Majlis sudah
lama tamat dan jemputan-jemputan yang datang sudah beransur pulang. Laila
Atiqah masih lagi bercakap dengan kawan-kawannya yang hadir samaada yang
sama-sama belajar di sekolah mahupun di matrikulasi. Majlis berlansung di pihak
perempuan di laksanakan secara sedarhana sesuai dengan permintaan Laila Atiqah
sendiri yang mahukan ia dijalankan secara ringkas dan hanya sedarhana kerana
tidak mahu membazir katanya. Harith Iskandar hanya memerhatikan isterinya itu sambil
duduk dimeja tidak jauh daripada isterinya itu. Muka ceria itu dipandang dengan
perasaan yang tidak percaya. Rupa-rupanya isterinya itu adalah orang yang
sangat dikenalinya, kawan sekelas semasa di sekolah rendah dan juga menengah
atas semasa di sekolah berasrama penuh integrasi gopeng itu. Ini kerana semasa
majlis mereka berlangsung tadi kawan-kawan mereka di sekolah rendah dan juga
menengah datang dan dia mengenali kawan-kawan isterinya itu. Harith Iskandar
tidak menyangka betullah sangkaannya yang rupa Laila Atiqah itu adalah Laila
Atiqah yang selama ini dia kenali. Walaupun mereka tidak berjumpa hanya setahun
tetapi banyak perubahan pada fizikal Laila Atiqah yang menyebabkan dia tidak
perasan akan persamaan wajah itu tetapi mereka juga hanya bertemu sekali sahaja
selama bertunang dan dia juga tidak pernah melihat muka Laila Atiqah dari jarak
yang rapat.
“ Abang Is,
kenapa abang tengok kak Ati tu macam tu, kak Ati tu tak lari ke mana pun abang
oi,” Solihin, adik lelaki Ati menegur apabila melihat Harith Iskandar yang
sedari tadi memerhatikan kakaknya itu.
“tak adalah
saja je nak tengok sape yang tengah bercakap dengan kak Ati kamu tu,” balas
Harith Iskandar secara spontan kerana itu sahaja yang terlintas di kepalanya
ketika itu.
“yeke, abang
Is ni, cakap je la nak tengok kak Ati tu, takde salahnya pun, bini abang
jugak,ye tak,”balas Solihin lagi tidak habis lagi mengusik Harith Iskandar.
Harith
Iskandar hanya mampu tersenyum membalas kata-kata adik iparnya itu. Matanya
melirik lagi memandang orang yang disebut-sebut daripada tadi. Masih lagi
bergelak ketawa bersama rakan-rakannya.
Setelah
semua teman-temannya pulang barulah Laila Atiqah masuk ke dalam rumah untuk
menukar baju. Kakinya terhenti daripada melangkah apabila melihat Harith
Iskandar yang sudah menukar pakaian sedang sibuk membersihkan periuk-belanga
yang digunakan untuk memasak nasi kawah pagi tadi. Laila Atiqah mahu menegur
tetapi apabila melihat suaminya itu yang sedang sibuk membasuh periuk belang
sambil ditemani oleh adik dan abangnya membuatkan Laila Atiqah membiarkan
sahaja, malas mahu mendengar usikan adik dan abangnya jika dia menegur suaminya
itu.
Selepas
menukar baju pernikahannya yang berwarna putih Laila Atiqah turun ke bawah
untuk menolong apa yang patut dan kehadirannya sudah pasti mengundang usikan
daripada adik-beradiknya yang masih berada di bawah bersama Harith Iskandar.
“hah pengantin
perempuan dah turun padang, bolehlah kitorang yang lain naik ye, Ati kamu
tolonglah Is ni, ade sikit je pun lagi,”kata Shahrilzi anak sulung Encik
Ramlan.
“betul cakap
yop tu, lupa dah ke bukan ke semua pengantin baru kat rumah ni kene basuh
periuk belanga setiap kali dah abis kenduri Ati oi,” tambah lagi Shahrizal
abang kedua Laila Atiqah.
“orang tau lah,
yop dengan nyah ni saje je ye, pegi la masuk biar la orang buat sensorang kat
luar ni,”balas Laila Atiqah buat- buat merajuk tetapi sebenarnya dia takut
ditinggalkan sendirian bersama insan yang bernama Harith Iskandar itu.
“ala akak
ni, apenye sorang.. abang Is kan ade temankan kak Ati,” sampuk Solihin pula
yang sejak tadi hanya mendengar perbualan itu.
‘Hai la adik
aku sorang ni, aku tak nak cakap pasal orang tu, asyik dia sebut-sebut
je,’monolog Laila Atiqah di dalam hati sambil melepaskan keluhan.
Semua yang
tadi ada di situ semuanya naik ke atas rumah dan kini yang hanya tinggal adalah
mereka berdua sahaja. Debaran di hati Laila Atiqah semakin menjadi-jadi. Tidak
tahu apa yang patut dilakukan atau apa yang hendak dibualkan. Tangannya masih
setia membasuh pinggan mangkuk yang tinggal sedikit.
“ kenapa
awak mengeluh tadi?” suara Harith Iskandar kedengaran memecah sepi diantara
mereka.
“erm..tak
ade pape, kenapa?” balas Laila Atiqah teragak-agak.
“takde lah,
it seem so loud in my opinion,” balas Harith Iskandar pula.
“oh,haha
adik-beradik saya tu suka sangat mengusik, sampai tak tau nak jawab ape
dah,”jawab Laila Atiqah sambil tesenyum.
Harith
Iskandar turut tersenyum mendengar alasan Laila Atiqah itu. Sudah dapat
mengagak sebenarnya kerana dia turut terkena dengan usikan-usikan keluarga
mertuanya itu.
“erm satu
lagi saya nak tanya awak dah tau ke saya ni sebenarnya Harith Iskandar yang
awak kenal sebelum kita bernikah?” tanya Harith Iskandar apabila dia teringat
bagaimana dia mengetahui bahawa orang yang dinikahinya itu adalah kawan yang
dikenalinya. Ya, kawan yang hanya diketahui nama dan menjadi classmatenya
semasa di sekolah rendah dan juga satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5 tetapi
tidak dikenali rapat langsung.
“hah,oh
pasal tu ye, saya dah tah tau dah awak Harith Iskandar yang saya kenal selepas
kita bertunang sebab time tu emak ade tunjuk gambar awak pada saya,” balas
Laila Atiqah dengan tenang kerana dia sudah mejangkakan lambat laun soalan itu
pasti akan ditanya.
“so, mase
awak tanya saya soalan-soalan tu mase dekat taman tu awak dah tau la saya ni
Harith Iskandar kelas Razi sama dengan awak mase sekolah menengah,”kata Harith
Iskandar lagi.
“betul lah
tu, Encik Harith Iskandar, erm keje saya dah siap, saya naik dulu ye,”laju
sahaja kaki Laila Atiqah melangkah untuk menyelamatkan dirinya daripada
terus-terusan disoal siasat oleh Harith Iskandar.
+++++++++++++++++++
No comments:
Post a Comment