Majlis walimatulurus di pihak keluarga Harith
Iskandar akan diadakan semasa cuti semester pertama iaitu pada bulan februari tahun
hadapan kerana beberapa hari lagi akan masuk bulan ramadhan. Tahun ini Laila
Atiqah tidak dapat berpuasa bersama emak dan ayahnya juga seperti tahun-tahun
yang lepas kerana dia berada di sekolah dan juga matrikulasi. Baru sahaja Laila
Atiqah berangan-angan pada tahun ini untuk berpuasa bersama ibubapanya setelah
sekian lama tiada dirumah sekarang dia terpaksa melupakan angan-angannya dan
berpuasa bersama-sama keluarga mertuanya.
Hari ini
tinggal mereka berdua sahaja dirumah kerana kedua-dua mertuanya mendidik
anak-anak bangsa di sekolah manakala adik tunggal Harith Iskandar, Naisya sudah
pulang ke sekolah berasrama penuh Intergrasi Gopeng iaitu sekolah yang menjadi
pertemuan semula antara dirinya dan juga suaminya setelah berpisah semasa di
sekolah rendah. Nampaknya jodohnya dan suaminya masih ada dan dia mula menaruh
perasaan terhadap kawan sekelasnya itu yang pada mulanya Laila anggap sebagai
ex-classmate semata-mata. Tetapi Harith Iskandar yang tinggi lampai dan
berwajah putih bersih serta sifatnya yang soleh mewujudkan satu perasaan halus
yang tidak pernah Laila Atiqah alami sebelum ini namun sebagai pelajar sekolah
menengah yang mempunyai tanggungjawab untuk belajar membuatkan Laila Atiqah
tidak mengendahkan perasaannya yang aneh itu dan beranggapan ia akan hilang
seiring dengan masa dan juga akan lenyap apabila mereka tamat belajar di
sekolah menengah itu. Dan setahun di
matrikulasi yang sibuk dan juga padat jadualnya membuatkan Laila Atiqah
melupakan tentang perasaannya terhadap Harith Iskandar. Namun bak kata ustaz
dan ustazah di sekolah dan dalam ceramah- ceramah, jodoh yang sudah ditentukan
oleh Allah tidak siapa yang tahu dan tiada apa yang mampu menghalangnya.
“Ati, awak
nak apa-apa tak saya nak keluar sekejap jumpa kawan, ke awak nak ikut saya?”tanya Harith Iskandar di muka pintu utama. Laila
Atiqah yang sedang mengelamun terperanjat dengan pertanyaan yang
secara
mengejut itu dan kakinya serta merta dijatuhkan kebawah daripada buaian yang
sedang berayun.
“Ape dia
Is?” Laila Atiqah inginkan kepastian agar apa yang didengarinya itu tadi tidak
salah.
“Awak nak
pesan apa-apa tak atau awak nak ikut saya sekali sebab saya nak jumpa kawan
sekejap,” ulang Harith Iskandar sekali lagi.
“oh,
ermm..kalau saya nak ikut takpe ke, saya nak beli barang sikit,”balas Laila
Atiqah bertanya.
“boleh je,
awak pegi lah siap,saya tunggu kat kereta,”Harith Iskandar sudah berjalan
keluar dan duduk disebelahnya di buaian
itu.
Laju sahaja
Laila Atiqah bangun dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah, apabila Harith
Iskandar sudah berada disisinya kerana takut kejadian semalam berulang lagi.
Harith Iskandar hanya tersenyum melihat perlakuan Laila atiqah itu. Mindanya
teringat kejadian semalam, dia sebenarnya hanya mahu mengenakan Laila Atiqah
tetapi akhirnya dia yang terkena gara-gara muncul perasaan ganjil apabila Laila
Atiqah berada hampir dengannya dan dia tidak dapat menahan perasaan aneh yang
muncul di lubuk hatinya dan akhirnya mereka sama-sama terkantoi dengan adiknya,
Naisya.
+++++++++++++++
No comments:
Post a Comment