!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 10 September 2012

sambungan 13



Kompleks membeli-belah JUSCO menjadi tempat pertemuan antara Harith Iskandar dengan Helmi hari ini.  Semasa di dalam kereta tadi kedua-duanya hanya diam dan hanya melayan perasaan masing-masing.Laila Atiqah tidak berani untuk memandang kearah kanannya kerana dia berasa malu dengan kejadian semalam dan begitu juga dengan Harith Iskandar yang hanya menoleh kearah kiri kerana ingin melihat side mirror walaupun sebenarnya dia melihat isterinya dengan hujung ekor matanya. Dari kejauhan Laila Atiqah dapat melihat seorang lelaki yang berkulit sawo matang yang memakai riben datang kearah dia dan juga suaminya. Laila Atiqah dapat mengagak itulah orang yang ingin ditemui oleh suaminya. Harith Iskandar bangun apabila Helmi sudah dekat di meja mereka. Tangan mereka bersalaman dan berpelukan. Nampak akrab benar di mata Laila Atiqah.

“wei Harith, hang kawin tak ajak aku pon ya,” Helmi sudah mula mahu mengusik Harith Iskandar.

“ape pulak kan aku ade cakap, yang tu majlis kat umah belah pempuan, umah aku nanti la bulan tahun depan baru buat, ko datang le, jangan tak datang pulak, aku sekeh pala hang” balas Harith Iskandar pula.

“eh eh eh, ingat sikit aku ni lagi tua dari hang, ada pulak nak sekeh pala aku,”Helmi mengomel sendirian.

“hah yang kat sebelah ni sapa, tak nak kenalkan ke pada aku,” Helmi menegur apabila terpandang akan Laila Atiqah.

“oh, lupa pulak, ni la isteri aku, Laila Atiqah dan ni pulak kawan saya Helmi,” kata Harith Iskandar kepada Helmi dan Laila Atiqah.

“hai, nama saya Helmi, saya kawan baik Harith ni ha,dari sekolah rendah dulu ha,”kata Helmi sambil menanggalkan ribennya.

“nama saya Laila Atiqah, isteri Harith Iskandar,”balas Laila Atiqah pula.

‘macam pernah nampak la kawan Is ni, kawan masa sekolah rendah, maksudnya sama sekolahlah dengan aku sekali tapi tak penah pulak nampak kat dalam kelas ke hape, erm pelik betul’ desis Laila Atiqah di dalam hati.

“Is, takpelah awak bersembanglah dengan Helmi ye, saya nak beli barang sekejap,” Laila Atiqah meminta kebenaran Harith Iskandar.

“awak takpe ke ni, nak pegi jalan sensorang, ke tunggu sekejap lagi saya temankan awak,” Harith Iskandar merasa bersalah.

“takpe saya pegi sorang pun boleh, nak pegi tengok-tengok barang kejap, awak sembanglah dengan Helmi, ada apa-apa nanti saya call awak,” balas Laila Atiqah.

“okey, Helmi sembanglah dengan Is ye, saya nak pegi cari barang kejap,”kata Laila Atiqah kepada Helmi sambil bangun dari kerusi yang bersebelahan dengan Harith Iskandar.

Helmi hanya mengangguk kecil. Dari pandangan matanya Helmi dapat melihat betapa Harith Iskandar, kawan karibnya itu betul-betul menyayangi isteri yang baru dinikahinya itu.

Laila Atiqah pergi ke tempat barangan wanita dan membeli barang- barang keperluannya serta barang yang menjadi penyebab dia mengikut Harith Iskandar keluar hari ini iaitu ‘pad’ yang dia malu untuk menyuruh Harith Iskandar membelinya. Lainlah kalau test pad bolehlah dia pesan sahaja kepada Harith Iskandar.  Sesudah itu Laila atiqah berjalan- jalan sambil melihat barang- barang yang dijual oleh setiap kedai, memandangkan dia ingin memberikan ruang antara kedua-dua kawan baik itu untuk berbicara dengan lebih lama lagi.

 Jam ditangan diintai lagi. Walaupun tidak diberitahu tetapi Helmi mengetahui bahawa Harith Iskandar risaukan isterinya yang sedari tadi tidak nampak bayangnya dari membeli barang.

“Harith pegilah cari isteri hang tu, aku tunggu kat sini, sat gi kita makan sama-sama, macam lah aku tak tau hang risau kat dia,”kata Helmi.

“Obvious sangat ke aku risau pasal Ati,”balas Hairth Iskandar.

“aah, memang pun, pi lah cepat, aku dah lapaq dah ni,” Helmi segaja mengombok.

“yelah, hang pesan la apa-apa dulu buat lapik perut,” Harith Iskandar bangun dan terus berlalu.Helmi hanya menunjukkan isyarat okey kepada Harith Iskandar yang sedang keluar dari food court itu.

Tangan harith Iskandar sibuk mengdail nombor telefon Laila Atiqah tetapi tiada yang menjawab dan hanya masuk voice mail sahaja membuatkan langkahnya dicepatkan dan matanya melilau melihat orang didalam kedai-kedai di dalam JUSCO itu. Kemudian Harith Iskandar melihat kelibat Laila Atiqah di dalam satu kedai,Harith Iskandar berhenti dan melihat kedai yang dikunjungi oleh Laila Atiqah itu. Kedai buku Popular yang dikunjungi isterinya itu. Harith Iskandar melangkah masuk dan kakinya menuju kearah Laila Atiqah.

“Ati kenapa tak angkat saya call,”tanya Harith Iskandar secara tiba-tiba.
Laila Atiqah yang sedang membelek sebuah novel terperanjat mendengar suara suaminya itu, Harith Iskandar. Hampir-hampir sahaja novel itu jatuh ke lantai tapi sempat ditangkap oleh Laila  Atiqah semula.

“apa awak ni, bagi salam dulu kalau ia pun,”kata Laila Atiqah, tangannya meletakkan semula novel ke tempatnya.

“ ye lah dari tadi saya telefon awak tapi tak angkat pun,”kata Harith Iskandar mengulangi kata-katanya sebentar tadi.

“oh yeke, saya tak dengar pun, sekejap,”tangan Laila Atiqah membuka beg sandang di bahunya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia dapat melihat 10 misscall daripada Harith Iskandar. Matanya dibulatkan tanda tidak percaya, kerana dia tidak mendengar pun telefonnya bordering.

“sory sangat Is, saya tak perasan langsung, ralit tengok novel tadi,lama ke awak cari saya, dah pukul berapa sekarang,”tanya Laila Atiqah apabila merasakan sudah lama dia dikedai buku itu.

“erm yelah, lain kali volume tu buat max senang nak dengar, tengok lah ni dah pukul 3 petang,” kata-kata Harith Iskandar yang agak keras membuatkan Laila Atiqah tergamam.

Helmi sudah pulang disebabkan ada urusan lain dan dia telah memaklumkan kepada Harith Iskandar dengan menghantar pesanan ringkas. Hal itu menyebabkan Harith Iskandar memguatkan suaranya kepada Laila Atiqah kerana dia tidak suka membuatkan orang lain menunggunya dan hasratnay untuk makan bersama teman baiknya itu tidak kesampaian. Mata Laila Atiqah yang berair membuatkan Harith Iskandar tersedar akan suaranya yang sudah naik seoktaf. Harith Iskandar menjadi kelam kabut tidak tahu untuk membuat apa. Sudahlah dirinya memang dipanggil kayu gara-gara dia tidak tahu hendak memujuk orang.

‘ish apa nak buat ni, tersalah nada la pulak, bini aku pun sensitive sangat le pulak, baru cakap kuat sikit dah terasa ni,’hati Harith Iskandar tidak keruan melihat insan yang mula mendapat tempat dihatinya itu menangis.

Laila Atiqah mengalihkan pandangannya kearah belakang kerana tidak mahu Harith Iskandar melihat air mata yang tumpah. Dia juga tidak mengetahui mengapa dirinya sangat sensitive hari ini padahal apa yang diucapkan Harith Iskandar itu tidaklah keterlaluan tetapi hati perempuannya terusik dan mata juga tidak dapat menahan air yang bergenang daripada tumpah ke pipi gebunya itu.

“awak, saya nak mintak maaf..saya tak sengaja nak cakap kuat-kuat dengan awak,”kata Harith Iskandar apabila melihat Laila Atiqah yang berpaling daripadanya. Laila Atiqah hanya mendiamkan diri, tidak bercakap walau sepatah pun.

“awakkk.. jangan lah macam ni, saya ni tak tau nak pujuk orang,”jujur Harith Iskandar berkata kepada Laila Atiqah yang masih berpaling daripadanya.

“awakkkk..”kali ketiga Harith Iskandar memanggil Laila Atiqah dan kali ini pergelangan tangan Laila Atiqah dipegang dan Laila Atiqah ditarik agar mengadapnya semula.

Kini Laila Atiqah sudah menghadap Harith Iskandar dan pergelangan tanganya masih lagi dalam genggaman Harith Iskandar. Laila Atiqah hanya memandang ke bawah kerana dia malu mahu mengadap Harith Iskandar dalam keadaannya sebegitu dan dia juga tidak berbuat apa-apa dengan tangan Harith Iskandar yang memegang pergelangan tangannya.

“awak janganlah macam ni, saya tak sengaja okey, jom pegi makan,” ajak Harith Iskandar dengan suara yang lembut. Tangan kanan Harith Iskandar naik ke muka Laila Atiqah dan jari-jemari Harith Iskandar mengesat air mata yang masih bersisa di pipi isterinya yang tercinta manakala tangan kirinya masih lagi memegang pergelangan tangan Laila Atiqah.

Laila Atiqah hanya diam tidak berkata apa-apa dan semakin reda air matanya tumpah serta dia malu apabila Harith Iskandar mengesatkan air matanya dan tanpa dia jangka Harith Iskandar telah pun memulakan langkahnya, tangan Harith Iskandar yang memegang pergelangan tangan Laila Atiqah telah turun sedikit dan pada mulanya Laila Atiqah menyangka Harith Iskandar akan melepaskan tangannya tetapi andaiannya meleset apabila dengan naturalnya tangan Harith Iskandar terhenti pada telapak tangan Laila Atiqah dan digenggam dengan erat sekali.

+++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment