!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 10 September 2012

sambungan 14



Iskandar menjeling ke sisinya, untuk melihat Laila Atiqah yang hanya diam semenjak mereka masuk kedalam kereta. Semasa makan tadi, Laila Atiqah juga hanya mendiamkan diri dan hanya makan makanan yang dipesan oleh Harith Iskandar. Harith Iskandar tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk menghilangkan ketegangan diantara mereka. Bunyi deringan lagu Korea kedengaran memecah kesunyian diantara mereka dan suara Laila Atiqah akhirnya menyapa gegendang telinga Harith Iskandar setelah sekian lama mendiamkan diri.

“waalaikumsalam, ucu “Laila Atiqah membalas salam yang diberikan oleh orang yang menelefon.

“erm, sihat je,Alhamdulillah, ucu ok?”tanya Laila Atiqah kepada si pemanggil.

“takde pape lah, selsema cikit je ni, sat gi eloklah, ucu jangan lah risau, tu ha risaukan diri ucu tu je, nampak macam tak teruk je suara..dah pegi klinik ke?,tanya Laila Atiqah kepada si pemanggil yang dipanggil ucu itu.

“kenapa tak pegi lagi, dah dah jangan malas-malas pegilah klinik, nanti jadi lagi teruk,”Laila Atiqah menasihati orang yang disebelah sana.

“mak..ooh tengah kat luar ni, mak takde..takpe nanti orang sampaikan salam pada mak..okey ucu, orang pun rindu kat ucu..k. bye, assalamualaikum,”Laila Atiqah menamatkan perbualan dengan si pemanggil dan telefonnya kembali di masukkan ke dalam beg sandang bertali satu yang berada di atas ribanya.

Harith Iskandar hanya memasang telinga mendengar butir bicara antara isterinya dan juga si pemanggil.Harith Iskandar tertanya- tanya siapakah yang dipanggil ucu oleh isterinya itu dan hatinya ingin sekali mengetahuinya namun dia takut kalau-kalau tiada jawapan daripada isterinya itu. Tetapi disebabkan tahap ingin tahu yang tinggi membuatkan Harith Iskandar meringankan mulutnya untuk bertanya juga.

“siapa?” sepatah sahaja yang ditanya dengan matanya yang memandang sedikit kearah kanan.

“kawan,” sepatah juga yang dijawab oleh Laila Atiqah kemudian senyap kembali.
Suasana yang senyap itu tidak bertahan lama apabila akhirnya mereka sampai ke rumah dan dari kejauhan dapat mereka lihat kedua-dua ibu bapa Harith Iskandar yang sedang minum petang meja khas di luar rumah. Sengihan Puan Farihin dapat dilihat apabila dia melihat kereta Honda City berwarna putih itu memasuki kawasan rumah.

“assalamualaikum, mama , papa,” Laila Atiqah member salam dan seterusnya tangan ibu bapa mertuanya itu disalami seperti biasa dan suaranya juga kedengaran ceria, tidak sedingin tadi.

“best Ati keluar dengan Is?”tanya Puan Farihin bertanya sambil tangannya menarik kerusi disebelahnya menyuruh Laila Atiqah supaya duduk disebelahnya.

“erm best, best sangat keluar dengan anak mama ni,”jawab Laila Atiqah dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

“baguslah kalau macam tu,”balas Puan Farihin.

Harith Iskandar dapat merasakan pisau belati yang menorah-noreh lubuk hatinya dan dia merenung Laila Atiqah yang juga menjelingnya dengan ekor matanya. Isterinya itu masih merajuk dengan dirinya.

“okeylah mama, papa,Ati masuk dulu, nak sembahyang asar,”Laila Atiqah meminta diri masuk ke dalam bagi menunaikan tuntutan pada yang maha Esa.

Tepat sekali tekaan Laila Atiqah dengan membeli pad tadi kerana dia memang period dan hasratnya untuk menunaikan solat asar terkubur begitu sahaja dan barulah Laila Atiqah mengapa dirinya sangat sensitive pada hari ini. Laila Atiqah terus sahaja membaringkan dirinya di atas katil sesudah menyegarkan dirinya sebentar tadi. Dia ingin melelapkan matanya yang penat menangis pada hari ini. Bunyi deringan telefon bimbitnya yang kedengaran membuatkan Laila Atiqah kembali membuka matanya. Matanya dipejam celikkan, malas mahu bangun untuk mengangkat telefon yang diletakkan diatas meja solek. Namun deringan yang masih tidak mati itu menandakan orang yang menelefon mempunyai hal yang penting untuk disampaikan. Laila Atiqah bangun dengan gaya yang sangat malas lalu bergerak ke meja solek. Nama pemanggil dipandang sekilas sebelum butang hijau ditekan.

“waalaikumsalam, ucu,”balas Laila Atiqah. Kakinya mula melangkah kearah balkoni di dalam bilik itu. Bontotnya dilabuhkan diatas simen yang sejuk itu.

“sory tadi tak boleh nak cakap sangat, ada orang dekat sebelah tadi,”ujar Laila Atiqah kepada pemilik nama Ammar Kirana itu.

“siapa?siapa yang ada dekat kak ngah tadi..”tanya Ammar Kirana yang membuatkan Laila Atiqah menggelabah tidak tahu nak berbuat apa. Nak diberitahu atau tidak berita yang tidak sempat dihebahkan itu.

‘conform kena marah kalau cakap laki aku yang ade kat sebelah tadi, eiish macam mana nak cakap ni, tapi kalau tak bagitahu sekarang nanti kalau lama-lama sorokkan mesti lagi mengamuk adik aku ni karang kan,’ detik Laila Atiqah didalam hati.

“kak ngah, oooi dah sampai kat mana tu, ucu tanya ni,siapa yang dengan kak ngah tu,”ulang Ammar Kirana apabila pertanyaannya tidak berjawab.

“aah, takde ke mananye, erm..ucu kalau orang cakap pasal satu benda ni jangan marah tau, orang takde niat pun nak sembunyikan daripada ucu dan sesiapa pun,”balas Laila Atiqah membuatkan Ammar KIrana berasa tidak sedap hati. Apa yang nak disampaikan oleh ex-roommatenya itu.

“kenapa ni, ade apa..okey ucu tak marah, takde maknanya nak marah tau pun tak lagi,bagitau je la..ade ape,”ujar Ammar Kirana.

“okey mula-mula orang nak cakap sory sesangat sebab orang tak ajak ucu datang umah mase orang kahwin..ucu tolonglah maafkan kak ngah ye dan dengarlah sebab-sebabnya dulu sebelum marah kak ngah ye,”Laila Atiqah bersuara dengan suara yang terketar-ketar kerana takut apa yang telah dia lakukan akan menyakitkan hati teman baiknya itu.

Ammar Kirana tidak bersuara apa-apa. Hanya kedengaran nafasnya yang kedengaran tenang ditelinga Laila Atiqah. Kesepian Ammar Kirana itu sudah dijangka oleh Laila Atiqah dan dia harus meneruskan penjelasan kerana dia mengetahui bahawa diam Ammar Kirana adalah kerana dia mahu mendengar penjelasan dan cerita yang lebih terperinci lagi daripadanya. Ammar Kirana, kawan yang dia sangat senangi kerana sikapnya yang tidak mudah melenting dan tidak mudah berkecil hati dengan perkara-perkara kecil dan tidak terus marah apabila menerima sesuatu yang tidak menyenangkan.

Laila Atiqah menceritakan dari awal apa yang telah berlaku sehinggalah yang baru sahaja terjadi semasa Ammar Kirana menelefonnya sebelum ini, iaitu keluar bersama Harith Iskandar. Semuanya diceritakan agar Ammar Kirana lebih memahami kepada dia berbuat demikian.

“ucu maafkan kak ngah ye,”kata Laila Atiqah setelah habis bercerita kepada Ammar Kirana.

“ucu tak tau nak cakap apa kak ngah, ucu rasa terkilan sebab kak ngah tak ajak kitorang datang umah masa kak ngah kahwin..bagi ucu masa nak memahami cerita kak ngah tadi ye,”balas Ammar Kirana dengan suara yang sebak. Dapat Laila Atiqah bayangkan wajah kawan yang dianggap adik itu mendung dengan tangisan yang ditahan. Laila Atiqah tahu dia sudah menyakitkan hati kawan baiknya itu.

“okey la kak ngah, nanti bila ucu dah boleh faham dan terima apa yang kak ngah buat nanti ucu call kak ngah lagi, okey,assalamualaikum,”sambung Ammar Kirana dan terus panggilan ditamatkan.

“ucu, tunggu du..”Laila Atiqah tidak dapat menghalang Ammar Kirana daripada menamatkan panggilan dan bunyi pintu bilik yang ditutup membuatkan Laila Atiqah tersedar bahawa Harith Iskandar sudah pun masuk ke dalam bilik lalu niatnya untuk menelefon Ammar Kirana kembali dibatalkan begitu sahaja.

Harith Iskandar dapat mendengar Laila Atiqah memanggil nama ucu sebelum telefon bimbitnya itu diletakkan di atas lantai. Harith Iskandar tidak berani untuk menegur Laila Atiqah yang nampak sangat sedih dan dia terus mengambil tuala untuk mandi setelah bajunya dipenuhi kotoran kerana menolong mamanya tadi menanam pokok bunga.

Harith Iskandar tidak dapat melelapkan matanya apabila telinganya tertancap akan suara tangisan walaupun tidak kuat tapi masih dapat didengari disebelahnya. Harith Iskandar membukakan matanya dan badannya dialihkan kearah Laila Atiqah disebelahnya.

“awak, kenapa ni?kenapa awak nangis..”tanya Harith Iskandar dengan suara garaunya.
Laila Atiqah masih lagi begitu, air matanya masih mengalir walaupun suara sudah tidak dapat didengari lagi.

“awak masih marahkan saya ke?”tanya Harith Iskandar lagi.

Laila Atiqah menggelengkan kepalanya. Tangan Harith Iskandar mengubah bantal panjang diantara mereka supaya dapat melihat isterinya dengan lebih jelas lagi.

Harith Iskandar mendekatkan dirinya dengan Laila Atiqah yang sedang menutup matanya dengan tangan, lalu tangan Laila Atiqah dicapai dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya mengelap sisa-sisa air mata yang berada di pipi gebu milik Laila Atiqah.

“kenapa ni, ceritalah kat saya,”kata Harith Iskandar sesudah itu.

Namun selepas mendengar kata-kata suaminya itu Laila Atiqah berasa lagi sedih dan air matanya kembali turun dengan lajunya kerana teringatkan emaknya dan juga Ammar Kirana yang selalu memujuknya jika dia menangis.Lalu bahu Harith Iskandar yang berada dekat dengannya digunakan sebagai tempat menangis. Harith Iskandar terkejut dengan tindakan Laila Atiqah itu tetapi dia membiarkan sahaja isterinya itu memnyembabkan muka dibahunya.

+++++++++++++++++++++

sambungan 13



Kompleks membeli-belah JUSCO menjadi tempat pertemuan antara Harith Iskandar dengan Helmi hari ini.  Semasa di dalam kereta tadi kedua-duanya hanya diam dan hanya melayan perasaan masing-masing.Laila Atiqah tidak berani untuk memandang kearah kanannya kerana dia berasa malu dengan kejadian semalam dan begitu juga dengan Harith Iskandar yang hanya menoleh kearah kiri kerana ingin melihat side mirror walaupun sebenarnya dia melihat isterinya dengan hujung ekor matanya. Dari kejauhan Laila Atiqah dapat melihat seorang lelaki yang berkulit sawo matang yang memakai riben datang kearah dia dan juga suaminya. Laila Atiqah dapat mengagak itulah orang yang ingin ditemui oleh suaminya. Harith Iskandar bangun apabila Helmi sudah dekat di meja mereka. Tangan mereka bersalaman dan berpelukan. Nampak akrab benar di mata Laila Atiqah.

“wei Harith, hang kawin tak ajak aku pon ya,” Helmi sudah mula mahu mengusik Harith Iskandar.

“ape pulak kan aku ade cakap, yang tu majlis kat umah belah pempuan, umah aku nanti la bulan tahun depan baru buat, ko datang le, jangan tak datang pulak, aku sekeh pala hang” balas Harith Iskandar pula.

“eh eh eh, ingat sikit aku ni lagi tua dari hang, ada pulak nak sekeh pala aku,”Helmi mengomel sendirian.

“hah yang kat sebelah ni sapa, tak nak kenalkan ke pada aku,” Helmi menegur apabila terpandang akan Laila Atiqah.

“oh, lupa pulak, ni la isteri aku, Laila Atiqah dan ni pulak kawan saya Helmi,” kata Harith Iskandar kepada Helmi dan Laila Atiqah.

“hai, nama saya Helmi, saya kawan baik Harith ni ha,dari sekolah rendah dulu ha,”kata Helmi sambil menanggalkan ribennya.

“nama saya Laila Atiqah, isteri Harith Iskandar,”balas Laila Atiqah pula.

‘macam pernah nampak la kawan Is ni, kawan masa sekolah rendah, maksudnya sama sekolahlah dengan aku sekali tapi tak penah pulak nampak kat dalam kelas ke hape, erm pelik betul’ desis Laila Atiqah di dalam hati.

“Is, takpelah awak bersembanglah dengan Helmi ye, saya nak beli barang sekejap,” Laila Atiqah meminta kebenaran Harith Iskandar.

“awak takpe ke ni, nak pegi jalan sensorang, ke tunggu sekejap lagi saya temankan awak,” Harith Iskandar merasa bersalah.

“takpe saya pegi sorang pun boleh, nak pegi tengok-tengok barang kejap, awak sembanglah dengan Helmi, ada apa-apa nanti saya call awak,” balas Laila Atiqah.

“okey, Helmi sembanglah dengan Is ye, saya nak pegi cari barang kejap,”kata Laila Atiqah kepada Helmi sambil bangun dari kerusi yang bersebelahan dengan Harith Iskandar.

Helmi hanya mengangguk kecil. Dari pandangan matanya Helmi dapat melihat betapa Harith Iskandar, kawan karibnya itu betul-betul menyayangi isteri yang baru dinikahinya itu.

Laila Atiqah pergi ke tempat barangan wanita dan membeli barang- barang keperluannya serta barang yang menjadi penyebab dia mengikut Harith Iskandar keluar hari ini iaitu ‘pad’ yang dia malu untuk menyuruh Harith Iskandar membelinya. Lainlah kalau test pad bolehlah dia pesan sahaja kepada Harith Iskandar.  Sesudah itu Laila atiqah berjalan- jalan sambil melihat barang- barang yang dijual oleh setiap kedai, memandangkan dia ingin memberikan ruang antara kedua-dua kawan baik itu untuk berbicara dengan lebih lama lagi.

 Jam ditangan diintai lagi. Walaupun tidak diberitahu tetapi Helmi mengetahui bahawa Harith Iskandar risaukan isterinya yang sedari tadi tidak nampak bayangnya dari membeli barang.

“Harith pegilah cari isteri hang tu, aku tunggu kat sini, sat gi kita makan sama-sama, macam lah aku tak tau hang risau kat dia,”kata Helmi.

“Obvious sangat ke aku risau pasal Ati,”balas Hairth Iskandar.

“aah, memang pun, pi lah cepat, aku dah lapaq dah ni,” Helmi segaja mengombok.

“yelah, hang pesan la apa-apa dulu buat lapik perut,” Harith Iskandar bangun dan terus berlalu.Helmi hanya menunjukkan isyarat okey kepada Harith Iskandar yang sedang keluar dari food court itu.

Tangan harith Iskandar sibuk mengdail nombor telefon Laila Atiqah tetapi tiada yang menjawab dan hanya masuk voice mail sahaja membuatkan langkahnya dicepatkan dan matanya melilau melihat orang didalam kedai-kedai di dalam JUSCO itu. Kemudian Harith Iskandar melihat kelibat Laila Atiqah di dalam satu kedai,Harith Iskandar berhenti dan melihat kedai yang dikunjungi oleh Laila Atiqah itu. Kedai buku Popular yang dikunjungi isterinya itu. Harith Iskandar melangkah masuk dan kakinya menuju kearah Laila Atiqah.

“Ati kenapa tak angkat saya call,”tanya Harith Iskandar secara tiba-tiba.
Laila Atiqah yang sedang membelek sebuah novel terperanjat mendengar suara suaminya itu, Harith Iskandar. Hampir-hampir sahaja novel itu jatuh ke lantai tapi sempat ditangkap oleh Laila  Atiqah semula.

“apa awak ni, bagi salam dulu kalau ia pun,”kata Laila Atiqah, tangannya meletakkan semula novel ke tempatnya.

“ ye lah dari tadi saya telefon awak tapi tak angkat pun,”kata Harith Iskandar mengulangi kata-katanya sebentar tadi.

“oh yeke, saya tak dengar pun, sekejap,”tangan Laila Atiqah membuka beg sandang di bahunya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia dapat melihat 10 misscall daripada Harith Iskandar. Matanya dibulatkan tanda tidak percaya, kerana dia tidak mendengar pun telefonnya bordering.

“sory sangat Is, saya tak perasan langsung, ralit tengok novel tadi,lama ke awak cari saya, dah pukul berapa sekarang,”tanya Laila Atiqah apabila merasakan sudah lama dia dikedai buku itu.

“erm yelah, lain kali volume tu buat max senang nak dengar, tengok lah ni dah pukul 3 petang,” kata-kata Harith Iskandar yang agak keras membuatkan Laila Atiqah tergamam.

Helmi sudah pulang disebabkan ada urusan lain dan dia telah memaklumkan kepada Harith Iskandar dengan menghantar pesanan ringkas. Hal itu menyebabkan Harith Iskandar memguatkan suaranya kepada Laila Atiqah kerana dia tidak suka membuatkan orang lain menunggunya dan hasratnay untuk makan bersama teman baiknya itu tidak kesampaian. Mata Laila Atiqah yang berair membuatkan Harith Iskandar tersedar akan suaranya yang sudah naik seoktaf. Harith Iskandar menjadi kelam kabut tidak tahu untuk membuat apa. Sudahlah dirinya memang dipanggil kayu gara-gara dia tidak tahu hendak memujuk orang.

‘ish apa nak buat ni, tersalah nada la pulak, bini aku pun sensitive sangat le pulak, baru cakap kuat sikit dah terasa ni,’hati Harith Iskandar tidak keruan melihat insan yang mula mendapat tempat dihatinya itu menangis.

Laila Atiqah mengalihkan pandangannya kearah belakang kerana tidak mahu Harith Iskandar melihat air mata yang tumpah. Dia juga tidak mengetahui mengapa dirinya sangat sensitive hari ini padahal apa yang diucapkan Harith Iskandar itu tidaklah keterlaluan tetapi hati perempuannya terusik dan mata juga tidak dapat menahan air yang bergenang daripada tumpah ke pipi gebunya itu.

“awak, saya nak mintak maaf..saya tak sengaja nak cakap kuat-kuat dengan awak,”kata Harith Iskandar apabila melihat Laila Atiqah yang berpaling daripadanya. Laila Atiqah hanya mendiamkan diri, tidak bercakap walau sepatah pun.

“awakkk.. jangan lah macam ni, saya ni tak tau nak pujuk orang,”jujur Harith Iskandar berkata kepada Laila Atiqah yang masih berpaling daripadanya.

“awakkkk..”kali ketiga Harith Iskandar memanggil Laila Atiqah dan kali ini pergelangan tangan Laila Atiqah dipegang dan Laila Atiqah ditarik agar mengadapnya semula.

Kini Laila Atiqah sudah menghadap Harith Iskandar dan pergelangan tanganya masih lagi dalam genggaman Harith Iskandar. Laila Atiqah hanya memandang ke bawah kerana dia malu mahu mengadap Harith Iskandar dalam keadaannya sebegitu dan dia juga tidak berbuat apa-apa dengan tangan Harith Iskandar yang memegang pergelangan tangannya.

“awak janganlah macam ni, saya tak sengaja okey, jom pegi makan,” ajak Harith Iskandar dengan suara yang lembut. Tangan kanan Harith Iskandar naik ke muka Laila Atiqah dan jari-jemari Harith Iskandar mengesat air mata yang masih bersisa di pipi isterinya yang tercinta manakala tangan kirinya masih lagi memegang pergelangan tangan Laila Atiqah.

Laila Atiqah hanya diam tidak berkata apa-apa dan semakin reda air matanya tumpah serta dia malu apabila Harith Iskandar mengesatkan air matanya dan tanpa dia jangka Harith Iskandar telah pun memulakan langkahnya, tangan Harith Iskandar yang memegang pergelangan tangan Laila Atiqah telah turun sedikit dan pada mulanya Laila Atiqah menyangka Harith Iskandar akan melepaskan tangannya tetapi andaiannya meleset apabila dengan naturalnya tangan Harith Iskandar terhenti pada telapak tangan Laila Atiqah dan digenggam dengan erat sekali.

+++++++++++++++++++

sambungan 12



Majlis walimatulurus di pihak keluarga Harith Iskandar akan diadakan semasa cuti semester pertama iaitu pada bulan februari tahun hadapan kerana beberapa hari lagi akan masuk bulan ramadhan. Tahun ini Laila Atiqah tidak dapat berpuasa bersama emak dan ayahnya juga seperti tahun-tahun yang lepas kerana dia berada di sekolah dan juga matrikulasi. Baru sahaja Laila Atiqah berangan-angan pada tahun ini untuk berpuasa bersama ibubapanya setelah sekian lama tiada dirumah sekarang dia terpaksa melupakan angan-angannya dan berpuasa bersama-sama keluarga mertuanya.

Hari ini tinggal mereka berdua sahaja dirumah kerana kedua-dua mertuanya mendidik anak-anak bangsa di sekolah manakala adik tunggal Harith Iskandar, Naisya sudah pulang ke sekolah berasrama penuh Intergrasi Gopeng iaitu sekolah yang menjadi pertemuan semula antara dirinya dan juga suaminya setelah berpisah semasa di sekolah rendah. Nampaknya jodohnya dan suaminya masih ada dan dia mula menaruh perasaan terhadap kawan sekelasnya itu yang pada mulanya Laila anggap sebagai ex-classmate semata-mata. Tetapi Harith Iskandar yang tinggi lampai dan berwajah putih bersih serta sifatnya yang soleh mewujudkan satu perasaan halus yang tidak pernah Laila Atiqah alami sebelum ini namun sebagai pelajar sekolah menengah yang mempunyai tanggungjawab untuk belajar membuatkan Laila Atiqah tidak mengendahkan perasaannya yang aneh itu dan beranggapan ia akan hilang seiring dengan masa dan juga akan lenyap apabila mereka tamat belajar di sekolah menengah itu.  Dan setahun di matrikulasi yang sibuk dan juga padat jadualnya membuatkan Laila Atiqah melupakan tentang perasaannya terhadap Harith Iskandar. Namun bak kata ustaz dan ustazah di sekolah dan dalam ceramah- ceramah, jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah tidak siapa yang tahu dan tiada apa yang mampu menghalangnya.

“Ati, awak nak apa-apa tak saya nak keluar sekejap jumpa kawan, ke awak nak ikut saya?”tanya  Harith Iskandar di muka pintu utama. Laila Atiqah yang sedang mengelamun terperanjat dengan pertanyaan yang 
secara mengejut itu dan kakinya serta merta dijatuhkan kebawah daripada buaian yang sedang berayun.

“Ape dia Is?” Laila Atiqah inginkan kepastian agar apa yang didengarinya itu tadi tidak salah.

“Awak nak pesan apa-apa tak atau awak nak ikut saya sekali sebab saya nak jumpa kawan sekejap,” ulang Harith Iskandar sekali lagi.

“oh, ermm..kalau saya nak ikut takpe ke, saya nak beli barang sikit,”balas Laila Atiqah bertanya.

“boleh je, awak pegi lah siap,saya tunggu kat kereta,”Harith Iskandar sudah berjalan keluar dan  duduk disebelahnya di buaian itu.

Laju sahaja Laila Atiqah bangun dan berlari-lari anak masuk ke dalam rumah, apabila Harith Iskandar sudah berada disisinya kerana takut kejadian semalam berulang lagi. Harith Iskandar hanya tersenyum melihat perlakuan Laila atiqah itu. Mindanya teringat kejadian semalam, dia sebenarnya hanya mahu mengenakan Laila Atiqah tetapi akhirnya dia yang terkena gara-gara muncul perasaan ganjil apabila Laila Atiqah berada hampir dengannya dan dia tidak dapat menahan perasaan aneh yang muncul di lubuk hatinya dan akhirnya mereka sama-sama terkantoi dengan adiknya, Naisya.

+++++++++++++++