
ingat sikit aku ni lagi tua dari hang, ada pulak nak sekeh pala aku,”Helmi
mengomel sendirian.
“hah yang
kat sebelah ni sapa, tak nak kenalkan ke pada aku,” Helmi menegur apabila
terpandang akan Laila Atiqah.
“oh, lupa
pulak, ni la isteri aku, Laila Atiqah dan ni pulak kawan saya Helmi,” kata Harith
Iskandar kepada Helmi dan Laila Atiqah.
“hai, nama
saya Helmi, saya kawan baik Harith ni ha,dari sekolah rendah dulu ha,”kata
Helmi sambil menanggalkan ribennya.
“nama saya
Laila Atiqah, isteri Harith Iskandar,”balas Laila Atiqah pula.
‘macam
pernah nampak la kawan Is ni, kawan masa sekolah rendah, maksudnya sama
sekolahlah dengan aku sekali tapi tak penah pulak nampak kat dalam kelas ke
hape, erm pelik betul’ desis Laila Atiqah di dalam hati.
“Is,
takpelah awak bersembanglah dengan Helmi ye, saya nak beli barang sekejap,”
Laila Atiqah meminta kebenaran Harith Iskandar.
“awak takpe
ke ni, nak pegi jalan sensorang, ke tunggu sekejap lagi saya temankan awak,”
Harith Iskandar merasa bersalah.
“takpe saya
pegi sorang pun boleh, nak pegi tengok-tengok barang kejap, awak sembanglah
dengan Helmi, ada apa-apa nanti saya call awak,” balas Laila Atiqah.
“okey, Helmi
sembanglah dengan Is ye, saya nak pegi cari barang kejap,”kata Laila Atiqah
kepada Helmi sambil bangun dari kerusi yang bersebelahan dengan Harith Iskandar.
Helmi hanya mengangguk kecil. Dari pandangan
matanya Helmi dapat melihat betapa Harith Iskandar, kawan karibnya itu
betul-betul menyayangi isteri yang baru dinikahinya itu.
Laila Atiqah
pergi ke tempat barangan wanita dan membeli barang- barang keperluannya serta
barang yang menjadi penyebab dia mengikut Harith Iskandar keluar hari ini iaitu
‘pad’ yang dia malu untuk menyuruh Harith Iskandar membelinya. Lainlah kalau
test pad bolehlah dia pesan sahaja kepada Harith Iskandar. Sesudah itu Laila atiqah berjalan- jalan
sambil melihat barang- barang yang dijual oleh setiap kedai, memandangkan dia
ingin memberikan ruang antara kedua-dua kawan baik itu untuk berbicara dengan
lebih lama lagi.
Jam ditangan diintai lagi. Walaupun tidak
diberitahu tetapi Helmi mengetahui bahawa Harith Iskandar risaukan isterinya
yang sedari tadi tidak nampak bayangnya dari membeli barang.
“Harith
pegilah cari isteri hang tu, aku tunggu kat sini, sat gi kita makan sama-sama,
macam lah aku tak tau hang risau kat dia,”kata Helmi.
“Obvious
sangat ke aku risau pasal Ati,”balas Hairth Iskandar.
“aah, memang
pun, pi lah cepat, aku dah lapaq dah ni,” Helmi segaja mengombok.
“yelah, hang
pesan la apa-apa dulu buat lapik perut,” Harith Iskandar bangun dan terus
berlalu.Helmi hanya menunjukkan isyarat okey kepada Harith Iskandar yang sedang
keluar dari food court itu.
Tangan
harith Iskandar sibuk mengdail nombor telefon Laila Atiqah tetapi tiada yang menjawab
dan hanya masuk voice mail sahaja membuatkan langkahnya dicepatkan dan matanya
melilau melihat orang didalam kedai-kedai di dalam JUSCO itu. Kemudian Harith
Iskandar melihat kelibat Laila Atiqah di dalam satu kedai,Harith Iskandar
berhenti dan melihat kedai yang dikunjungi oleh Laila Atiqah itu. Kedai buku
Popular yang dikunjungi isterinya itu. Harith Iskandar melangkah masuk dan
kakinya menuju kearah Laila Atiqah.
“Ati kenapa
tak angkat saya call,”tanya Harith Iskandar secara tiba-tiba.
Laila Atiqah
yang sedang membelek sebuah novel terperanjat mendengar suara suaminya itu,
Harith Iskandar. Hampir-hampir sahaja novel itu jatuh ke lantai tapi sempat
ditangkap oleh Laila Atiqah semula.
“apa awak
ni, bagi salam dulu kalau ia pun,”kata Laila Atiqah, tangannya meletakkan
semula novel ke tempatnya.
“ ye lah
dari tadi saya telefon awak tapi tak angkat pun,”kata Harith Iskandar
mengulangi kata-katanya sebentar tadi.
“oh yeke,
saya tak dengar pun, sekejap,”tangan Laila Atiqah membuka beg sandang di
bahunya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia dapat melihat 10 misscall
daripada Harith Iskandar. Matanya dibulatkan tanda tidak percaya, kerana dia
tidak mendengar pun telefonnya bordering.
“sory sangat
Is, saya tak perasan langsung, ralit tengok novel tadi,lama ke awak cari saya,
dah pukul berapa sekarang,”tanya Laila Atiqah apabila merasakan sudah lama dia
dikedai buku itu.
“erm yelah,
lain kali volume tu buat max senang nak dengar, tengok lah ni dah pukul 3
petang,” kata-kata Harith Iskandar yang agak keras membuatkan Laila Atiqah tergamam.
Helmi sudah
pulang disebabkan ada urusan lain dan dia telah memaklumkan kepada Harith
Iskandar dengan menghantar pesanan ringkas. Hal itu menyebabkan Harith Iskandar
memguatkan suaranya kepada Laila Atiqah kerana dia tidak suka membuatkan orang
lain menunggunya dan hasratnay untuk makan bersama teman baiknya itu tidak kesampaian.
Mata Laila Atiqah yang berair membuatkan Harith Iskandar tersedar akan suaranya
yang sudah naik seoktaf. Harith Iskandar menjadi kelam kabut tidak tahu untuk
membuat apa. Sudahlah dirinya memang dipanggil kayu gara-gara dia tidak tahu
hendak memujuk orang.
‘ish apa nak
buat ni, tersalah nada la pulak, bini aku pun sensitive sangat le pulak, baru
cakap kuat sikit dah terasa ni,’hati Harith Iskandar tidak keruan melihat insan
yang mula mendapat tempat dihatinya itu menangis.
Laila Atiqah
mengalihkan pandangannya kearah belakang kerana tidak mahu Harith Iskandar
melihat air mata yang tumpah. Dia juga tidak mengetahui mengapa dirinya sangat
sensitive hari ini padahal apa yang diucapkan Harith Iskandar itu tidaklah
keterlaluan tetapi hati perempuannya terusik dan mata juga tidak dapat menahan air
yang bergenang daripada tumpah ke pipi gebunya itu.
“awak, saya
nak mintak maaf..saya tak sengaja nak cakap kuat-kuat dengan awak,”kata Harith
Iskandar apabila melihat Laila Atiqah yang berpaling daripadanya. Laila Atiqah
hanya mendiamkan diri, tidak bercakap walau sepatah pun.
“awakkk..
jangan lah macam ni, saya ni tak tau nak pujuk orang,”jujur Harith Iskandar
berkata kepada Laila Atiqah yang masih berpaling daripadanya.
“awakkkk..”kali
ketiga Harith Iskandar memanggil Laila Atiqah dan kali ini pergelangan tangan
Laila Atiqah dipegang dan Laila Atiqah ditarik agar mengadapnya semula.
Kini Laila
Atiqah sudah menghadap Harith Iskandar dan pergelangan tanganya masih lagi
dalam genggaman Harith Iskandar. Laila Atiqah hanya memandang ke bawah kerana
dia malu mahu mengadap Harith Iskandar dalam keadaannya sebegitu dan dia juga
tidak berbuat apa-apa dengan tangan Harith Iskandar yang memegang pergelangan
tangannya.
“awak
janganlah macam ni, saya tak sengaja okey, jom pegi makan,” ajak Harith
Iskandar dengan suara yang lembut. Tangan kanan Harith Iskandar naik ke muka
Laila Atiqah dan jari-jemari Harith Iskandar mengesat air mata yang masih
bersisa di pipi isterinya yang tercinta manakala tangan kirinya masih lagi
memegang pergelangan tangan Laila Atiqah.
Laila Atiqah
hanya diam tidak berkata apa-apa dan semakin reda air matanya tumpah serta dia
malu apabila Harith Iskandar mengesatkan air matanya dan tanpa dia jangka
Harith Iskandar telah pun memulakan langkahnya, tangan Harith Iskandar yang
memegang pergelangan tangan Laila Atiqah telah turun sedikit dan pada mulanya
Laila Atiqah menyangka Harith Iskandar akan melepaskan tangannya tetapi
andaiannya meleset apabila dengan naturalnya tangan Harith Iskandar terhenti
pada telapak tangan Laila Atiqah dan digenggam dengan erat sekali.
+++++++++++++++++++