!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 16 November 2012

Sambungan 15



Laila Atiqah membukakan matanya apabila telinganya mendengar laungan azan yang sayup-sayup kedengaran. Laila Atiqah berasa bahunya ditimpa oleh sesuatu dan dia berasa badannya menimpa sesuatu. Laila Atiqah agak terkejut apabila matanya tertancap pada wajah Harith Iskandar yang sedang tidur dalam keadaan yang tenang dekat dengan dirinya dan benda yang berada di bahunya ialah tangan Harith Iskandar yang memeluk bahunya itu dan mukanya berada di atas bahu bidang Harith Iskandar.

‘aarrh, macam mana dia boleh peluk aku ni, sabar Ati cuba ingat balik apa yang jadi semalam,’kata Laila Atiqah di dalam hati.

‘la dah ko sendiri yang nangis kat bahu dia semalam, lupa ke Ati’Laila Atiqah memarahi dirinya sendiri di dalam hati.

‘ni macam mana nak bangun ni, nanti karang kalau dia bangun macam mana, mana nak letak muka ni,maluu siot’Laila Atiqah masih hati berkata-kata di dalam hati.

Harith Iskandar bergerak sedikit membuatkan Laila Atiqah terkejut dan kembali menutup matanya, berpura-pura tidur. Setelah dirasakan tiada pergerakkan daripada orang sebelah Laila Atiqah kembali membuka matanya. Tangannya mengubah tangan Harith Iskandar yang sedang memeluknya dan dirinya cepat-cepat memboloskan diri daripada Harith Iskandar dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Walaupun dirinya sedang ‘bercuti’ tetapi sudah menjadi rutin hariannya bangun awal dan sesudah membersihkan dirinya dia melihat Harith Iskandar masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Laila Atiqah hanya memerhatikan suaminya itu tidur dengan comelnya sebelum tiba-tiba Harith Iskandar membuka matanya dan memandang tepat ke dalam anak mata Laila Atiqah yang berada dekat dengan wajahnya. Laila Atiqah terkejut dan terduduk daripada cangkungannya tadi kerana melihat wajah Harith Iskandar dengan dekat. ‘alamak terkantoi sudah…’omel Laila Atiqah didalam hati.

Oleh kerana terlalu malu, Laila Atiqah terus bangun lalu keluar daripada bilik tidur mereka dan menuju ke dapur. Harith Iskandar hanya tersenyum melihat perlakuan isterinya itu. Dia sengaja mengenakan isterinya itu dan sebenarnya dia sudahpun bangun sebelum Laila Atiqah mengubah tangannya yang melingkari pinggang isterinya itu.  Sengaja dia pura-pura tidur dan sekali lagi mengenakan Laila Atiqah apabila Laila Atiqah memerhatikannya semasa dia berpura-pura tidur dengan membuka matanya. Dia suka apabila melihat isterinya itu terkejut dan membuat muka comelnya itu. Rasa macam nak cubit-cubit pipinya yang gebu itu.
Laila Atiqah membuka peti ais dan mengeluarkan air sejuk yang memang sudah tersedia di dalam peti sejuk itu. Harapannya agar air sejuk itu mampu untuk meredakan kepanasan wajahnya yang membahang dirasakan akibat berasa malu dengan Harith Iskandar.

“kenapa minum air sejuk pagi-pagi ni Ati..”tegur Pn Farihin yang sudah berada di muka pintu dapur.

“tak ada apa-apa ma, terasa panas pulak tadi, tu yang minum air sejuk tu,”balas Laila Atiqah dan kembali memasukkan botol air yang tinggal separuh itu ke dalam peti sejuk.

“tak elok minum air sejuk pagi-pagi ni Ati, Is dah bangun ke?tanya Pn Farihin lagi.

“Dah bangun dah ma, tengah mandi rasenya tu,”Laila Atiqah memberitahu mak mertuanya itu.

Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan pada yang Esa, Harith Iskandar turun ke bawah dengan tidak menukar pakaian yang dipakai untuk solat iaitu baju melayu berwarna hitam serta kain pelikat dan lebai putih yang masih setia di kepalanya. Nampak sangat handsome dan sejuk mata memandang dimata Laila Atiqah walaupun hanya memandang dengan ekor matanya. Mahu memandang secara terang-terangan dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya setelah apa yang berlaku tadi. Tangan Harith Iskandar laju sahaja memeluk mamanya yang sedang sibuk mengacau nasi goreng di atas kuali.

Dengan manjanya Harith Iskandar bertanya kepada mamanya,”ma masak ape ni”.

“hai kamu ni along ,dah tak nampak ke apa yang mama buat ni, hah lagi satu yang sorang lagi tu tak nak peluk jugak ke, sian Ati nanti jealous,” Pn Farihin sengaja mengusik anak menantunya.

“yang lagi sorang tu Is dah peluk malam tadi, so tak payah dah la,”selamba sahaja Harith Iskandar membalas pertanyaan mamanya itu.

Jawapan Harith Iskandar itu membuatkan mamanya hanya mampu tersenyum manakala Laila Atiqah sudah merona merah wajahnya mendengar perbualan dua beranak itu. Lagi bertambahlah perasaan malunya hendak bersua muka dengan Harith Iskandar selepas ini. Laila Atiqah tidak tahu hendak berbuat apa lagi dan hanya meneruskan kerjanya membancuh air milo panas untuk mereka sekeluarga.’nasib baik aku duduk membelakangi dua beranak tu, kalau dekat depan tak tau la nak buat muka macam mana’omel Laila Atiqah didalam hati.

+++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment