!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 23 August 2012

Sambungan 10



Harith Iskandar membaringkan dirinya di atas katil sambil menunggu gilirannya untuk mandi. Spec matanya masih lagi dipangkal hidungnya. Fikirannya menerawang kepada perbualannya bersama Laila Atiqah sewaktu di taman semasa pertemuan pertama mereka selepas bertunang. Harith Iskandar yang datang ke taman untuk menemui Laila Atiqah tidak dapat mengagak lansung yang Laila Atiqah itu adalah rakan sekelasnya kerana walaupun hanya setahun mereka tidak berjumpa tetapi ada perubahan pada diri Laila Atiqah yang menyebabkan dia tidak perasan akan Laila Atiqah walaupun hatinya turut merasakan dia seakan-akan mengenali Laila Atiqah daripada gambar-gambar yang dia dapat daripada mamanya. 

Perubahan dari segi pemakaian yang nampak semakin matang dan berstail tetapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Laila Atiqah juga semakin kurus daripada kali terakhir mereka berjumpa sewaktu akhir persekolahan.

“saya nak tanya awak ni,awak dah bersedia ke nak menjadi seorang suami?”tanya Laila Atiqah kepada Harith Iskandar yang berdiri agak jauh daripadanya.

Harith Iskandar tidak menyangka Laila Atiqah akan bertanya soalan yang sebegitu. “erm, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi seorang suami yang baik dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami,” hanya itu yang mampu Harith Iskandar menjawab dan matanya melirik kepada anak-anak buah Laila Atiqah yang bersama Masitah yang sedang bermain jongkang-jongkit jauh sedikit daripada mereka.

“saya harap saya akan mempunyai seorang imam yang dapat membimbing saya didalam solat mahupun didalam kehidupan harian saya, saya masih lagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang insan yang bergelar isteri,”balas Laila Atiqah sambil tersenyum lalu memandang kearah anak-anak buahnya.

“sory kalau saya ni banyak sangat permintaan, yelah walaupun perkahwinan kita adalah rancangan kedua-dua ibubapa kita, saya juga ada ciri-ciri dan syarat-syarat yang hendak saya ketengahkan seperti tadi, oh ya ada satu lagi bakal suami saya mestilah dapat menerima semua ahli keluarga saya dan boleh bergaul dengan mereka kerana perkahwinan bukan hanya dengan saya tetapi dengan family saya sekali, awak setuju kan dengan apa yang saya kata,” Laila Atiqah menambah apabila Harith Iskandar tidak berkata apa-apa.


Harith Iskandar menanggalkan specnya dan diletakkan di atas dadanya. Matanya masih terpejam mengenang pertemuan itu dan otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh Laila Atiqah kepadanya. Sejak daripada pertemuan itu, dirinya semakin tertarik untuk mengenali isterinya itu, empunya nama Laila Atiqah Bin Ramlan yang selama ini hanya dikenali sebagai classmatenya sahaja dan tak lebih daripada itu.
Bunyi tolakan pintu bilik air membuatkan Harith Iskandar membuka matanya dan terus bangun daripada pembaringannya. Laila Atiqah keluar dengan berpakaian lengkap baju t-shirt lengan panjang dengan seluar track bottomnya. Rambut panjangnya basah dan tuala hijau berada diatasnya. Harith  Iskandar bangun untuk memberi ruang kepada Laila Atiqah dan dia juga hendak mandi kerana sedikit waktu lagi azan maghrib akan dilaungkan. Laila Atiqah mengeringkan rambutnya sementara menunggu Harith Iskandar untuk solat secara berjemaah. Solat berjemaah untuk kali pertama dalam meniti hidup sebagai suami isteri.  

Sesudah solat maghrib secara berjemaah tangan Harith Iskandar dicium buat kali kedua pada hari ini selepas upacara pembatalan air sembahyang pada tengah hari tadi. Tangannya sudah tidak sejuk lagi seperti tadi kerana buat pertama kalinya tangannya menyalami seseorang yang bukan mahramnya.

“awak , boleh saya cakap sikit tak?”tanya Laila Atiqah kepada Harith Iskandar selepas menyalami tangan suaminya itu.

“ apa dia, cakap je..”balas Harith Iskandar yang sudah berpaling semula kebelakang. Niatnya untuk bangun tidak diteruskan dan dia memandang tepat ke arah Laila Atiqah.

“ saya nak panggil awak ape ye, Is ke Harith macam zaman sekolah tu?” Laila Atiqah memulakan bicaranya.

“saya tak kisah pun awak nak panggil saya ape, mana- mana yang rasa selesa je,” balas Harith Iskandar sambil tersenyum.

“erm lagi satu boleh tak kita kawan macam biasa, kenal dulu hati budi masing-masing baru pikir pasal hal-hal orang yang dah kawin, boleh tak. Lagi pun saya dan awak masih muda lagi kan dan kita sama- sama nak sambung belajar lagi kan.” Laila Atiqah berkata dengan berhati-hati sambil matanya memerhatikan gerak –geri Harith Iskandar yang berada dihadapannya itu.

“saya bukan nak menafikan hak awak sebagai seorang suami dan benda ni pun atas persetujuan kita bersama dan kalau awak tak setuju saya akan terima keputusan awak,”tambah Laila Atiqah lagi apabila Harith Iskandar hanya diam memandangnya sedari tadi.

‘tolonglah terima Harith Iskandar oii, awkward sangat ni..tak tau nak cakap ape dah ni,’Laila Atiqah berharap didalam hati.

‘wah mantap sangat pemikiran bini aku ni, pikir jauh abih, tapi betul gak apa yang dia cakap kan kitorang ni kene kenal-kenal dengan mendalam dulu, memanglah aku ni dah jatuh abis dengan dia tapi takkan tetiba nak cakap suka terus kot nanti dia ingat aku main-main pulak kan dan aku pun tak tau dia suka aku ke tak,’Harith Iskandar berkata-kata didalam hatinya.

“okey saya setuju, jom la turun mak dengan ayah suruh turun makan tadi,”Harith Iskandar menjawab setelah lama berfikir.

Laila Atiqah dan Harith Iskandar turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarga besar Laila Atiqah. Semua adik-beradik Laila Atiqah yang seramai lima orang itu ada bersama. Yop dengan  isterinya yang digelar yong, nyah dengan isterinya kak nyah, kak chik, kak uda, dan jugak seorang adik iaitu Solihin serta dua orang anak sedara perempuan  iaitu Wani dan Mimi. Emak serta kak chik dan kak uda sibuk menghidangkan makanan dan laju sahaja Laila Atiqah pergi ke dapur untuk menolong mereka dan Harith Iskandar pula ke hadapan bersama- sama abang-abang iparnya dan jugak bapa mertuanya.

Setelah siap hidangan dihidangkan laju sahaja Laila Atiqah memanggil semua ahli keluarganya untuk makan malam. Hatinya gembira kerana semua ahli keluarganya berkumpul dan dia dapat berjumpa dengan ahli keluarganya itu kerana jarang sekali dia dapat berkumpul dengan kesemua ahli keluarganya kecuali sewaktu hari raya aidilfitri itupun jikalau abang-abangnya tidak beraya dengan keluarga mertua masing-masing dan jika abang-abangnya pulang dia tidak berada di rumah kerana hampir separuh hidupnya di luar rumah, di asrama sekolah dan matrikulasi. Tahun ini juga dia tidak tahu akan beraya di mana almaklumlah baru sahaja berkahwin dan mungkin buat pertama kalinya dia tidak dapat beraya di rumah membuatkan Laila Atiqah sangat sedih.

“jom la makan, ayah, yop,nyah,awak,”Laila Atiqah memanggil mereka yang berada diruang tamu.

“jom Is makan,”kata Encik Ramlan seraya bangun berlalu ke meja makan.

“banyak ye lauk,”kata Harith Iskandar ramah.

“banyak lebih kenduri tadi Is,” Pn Rohani membalas.

“Is minta nak sambung pelajar dekat mana?” tanya Puan Rohani menyambung bicara.

“minta dekat UIA dengan UTHM sebab kat sana ada course yang saya nak ambik, course mechanical engineering,”balas Harith Iskandar dan meneruskan suapan nasinya tadi.

“ati ni mintak dekat UMP, nak ambik course yang ape tu Ati,keselamatan dan kesihatan pekerjaan,”balas Puan Rohani sambil memandang kearah Laila Atiqah.

“erm betullah tu mak,” Laili Haryani mengiyakan.

“course tu tak popular sangat, jarang ada orang tau tapi banyak permintaan sekarang ni,”tambah Shahrizal pula.


++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment