Iskandar menjeling ke sisinya, untuk melihat Laila Atiqah yang hanya diam
semenjak mereka masuk kedalam kereta. Semasa makan tadi, Laila Atiqah juga
hanya mendiamkan diri dan hanya makan makanan yang dipesan oleh Harith
Iskandar. Harith Iskandar tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk menghilangkan
ketegangan diantara mereka. Bunyi deringan lagu Korea kedengaran memecah
kesunyian diantara mereka dan suara Laila Atiqah akhirnya menyapa gegendang
telinga Harith Iskandar setelah sekian lama mendiamkan diri.
“waalaikumsalam,
ucu “Laila Atiqah membalas salam yang diberikan oleh orang yang menelefon.
“erm, sihat
je,Alhamdulillah, ucu ok?”tanya Laila Atiqah kepada si pemanggil.
“takde pape
lah, selsema cikit je ni, sat gi eloklah, ucu jangan lah risau, tu ha risaukan
diri ucu tu je, nampak macam tak teruk je suara..dah pegi klinik ke?,tanya
Laila Atiqah kepada si pemanggil yang dipanggil ucu itu.
“kenapa tak
pegi lagi, dah dah jangan malas-malas pegilah klinik, nanti jadi lagi
teruk,”Laila Atiqah menasihati orang yang disebelah sana.
“mak..ooh
tengah kat luar ni, mak takde..takpe nanti orang sampaikan salam pada mak..okey
ucu, orang pun rindu kat ucu..k. bye, assalamualaikum,”Laila Atiqah menamatkan
perbualan dengan si pemanggil dan telefonnya kembali di masukkan ke dalam beg
sandang bertali satu yang berada di atas ribanya.
Harith
Iskandar hanya memasang telinga mendengar butir bicara antara isterinya dan
juga si pemanggil.Harith Iskandar tertanya- tanya siapakah yang dipanggil ucu
oleh isterinya itu dan hatinya ingin sekali mengetahuinya namun dia takut
kalau-kalau tiada jawapan daripada isterinya itu. Tetapi disebabkan tahap ingin
tahu yang tinggi membuatkan Harith Iskandar meringankan mulutnya untuk bertanya
juga.
“siapa?”
sepatah sahaja yang ditanya dengan matanya yang memandang sedikit kearah kanan.
“kawan,”
sepatah juga yang dijawab oleh Laila Atiqah kemudian senyap kembali.
Suasana yang
senyap itu tidak bertahan lama apabila akhirnya mereka sampai ke rumah dan dari
kejauhan dapat mereka lihat kedua-dua ibu bapa Harith Iskandar yang sedang
minum petang meja khas di luar rumah. Sengihan Puan Farihin dapat dilihat
apabila dia melihat kereta Honda City berwarna putih itu memasuki kawasan
rumah.
“assalamualaikum,
mama , papa,” Laila Atiqah member salam dan seterusnya tangan ibu bapa
mertuanya itu disalami seperti biasa dan suaranya juga kedengaran ceria, tidak
sedingin tadi.
“best Ati
keluar dengan Is?”tanya Puan Farihin bertanya sambil tangannya menarik kerusi
disebelahnya menyuruh Laila Atiqah supaya duduk disebelahnya.
“erm best,
best sangat keluar dengan anak mama ni,”jawab Laila Atiqah dengan senyuman yang
terukir dibibirnya.
“baguslah
kalau macam tu,”balas Puan Farihin.
Harith
Iskandar dapat merasakan pisau belati yang menorah-noreh lubuk hatinya dan dia
merenung Laila Atiqah yang juga menjelingnya dengan ekor matanya. Isterinya itu
masih merajuk dengan dirinya.
“okeylah
mama, papa,Ati masuk dulu, nak sembahyang asar,”Laila Atiqah meminta diri masuk
ke dalam bagi menunaikan tuntutan pada yang maha Esa.
Tepat sekali
tekaan Laila Atiqah dengan membeli pad tadi kerana dia memang period dan
hasratnya untuk menunaikan solat asar terkubur begitu sahaja dan barulah Laila
Atiqah mengapa dirinya sangat sensitive pada hari ini. Laila Atiqah terus
sahaja membaringkan dirinya di atas katil sesudah menyegarkan dirinya sebentar
tadi. Dia ingin melelapkan matanya yang penat menangis pada hari ini. Bunyi
deringan telefon bimbitnya yang kedengaran membuatkan Laila Atiqah kembali
membuka matanya. Matanya dipejam celikkan, malas mahu bangun untuk mengangkat
telefon yang diletakkan diatas meja solek. Namun deringan yang masih tidak mati
itu menandakan orang yang menelefon mempunyai hal yang penting untuk
disampaikan. Laila Atiqah bangun dengan gaya yang sangat malas lalu bergerak ke
meja solek. Nama pemanggil dipandang sekilas sebelum butang hijau ditekan.
“waalaikumsalam,
ucu,”balas Laila Atiqah. Kakinya mula melangkah kearah balkoni di dalam bilik
itu. Bontotnya dilabuhkan diatas simen yang sejuk itu.
“sory tadi
tak boleh nak cakap sangat, ada orang dekat sebelah tadi,”ujar Laila Atiqah
kepada pemilik nama Ammar Kirana itu.
“siapa?siapa
yang ada dekat kak ngah tadi..”tanya Ammar Kirana yang membuatkan Laila Atiqah
menggelabah tidak tahu nak berbuat apa. Nak diberitahu atau tidak berita yang
tidak sempat dihebahkan itu.
‘conform
kena marah kalau cakap laki aku yang ade kat sebelah tadi, eiish macam mana nak
cakap ni, tapi kalau tak bagitahu sekarang nanti kalau lama-lama sorokkan mesti
lagi mengamuk adik aku ni karang kan,’ detik Laila Atiqah didalam hati.
“kak ngah,
oooi dah sampai kat mana tu, ucu tanya ni,siapa yang dengan kak ngah tu,”ulang
Ammar Kirana apabila pertanyaannya tidak berjawab.
“aah, takde
ke mananye, erm..ucu kalau orang cakap pasal satu benda ni jangan marah tau,
orang takde niat pun nak sembunyikan daripada ucu dan sesiapa pun,”balas Laila
Atiqah membuatkan Ammar KIrana berasa tidak sedap hati. Apa yang nak
disampaikan oleh ex-roommatenya itu.
“kenapa ni,
ade apa..okey ucu tak marah, takde maknanya nak marah tau pun tak lagi,bagitau
je la..ade ape,”ujar Ammar Kirana.
“okey
mula-mula orang nak cakap sory sesangat sebab orang tak ajak ucu datang umah
mase orang kahwin..ucu tolonglah maafkan kak ngah ye dan dengarlah
sebab-sebabnya dulu sebelum marah kak ngah ye,”Laila Atiqah bersuara dengan
suara yang terketar-ketar kerana takut apa yang telah dia lakukan akan
menyakitkan hati teman baiknya itu.
Ammar Kirana
tidak bersuara apa-apa. Hanya kedengaran nafasnya yang kedengaran tenang
ditelinga Laila Atiqah. Kesepian Ammar Kirana itu sudah dijangka oleh Laila
Atiqah dan dia harus meneruskan penjelasan kerana dia mengetahui bahawa diam
Ammar Kirana adalah kerana dia mahu mendengar penjelasan dan cerita yang lebih
terperinci lagi daripadanya. Ammar Kirana, kawan yang dia sangat senangi kerana
sikapnya yang tidak mudah melenting dan tidak mudah berkecil hati dengan
perkara-perkara kecil dan tidak terus marah apabila menerima sesuatu yang tidak
menyenangkan.
Laila Atiqah
menceritakan dari awal apa yang telah berlaku sehinggalah yang baru sahaja
terjadi semasa Ammar Kirana menelefonnya sebelum ini, iaitu keluar bersama
Harith Iskandar. Semuanya diceritakan agar Ammar Kirana lebih memahami kepada
dia berbuat demikian.
“ucu maafkan
kak ngah ye,”kata Laila Atiqah setelah habis bercerita kepada Ammar Kirana.
“ucu tak tau
nak cakap apa kak ngah, ucu rasa terkilan sebab kak ngah tak ajak kitorang
datang umah masa kak ngah kahwin..bagi ucu masa nak memahami cerita kak ngah
tadi ye,”balas Ammar Kirana dengan suara yang sebak. Dapat Laila Atiqah
bayangkan wajah kawan yang dianggap adik itu mendung dengan tangisan yang
ditahan. Laila Atiqah tahu dia sudah menyakitkan hati kawan baiknya itu.
“okey la kak
ngah, nanti bila ucu dah boleh faham dan terima apa yang kak ngah buat nanti
ucu call kak ngah lagi, okey,assalamualaikum,”sambung Ammar Kirana dan terus
panggilan ditamatkan.
“ucu, tunggu
du..”Laila Atiqah tidak dapat menghalang Ammar Kirana daripada menamatkan
panggilan dan bunyi pintu bilik yang ditutup membuatkan Laila Atiqah tersedar bahawa
Harith Iskandar sudah pun masuk ke dalam bilik lalu niatnya untuk menelefon Ammar
Kirana kembali dibatalkan begitu sahaja.
Harith
Iskandar dapat mendengar Laila Atiqah memanggil nama ucu sebelum telefon
bimbitnya itu diletakkan di atas lantai. Harith Iskandar tidak berani untuk
menegur Laila Atiqah yang nampak sangat sedih dan dia terus mengambil tuala
untuk mandi setelah bajunya dipenuhi kotoran kerana menolong mamanya tadi
menanam pokok bunga.
Harith
Iskandar tidak dapat melelapkan matanya apabila telinganya tertancap akan suara
tangisan walaupun tidak kuat tapi masih dapat didengari disebelahnya. Harith
Iskandar membukakan matanya dan badannya dialihkan kearah Laila Atiqah
disebelahnya.
“awak,
kenapa ni?kenapa awak nangis..”tanya Harith Iskandar dengan suara garaunya.
Laila Atiqah
masih lagi begitu, air matanya masih mengalir walaupun suara sudah tidak dapat
didengari lagi.
“awak masih
marahkan saya ke?”tanya Harith Iskandar lagi.
Laila Atiqah
menggelengkan kepalanya. Tangan Harith Iskandar mengubah bantal panjang
diantara mereka supaya dapat melihat isterinya dengan lebih jelas lagi.
Harith
Iskandar mendekatkan dirinya dengan Laila Atiqah yang sedang menutup matanya
dengan tangan, lalu tangan Laila Atiqah dicapai dengan tangan kirinya manakala
tangan kanannya mengelap sisa-sisa air mata yang berada di pipi gebu milik
Laila Atiqah.
“kenapa ni,
ceritalah kat saya,”kata Harith Iskandar sesudah itu.
Namun
selepas mendengar kata-kata suaminya itu Laila Atiqah berasa lagi sedih dan air
matanya kembali turun dengan lajunya kerana teringatkan emaknya dan juga Ammar
Kirana yang selalu memujuknya jika dia menangis.Lalu bahu Harith Iskandar yang
berada dekat dengannya digunakan sebagai tempat menangis. Harith Iskandar
terkejut dengan tindakan Laila Atiqah itu tetapi dia membiarkan sahaja
isterinya itu memnyembabkan muka dibahunya.
+++++++++++++++++++++
No comments:
Post a Comment