!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 23 August 2012

Sambungan 8


Sudah dua jam lebih dia duduk di rumah kayu berbatu dua tingkat itu. Banyak yang dibualkan oleh pak cik Ramlan, ayah Ati merangkap bakal bapak mertuanya itu dengannya. Daripada perkara-perkara biasa hinggalah ke soal majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hati Harith Iskandar tidak keruan, walaupun telinganya mendengar kata-kata daripada pakcik Ramlan, tetapi matanya tidak dapat menyembunyikan rasa hatinya yang sangat gelisah kerana sedari tadi dia tidak nampak seseorang yang sudah lama ingin ditemuinya secara bertentangan mata. Encik Ramlan perasan akan lirikan mata Harith Iskandar yang sedari tadi mencari-cari seseorang. Sudah dia dapat mengagak pasti Harith Iskandar mencari-cari kelibat anak gadisnya itu, Laila Atiqah.

“Ati ada di taman depan tu, taman permainan kanak-kanak tu dengan kawannya tadi, Masitah. Mereka bawak Wani dan Mimi, anak abang sulung Ati pergi main dekat taman tadi kalau tak silap pakcik,” kata Encik Ramlan membuatkan Harith Iskandar sedikit terperanjat. Harith iskandar tidak menyangka Encik Ramlan akan memberitahunya mengenai tunangnya itu.

“pegi lah ke sana jika hendak bercakap dengan Ati, pakcik izinkan, lagi pun kawan Ati dengan cucu-cucu pakcik ada disana,”kata Encik Ramlan memberi kebenaran.

Harith Iskandar hanya mampu tersenyum memdengar kata-kata ayah Ati itu. Mukanya mula memerah tanda dirinya malu dengan pakcik Ramlan. Namun Harith Iskandar tetap jua meminta diri ke taman untuk bertemu dengan tunangnya yang belum pernah ditemui walaupun sudah menjadi tunangannya.

Dari kejauhan Harith Iskandar dapat melihat kelibat dua orang gadis di belakang buaian, tangan mereka sibuk mengayunkan dua orang kanak-kanak perempuan yang duduk di buaian itu. Harith Iskandar sudah dapat mengagak itu pasti adalah anak- anak sedara Laila Atiqah yang diceritakan oleh pakcik Ramlan sebentar tadi. Harith Iskandar berhenti seketika, dan berdiri berdekatan dengan papan gelongsor yang agak besar sambil memerhatikan Laila Atiqah yang gembira bermain dengan anak-anak sedaranya itu. Hatinya turut merasa gembira melihat gelak-ketawa anak -anak buah Laila Atiqah sehinggakan dia turut tersenyum melihat telatah mereka. Tiba-tiba Laila Atiqah yang sedang ketawa berhenti ketawa dengan riak muka yang ingin tahu memandang tepat ke arahnya sesudah sahaja kawannya itu membisikkan sesuatu kepadanya. Harith Iskandar tidak beriaksi apabila mata mereka bertentangan. Beberapa ketika kemudian barulah Harith Iskandar melangkah perlahan-lahan kearah Laila Atiqah.

“Assalamualaikum, maaf kalau saya mengganggu awak nak bermain dengan anak-anak buah awak, ”kata Harith Iskandar membuka bicara.

“Waalaikumsalam, eh tak adalah..erm dah lama ke sampai, maaf saya tak tahu awak dah sampai ke sini,” balas Laila Atiqah pula. Masitah masih berada di sisinya, mendengar perbualan mereka walaupun tidak memandang kearah mereka.

 “boleh la nak dikatakan lama, dua jam lalu..saya dah jumpa mak dan ayah awak, nak jumpa awak lepastu saya balik la,”kata Harith Iskandar.

“oh, lama dah ye.. erm ni saya kenalkan kawan baik saya dari zaman sekolah lagi, Masitah,”kata Laila Atiqah menutup perasaan malunya apabila Harith Iskandar berkata mahu berjumpa dengannya sebelum pulang.

“oh, hai nama saya Harith Iskandar,” kata Harith Iskandar sambil tersenyum kepada Masitah yang berdiri disebelah Laila Atiqah.

“oh ni la ye tunang ila,saya Masitah, kawan baik cik Laila Atiqah ni dari zaman sekolah,”kata Masitah masih nakal dengan kata-katanya.

Harith Iskandar hanya mampu tersenyum mendengar ayat Masitah itu, manakala tangan Laila Atiqah pantas mencubit lengan Masitah. Sesudah berbicara seketika, Harith Iskandar meminta diri untuk pulang ke Ipoh. Tidak banyak yang dibualkan mereka, walaupun begitu perbualan itu sangat terkesan di hati Harith Iskandar apabila Laila Atiqah bertanya soalan yang sangat bermakna buat diri Ati dan dirinya juga. Soalan itu menambah perspektif baru Harith Iskandar terhadap tunangnya itu. Sepanjang perjalanan Harith Iskandar memikirkan betapa uniknya dan matangnya pemikiran insan bernama Laila Atiqah Binti Ramlan ini.

+++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment