!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 23 August 2012

Sambungan 11



Hari ini Laila Atiqah akan meninggalkan rumahnya dan akan mengikut suaminya, Harith Iskandar pulang ke Ipoh. Walaupun tidaklah jauh daripada rumahnya, Laila Atiqah berat hati hendak meninggalkan rumah dan juga keluarganya. Laila Atiqah akan tinggal dirumah keluarga Harith Iskandar memandangkan mereka tiada rumah sendiri dan tidak ada sesiapa dirumah kerana kedua-dua mertuanya bekerja sebagai guru. Lagi pula Siti Aishah, adik Harith Iskandar belajar di sekolah berasrama. Jadi tiada sesiapa dirumah banglo dua tingkat itu. Lagipun mereka berdua sedang menunggu panggilan kemasukan ke universiti.

Laila Atiqah keluar daripada kereta Honda city berwarna putih itu dan ahli keluarga Harith Iskandar sudah menunggu. Puan Farihin hanya tersenyum menanti di pintu utama rumah yang tersergam indah itu. Laila Atiqah membuka pintu kereta dan terus menyalami tangan ibu dan bapa mertuanya yang meyambutnya kedatangannya itu.

“ma, pa sihat ke?” ramah Laila Atiqah menaya khabar kedua dua mertuanya itu.

”sihat je Ati, kamu macam mana sihat ke?” balas Puan Farihin.

“ sihat je ma, naisya mana?” Laila Atiqah bertanyakan satu-satunya adik iparnya itu.

“ ada dekat dalam bilik dia tu, tah buat ape entah,”Encik Hamdan pula menjawab.

“mama dengan papa ni asyik cakap dengan menantu je anak ni terbiar je dari tadi,” Harith Iskandar yang sudah lama berdiri disebelah Laila Atiqah saja buat-buat merajuk apabila sedari tadi dirinya tidak diendahkan oleh mama dan papanya itu.

“ kamu ni Is biarlah mama nak sembang dengan isteri kamu ni kejap,takkan itu pun tak boleh kamu tu mama selalu je tengok dari kecik sampai dah kahwin pun “ kata Puan Farihin sengaja mahu mengenakan anaknya itu.

“tengok tu pa, mama ni bila dah ada menantu anak diketepikan,”Harith Iskandar mengadu pula kepada papanya.

“dah la mamanya pun biarlah bebudak ni masuk kedalam dulu, Is angkat barang naik ke bilik kamu,” Encik Hamdan tidak mahu memanjangkan lagi ‘perbalahan’ antara kedua anak –beranak itu.

“tengok papa pun sama jugak,” kata Harith Iskandar lalu berlalu ke belakang kereta mengeluarkan beg pakaian dirinya dan juga Laila Atiqah.

“mama dengan papa masuk dulu ye, saya tolong Is bawak beg pakaian ke dalam,”kata Laila Atiqah apabila teringatkan beg yang dibawanya agak besar dan ada dua beg yang perlu diangkat ke dalam.

“herm, okeylah rehat-rehatlah dulu ye kat atas, karang kita makan malam sama-sama,”kata Puan Farihin.

“Is bagi saya beg tu,”kata Laila Atiqah kepada Harith Iskandar yang menarik beg roda yang agak besar itu dengan tangan kiri dan lagi satu beg dibimbit dengan tangan kanannya. Dan beg yang ditunjukkan ialah beg yang sedang dibimbit oleh Harith Iskandar.

“takpe la biar saya je yang bawak, Ati masuk je la,” balas Harith Iskandar.

“okey tak ni, beg tu berat kan,” kata Laila Atiqah lagi kerana dia tahu begnya itu berat.

“okey je, eh awak tak tau ke suami awak ni kuat jugak ye, jom masuk,”balas Harith Iskandar dengan senyuman terukir dibibir merahnya itu dan terus mendahului masuk ke dalam rumah.

Laila tercegang dengan kata-kata Harith Iskandar itu. ‘Suami’ Laila Atiqah bersuara didalam hati. Rasa janggal dirasakan apabila Harith Iskandar menyebut perkataan itu.

“ bilik saya kat tingkat atas, jom ikut saya,”Harith Iskandar mendahului.


Bilik  yang agak besar yang mempunyai bilik air sekali seperti biliknya dan mempunyai perhiasan yang ringkas iaitu gambar Harith Iskandar yang sederhana di dinding atas kepala katilnya dengan warna bilik yang berwarna biru laut. Didalamnya ada almari yang agak besar dan meja solek yang kecil yang mempunyai barangan milik Harith Iskandar.

“ yang ni mama yang masukkan yang baru sebab yang lama kecil sikit mama takut tak muat nak letak baju awak sekali,” Harith Iskandar bercakap sambil memegang almari yang berwarna coklat itu apabila Laila Atiqah memandang kearah itu.

Laila Atiqah hanya memandang Harith Iskandar yang juga memandangnya dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit yang comel dipipinya, yang tidak pernah Laila Atiqah nampak sebelum ini.
Laila Atiqah tidak membalas apa-apa membuatkan Harith Iskandar mendekatinya kerana Laila Atiqah seperti termenung dan tidak menyedari tindakkan Harith Iskandar itu. nafas panas yang terasa di pipi Laila Atiqah membuatkan dia tersedar bahawa Harith Iskandar sudah berada dekat dengannya, dekat sekali sehinggakan nafas Harith Iskandar dapat didengari dan hanya tinggal selangkah sahaja lagi badannya dengan badan Harith Iskandar akan bertemu dan Harith Iskandar membongkokkan sedikit badannya untuk berbisik kepada Laila Atiqah.

“manis kan senyuman saya, janganlah tengok macam tu saya malu la Ati,” Harith Iskandar berkata dengan suara yang perlahan. Untuk beberapa seketika mereka berkeadaan begitu dan kemudian suara Naisya mengejutkan kedua-duan mereka.

“ kak ati, kak ati, jom la…opss.. sory ganggu akak dengan abang” kata Naisya sambil tersenyum-senyum. Pintu bilik kembali ditutup rapat dan Naisya segera turun ke bawah.

Harith Iskandar menegakkan badannya yang dibongkokkan dan membetulkan spec mata yang terlucut ke hujung hidungnya manakala Laila Atiqah pula cepat sahaja berpaling ke belakang dan menundukkan kepalanya.


++++++++++++++++


Sambungan 10



Harith Iskandar membaringkan dirinya di atas katil sambil menunggu gilirannya untuk mandi. Spec matanya masih lagi dipangkal hidungnya. Fikirannya menerawang kepada perbualannya bersama Laila Atiqah sewaktu di taman semasa pertemuan pertama mereka selepas bertunang. Harith Iskandar yang datang ke taman untuk menemui Laila Atiqah tidak dapat mengagak lansung yang Laila Atiqah itu adalah rakan sekelasnya kerana walaupun hanya setahun mereka tidak berjumpa tetapi ada perubahan pada diri Laila Atiqah yang menyebabkan dia tidak perasan akan Laila Atiqah walaupun hatinya turut merasakan dia seakan-akan mengenali Laila Atiqah daripada gambar-gambar yang dia dapat daripada mamanya. 

Perubahan dari segi pemakaian yang nampak semakin matang dan berstail tetapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Laila Atiqah juga semakin kurus daripada kali terakhir mereka berjumpa sewaktu akhir persekolahan.

“saya nak tanya awak ni,awak dah bersedia ke nak menjadi seorang suami?”tanya Laila Atiqah kepada Harith Iskandar yang berdiri agak jauh daripadanya.

Harith Iskandar tidak menyangka Laila Atiqah akan bertanya soalan yang sebegitu. “erm, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi seorang suami yang baik dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami,” hanya itu yang mampu Harith Iskandar menjawab dan matanya melirik kepada anak-anak buah Laila Atiqah yang bersama Masitah yang sedang bermain jongkang-jongkit jauh sedikit daripada mereka.

“saya harap saya akan mempunyai seorang imam yang dapat membimbing saya didalam solat mahupun didalam kehidupan harian saya, saya masih lagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang insan yang bergelar isteri,”balas Laila Atiqah sambil tersenyum lalu memandang kearah anak-anak buahnya.

“sory kalau saya ni banyak sangat permintaan, yelah walaupun perkahwinan kita adalah rancangan kedua-dua ibubapa kita, saya juga ada ciri-ciri dan syarat-syarat yang hendak saya ketengahkan seperti tadi, oh ya ada satu lagi bakal suami saya mestilah dapat menerima semua ahli keluarga saya dan boleh bergaul dengan mereka kerana perkahwinan bukan hanya dengan saya tetapi dengan family saya sekali, awak setuju kan dengan apa yang saya kata,” Laila Atiqah menambah apabila Harith Iskandar tidak berkata apa-apa.


Harith Iskandar menanggalkan specnya dan diletakkan di atas dadanya. Matanya masih terpejam mengenang pertemuan itu dan otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh Laila Atiqah kepadanya. Sejak daripada pertemuan itu, dirinya semakin tertarik untuk mengenali isterinya itu, empunya nama Laila Atiqah Bin Ramlan yang selama ini hanya dikenali sebagai classmatenya sahaja dan tak lebih daripada itu.
Bunyi tolakan pintu bilik air membuatkan Harith Iskandar membuka matanya dan terus bangun daripada pembaringannya. Laila Atiqah keluar dengan berpakaian lengkap baju t-shirt lengan panjang dengan seluar track bottomnya. Rambut panjangnya basah dan tuala hijau berada diatasnya. Harith  Iskandar bangun untuk memberi ruang kepada Laila Atiqah dan dia juga hendak mandi kerana sedikit waktu lagi azan maghrib akan dilaungkan. Laila Atiqah mengeringkan rambutnya sementara menunggu Harith Iskandar untuk solat secara berjemaah. Solat berjemaah untuk kali pertama dalam meniti hidup sebagai suami isteri.  

Sesudah solat maghrib secara berjemaah tangan Harith Iskandar dicium buat kali kedua pada hari ini selepas upacara pembatalan air sembahyang pada tengah hari tadi. Tangannya sudah tidak sejuk lagi seperti tadi kerana buat pertama kalinya tangannya menyalami seseorang yang bukan mahramnya.

“awak , boleh saya cakap sikit tak?”tanya Laila Atiqah kepada Harith Iskandar selepas menyalami tangan suaminya itu.

“ apa dia, cakap je..”balas Harith Iskandar yang sudah berpaling semula kebelakang. Niatnya untuk bangun tidak diteruskan dan dia memandang tepat ke arah Laila Atiqah.

“ saya nak panggil awak ape ye, Is ke Harith macam zaman sekolah tu?” Laila Atiqah memulakan bicaranya.

“saya tak kisah pun awak nak panggil saya ape, mana- mana yang rasa selesa je,” balas Harith Iskandar sambil tersenyum.

“erm lagi satu boleh tak kita kawan macam biasa, kenal dulu hati budi masing-masing baru pikir pasal hal-hal orang yang dah kawin, boleh tak. Lagi pun saya dan awak masih muda lagi kan dan kita sama- sama nak sambung belajar lagi kan.” Laila Atiqah berkata dengan berhati-hati sambil matanya memerhatikan gerak –geri Harith Iskandar yang berada dihadapannya itu.

“saya bukan nak menafikan hak awak sebagai seorang suami dan benda ni pun atas persetujuan kita bersama dan kalau awak tak setuju saya akan terima keputusan awak,”tambah Laila Atiqah lagi apabila Harith Iskandar hanya diam memandangnya sedari tadi.

‘tolonglah terima Harith Iskandar oii, awkward sangat ni..tak tau nak cakap ape dah ni,’Laila Atiqah berharap didalam hati.

‘wah mantap sangat pemikiran bini aku ni, pikir jauh abih, tapi betul gak apa yang dia cakap kan kitorang ni kene kenal-kenal dengan mendalam dulu, memanglah aku ni dah jatuh abis dengan dia tapi takkan tetiba nak cakap suka terus kot nanti dia ingat aku main-main pulak kan dan aku pun tak tau dia suka aku ke tak,’Harith Iskandar berkata-kata didalam hatinya.

“okey saya setuju, jom la turun mak dengan ayah suruh turun makan tadi,”Harith Iskandar menjawab setelah lama berfikir.

Laila Atiqah dan Harith Iskandar turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarga besar Laila Atiqah. Semua adik-beradik Laila Atiqah yang seramai lima orang itu ada bersama. Yop dengan  isterinya yang digelar yong, nyah dengan isterinya kak nyah, kak chik, kak uda, dan jugak seorang adik iaitu Solihin serta dua orang anak sedara perempuan  iaitu Wani dan Mimi. Emak serta kak chik dan kak uda sibuk menghidangkan makanan dan laju sahaja Laila Atiqah pergi ke dapur untuk menolong mereka dan Harith Iskandar pula ke hadapan bersama- sama abang-abang iparnya dan jugak bapa mertuanya.

Setelah siap hidangan dihidangkan laju sahaja Laila Atiqah memanggil semua ahli keluarganya untuk makan malam. Hatinya gembira kerana semua ahli keluarganya berkumpul dan dia dapat berjumpa dengan ahli keluarganya itu kerana jarang sekali dia dapat berkumpul dengan kesemua ahli keluarganya kecuali sewaktu hari raya aidilfitri itupun jikalau abang-abangnya tidak beraya dengan keluarga mertua masing-masing dan jika abang-abangnya pulang dia tidak berada di rumah kerana hampir separuh hidupnya di luar rumah, di asrama sekolah dan matrikulasi. Tahun ini juga dia tidak tahu akan beraya di mana almaklumlah baru sahaja berkahwin dan mungkin buat pertama kalinya dia tidak dapat beraya di rumah membuatkan Laila Atiqah sangat sedih.

“jom la makan, ayah, yop,nyah,awak,”Laila Atiqah memanggil mereka yang berada diruang tamu.

“jom Is makan,”kata Encik Ramlan seraya bangun berlalu ke meja makan.

“banyak ye lauk,”kata Harith Iskandar ramah.

“banyak lebih kenduri tadi Is,” Pn Rohani membalas.

“Is minta nak sambung pelajar dekat mana?” tanya Puan Rohani menyambung bicara.

“minta dekat UIA dengan UTHM sebab kat sana ada course yang saya nak ambik, course mechanical engineering,”balas Harith Iskandar dan meneruskan suapan nasinya tadi.

“ati ni mintak dekat UMP, nak ambik course yang ape tu Ati,keselamatan dan kesihatan pekerjaan,”balas Puan Rohani sambil memandang kearah Laila Atiqah.

“erm betullah tu mak,” Laili Haryani mengiyakan.

“course tu tak popular sangat, jarang ada orang tau tapi banyak permintaan sekarang ni,”tambah Shahrizal pula.


++++++++++++++++

Sambungan 9


Majlis sudah lama tamat dan jemputan-jemputan yang datang sudah beransur pulang. Laila Atiqah masih lagi bercakap dengan kawan-kawannya yang hadir samaada yang sama-sama belajar di sekolah mahupun di matrikulasi. Majlis berlansung di pihak perempuan di laksanakan secara sedarhana sesuai dengan permintaan Laila Atiqah sendiri yang mahukan ia dijalankan secara ringkas dan hanya sedarhana kerana tidak mahu membazir katanya. Harith Iskandar hanya memerhatikan isterinya itu sambil duduk dimeja tidak jauh daripada isterinya itu. Muka ceria itu dipandang dengan perasaan yang tidak percaya. Rupa-rupanya isterinya itu adalah orang yang sangat dikenalinya, kawan sekelas semasa di sekolah rendah dan juga menengah atas semasa di sekolah berasrama penuh integrasi gopeng itu. Ini kerana semasa majlis mereka berlangsung tadi kawan-kawan mereka di sekolah rendah dan juga menengah datang dan dia mengenali kawan-kawan isterinya itu. Harith Iskandar tidak menyangka betullah sangkaannya yang rupa Laila Atiqah itu adalah Laila Atiqah yang selama ini dia kenali. Walaupun mereka tidak berjumpa hanya setahun tetapi banyak perubahan pada fizikal Laila Atiqah yang menyebabkan dia tidak perasan akan persamaan wajah itu tetapi mereka juga hanya bertemu sekali sahaja selama bertunang dan dia juga tidak pernah melihat muka Laila Atiqah dari jarak yang rapat.

“ Abang Is, kenapa abang tengok kak Ati tu macam tu, kak Ati tu tak lari ke mana pun abang oi,” Solihin, adik lelaki Ati menegur apabila melihat Harith Iskandar yang sedari tadi memerhatikan kakaknya itu.

“tak adalah saja je nak tengok sape yang tengah bercakap dengan kak Ati kamu tu,” balas Harith Iskandar secara spontan kerana itu sahaja yang terlintas di kepalanya ketika itu.

“yeke, abang Is ni, cakap je la nak tengok kak Ati tu, takde salahnya pun, bini abang jugak,ye tak,”balas Solihin lagi tidak habis lagi mengusik Harith Iskandar.

Harith Iskandar hanya mampu tersenyum membalas kata-kata adik iparnya itu. Matanya melirik lagi memandang orang yang disebut-sebut daripada tadi. Masih lagi bergelak ketawa bersama rakan-rakannya.

Setelah semua teman-temannya pulang barulah Laila Atiqah masuk ke dalam rumah untuk menukar baju. Kakinya terhenti daripada melangkah apabila melihat Harith Iskandar yang sudah menukar pakaian sedang sibuk membersihkan periuk-belanga yang digunakan untuk memasak nasi kawah pagi tadi. Laila Atiqah mahu menegur tetapi apabila melihat suaminya itu yang sedang sibuk membasuh periuk belang sambil ditemani oleh adik dan abangnya membuatkan Laila Atiqah membiarkan sahaja, malas mahu mendengar usikan adik dan abangnya jika dia menegur suaminya itu.

Selepas menukar baju pernikahannya yang berwarna putih Laila Atiqah turun ke bawah untuk menolong apa yang patut dan kehadirannya sudah pasti mengundang usikan daripada adik-beradiknya yang masih berada di bawah bersama Harith Iskandar.

“hah pengantin perempuan dah turun padang, bolehlah kitorang yang lain naik ye, Ati kamu tolonglah Is ni, ade sikit je pun lagi,”kata Shahrilzi anak sulung Encik Ramlan.

“betul cakap yop tu, lupa dah ke bukan ke semua pengantin baru kat rumah ni kene basuh periuk belanga setiap kali dah abis kenduri Ati oi,” tambah lagi Shahrizal abang kedua Laila Atiqah.

“orang tau lah, yop dengan nyah ni saje je ye, pegi la masuk biar la orang buat sensorang kat luar ni,”balas Laila Atiqah buat- buat merajuk tetapi sebenarnya dia takut ditinggalkan sendirian bersama insan yang bernama Harith Iskandar itu.

“ala akak ni, apenye sorang.. abang Is kan ade temankan kak Ati,” sampuk Solihin pula yang sejak tadi hanya mendengar perbualan itu.

‘Hai la adik aku sorang ni, aku tak nak cakap pasal orang tu, asyik dia sebut-sebut je,’monolog Laila Atiqah di dalam hati sambil melepaskan keluhan.

Semua yang tadi ada di situ semuanya naik ke atas rumah dan kini yang hanya tinggal adalah mereka berdua sahaja. Debaran di hati Laila Atiqah semakin menjadi-jadi. Tidak tahu apa yang patut dilakukan atau apa yang hendak dibualkan. Tangannya masih setia membasuh pinggan mangkuk yang tinggal sedikit.

“ kenapa awak mengeluh tadi?” suara Harith Iskandar kedengaran memecah sepi diantara mereka.

“erm..tak ade pape, kenapa?” balas Laila Atiqah teragak-agak.

“takde lah, it seem so loud in my opinion,” balas Harith Iskandar pula.

“oh,haha adik-beradik saya tu suka sangat mengusik, sampai tak tau nak jawab ape dah,”jawab Laila Atiqah sambil tesenyum.

Harith Iskandar turut tersenyum mendengar alasan Laila Atiqah itu. Sudah dapat mengagak sebenarnya kerana dia turut terkena dengan usikan-usikan keluarga mertuanya itu.

“erm satu lagi saya nak tanya awak dah tau ke saya ni sebenarnya Harith Iskandar yang awak kenal sebelum kita bernikah?” tanya Harith Iskandar apabila dia teringat bagaimana dia mengetahui bahawa orang yang dinikahinya itu adalah kawan yang dikenalinya. Ya, kawan yang hanya diketahui nama dan menjadi classmatenya semasa di sekolah rendah dan juga satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5 tetapi tidak dikenali rapat langsung.

“hah,oh pasal tu ye, saya dah tah tau dah awak Harith Iskandar yang saya kenal selepas kita bertunang sebab time tu emak ade tunjuk gambar awak pada saya,” balas Laila Atiqah dengan tenang kerana dia sudah mejangkakan lambat laun soalan itu pasti akan ditanya.

“so, mase awak tanya saya soalan-soalan tu mase dekat taman tu awak dah tau la saya ni Harith Iskandar kelas Razi sama dengan awak mase sekolah menengah,”kata Harith Iskandar lagi.

“betul lah tu, Encik Harith Iskandar, erm keje saya dah siap, saya naik dulu ye,”laju sahaja kaki Laila Atiqah melangkah untuk menyelamatkan dirinya daripada terus-terusan disoal siasat oleh Harith Iskandar.


+++++++++++++++++++

Sambungan 8


Sudah dua jam lebih dia duduk di rumah kayu berbatu dua tingkat itu. Banyak yang dibualkan oleh pak cik Ramlan, ayah Ati merangkap bakal bapak mertuanya itu dengannya. Daripada perkara-perkara biasa hinggalah ke soal majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hati Harith Iskandar tidak keruan, walaupun telinganya mendengar kata-kata daripada pakcik Ramlan, tetapi matanya tidak dapat menyembunyikan rasa hatinya yang sangat gelisah kerana sedari tadi dia tidak nampak seseorang yang sudah lama ingin ditemuinya secara bertentangan mata. Encik Ramlan perasan akan lirikan mata Harith Iskandar yang sedari tadi mencari-cari seseorang. Sudah dia dapat mengagak pasti Harith Iskandar mencari-cari kelibat anak gadisnya itu, Laila Atiqah.

“Ati ada di taman depan tu, taman permainan kanak-kanak tu dengan kawannya tadi, Masitah. Mereka bawak Wani dan Mimi, anak abang sulung Ati pergi main dekat taman tadi kalau tak silap pakcik,” kata Encik Ramlan membuatkan Harith Iskandar sedikit terperanjat. Harith iskandar tidak menyangka Encik Ramlan akan memberitahunya mengenai tunangnya itu.

“pegi lah ke sana jika hendak bercakap dengan Ati, pakcik izinkan, lagi pun kawan Ati dengan cucu-cucu pakcik ada disana,”kata Encik Ramlan memberi kebenaran.

Harith Iskandar hanya mampu tersenyum memdengar kata-kata ayah Ati itu. Mukanya mula memerah tanda dirinya malu dengan pakcik Ramlan. Namun Harith Iskandar tetap jua meminta diri ke taman untuk bertemu dengan tunangnya yang belum pernah ditemui walaupun sudah menjadi tunangannya.

Dari kejauhan Harith Iskandar dapat melihat kelibat dua orang gadis di belakang buaian, tangan mereka sibuk mengayunkan dua orang kanak-kanak perempuan yang duduk di buaian itu. Harith Iskandar sudah dapat mengagak itu pasti adalah anak- anak sedara Laila Atiqah yang diceritakan oleh pakcik Ramlan sebentar tadi. Harith Iskandar berhenti seketika, dan berdiri berdekatan dengan papan gelongsor yang agak besar sambil memerhatikan Laila Atiqah yang gembira bermain dengan anak-anak sedaranya itu. Hatinya turut merasa gembira melihat gelak-ketawa anak -anak buah Laila Atiqah sehinggakan dia turut tersenyum melihat telatah mereka. Tiba-tiba Laila Atiqah yang sedang ketawa berhenti ketawa dengan riak muka yang ingin tahu memandang tepat ke arahnya sesudah sahaja kawannya itu membisikkan sesuatu kepadanya. Harith Iskandar tidak beriaksi apabila mata mereka bertentangan. Beberapa ketika kemudian barulah Harith Iskandar melangkah perlahan-lahan kearah Laila Atiqah.

“Assalamualaikum, maaf kalau saya mengganggu awak nak bermain dengan anak-anak buah awak, ”kata Harith Iskandar membuka bicara.

“Waalaikumsalam, eh tak adalah..erm dah lama ke sampai, maaf saya tak tahu awak dah sampai ke sini,” balas Laila Atiqah pula. Masitah masih berada di sisinya, mendengar perbualan mereka walaupun tidak memandang kearah mereka.

 “boleh la nak dikatakan lama, dua jam lalu..saya dah jumpa mak dan ayah awak, nak jumpa awak lepastu saya balik la,”kata Harith Iskandar.

“oh, lama dah ye.. erm ni saya kenalkan kawan baik saya dari zaman sekolah lagi, Masitah,”kata Laila Atiqah menutup perasaan malunya apabila Harith Iskandar berkata mahu berjumpa dengannya sebelum pulang.

“oh, hai nama saya Harith Iskandar,” kata Harith Iskandar sambil tersenyum kepada Masitah yang berdiri disebelah Laila Atiqah.

“oh ni la ye tunang ila,saya Masitah, kawan baik cik Laila Atiqah ni dari zaman sekolah,”kata Masitah masih nakal dengan kata-katanya.

Harith Iskandar hanya mampu tersenyum mendengar ayat Masitah itu, manakala tangan Laila Atiqah pantas mencubit lengan Masitah. Sesudah berbicara seketika, Harith Iskandar meminta diri untuk pulang ke Ipoh. Tidak banyak yang dibualkan mereka, walaupun begitu perbualan itu sangat terkesan di hati Harith Iskandar apabila Laila Atiqah bertanya soalan yang sangat bermakna buat diri Ati dan dirinya juga. Soalan itu menambah perspektif baru Harith Iskandar terhadap tunangnya itu. Sepanjang perjalanan Harith Iskandar memikirkan betapa uniknya dan matangnya pemikiran insan bernama Laila Atiqah Binti Ramlan ini.

+++++++++++++++++++