!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 4 May 2012

sambungan 6


 Laila atiqah hanya duduk di katil setelah solat isyak dan memandang telefonnya. Dia berkira-kira mahu menelefon ucu untuk memberitahu berita ini dan juga Masitah Sufian kawan baiknya di Sekolah berasrama penuh sejak tingkatan satu lagi. Mana satu yang harus diberitahu dahulu Ucu ataupun Mas..pening Laila nak buat keputusan.

Lagu Imagine  CNBLUE kedengaran, lantas Laila atiqah memandang telefon bimbitnya. Kelihatan nama Mas  di screen telefon bimbitnya dan dia terus menekan button hijau.

“assalamualaikum,ila”kata Masitah. Kemudian kedengaran ketawa kecilnya.

“waalaikumsalam,mas, macam tau-tau je aku nak bagitau something kat hang,”balas Laila atiqah.

“oh ye ke patutlah tangan gatai nak tepon hang,nape hang nk kahwin ke? Kata Masitah sambil tergelak-gelak.

“eh mane hang tau ni,betui la tu,”kata Laila Atiqah mengiakan.

“eh, ila jangan main-main.. betui ke?suara Masitah mula serius bertanya kerana dia hanya bermain-main sahaja. Sebelum ini mereka suka bertanya soalan-soalan cepumas itu setiap kali berhubung tetapi kali ini jawapan yang diberikan oleh Laila atiqah sangat mengejutkan kerana selalunya mereka akan saling mengenakan antara satu sama lain dan menafikan.

“okey,betul mas, aku tak main-main,aku dah bertunang pun hari ni,”suara Laila Atiqah dengan nada dan loghat yang biasa menandakan dia betul-betul tidak bermain dengana Masitah.

“Ape? hang dah tunang dah..kenapa tak ajak aku, sampai ati kau ila,”kata Masitah dengan nada yang merajuk dan geram. Dia geram kerana Laila atiqah tidak mengajaknya ke majlis pertunangannya.

“sory sangat-sangat..aku bukan tak nak bagitau hang, tapi benda ni jadi cepat sangat,”Laila Atiqah cepat apabila Masitah dah mula menunjukkan rajuknya.

“ok, nasib baik bagitau hari ni gak, kalau hang bagitau lambat lagi haru jadinya,” Masitah sudah mula bertolak ansur dengan Laila Atiqah kerana dia tahu bahawa temannya itu mempunyai sebab-sebab tertentu dan dia ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi tentang perkara yang mengejutkan itu.

“ni sayang hang ni, sory la ye..nanti aku ceritakan apa yang dah jadi sebenarnya tapi aku nak tanya ni esok boleh tak datang rumah aku pastu nanti aku cerita kat hang ye,”kata Laila Atiqah apabila dia teringat akan kedatangan Harith Iskandar ke rumahnya esok.

‘leh la teman aku sok mas si Mr HI tu nak datang rumah aku,’di dalam hati Laila Atiqah penuh mengharap. Dia tidak mahu memberitahu Masitah bahawa Harith Iskandar akan datang ke rumahnya esok kerana dia pasti perbualan mereka akan menjadi semakin panjang dan Laila Atiqah tidak mahu berbicara di dalam telefon dan sekaligus mahu berjumpa temannya itu kerana sudah lama tidak berjumpa.

“hah! datang rumah hang, ilaku sayang macam la rumah aku ni sebelah je rumah hang leh datang sesuka hati sesedap rasa je..Jauh la..tapi takpe-takpe disebabkan ke curiousity-an aku ni pasal hang ni, aku datang la sok pagi-pagi buta eh tak la awai sangat kot, nak kena drive sejam dulu tu,aku tau mesti hang ni tak nak cerita kat dalam telefon ni..tau sangat dah..ok set sok InsyaAllah aku sampai kat umah hang tu,” balas Masitah dengan bersemangat.

Setelah menamatkan perbualan dengan Masitah, Laila Atiqah membuka tingkap sambil ditemani bunyi unggas dan nyamuk yang hendak mencari mangsa. Hatinya resah memikirkan beberapa jam lagi hari ini akan menjadi semalam dan esok akan menjadi hari ini. Dan ini bermakna dia perlu bertemu MR HI itu dalam beberapa jam sahaja lagi. Laila Atiqah memandang kearah katil, melihat kedua-dua kakak kesayangan yang sudah lena dibuai mimpi agaknya. Laila Atiqah merasakan perasaannya bercampur baur sekarang ini, gembira kerana dirinya sudah berpunya dan esok kawan karibnya akan datang, sedih kerana dia hanya mempunyai masa yang singkat untuk bersama-sama,bermanja dengan emak dan ayahnya, tidak keruan kerana esok juga dia akan bertemu tunangannya itu,dan takut kerana tanggungjawabnya selepas ini akan menjadi lebih besar dan mampukah dirinya untuk mengharunginya di usia yang muda ini.  

+++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment