“waalaikumsalam,
sekejap ye,” Pn Rohani menguatkan suara sementara tangannya tangkas membuka
pintu rumahnya itu.
“hah,Masitah
ye, pagi tadi Ati ade cakap kamu nak datang rumah hari ini,” kata Pn Rohani
apabila melihat Masitah yang tersenyum lebar di muka pintu.
“masuklah
Masitah, Ati ke kedai kejap,beli barang nak masak bihun sup sebab sikit lagi
ade orang nak datang rumah,” kata Pn Rohani apabila melihat Masitah yang
mencari-cari kelibat Laila Atiqah.
“ooh, ye ke
makcik, ..erm sape yang nak datang makcik?” Masitah bertanya kehairanan.’ Siapa
lagi yang nak datang selain aku, erm pelik ni, ke ila ni nak masak tuk
aku..hehe best jugak ni, aku pun tetamu gak ape,’ Masitah bermonolog di dalam
hati.
“tunang Ati,
si Is tu nak datang rumah hari ini, katanya nak berkenal- kenal dengan keluarga
kami ni,” balas Pn Rohani sebelum meminta diri ke dapur bagi menyiapkan air.
Mata Masitah
terbuka luas mendengar jawapan Pn Rohani itu. Lalu tangannya mencapai handset
yang tadi diletakkan di atas meja dan laju sahaja tangannya mengedail nombor
Laila Atiqah.Sebaik sahaja talian disambungkan tanpa salam Masitah terus
menyemburkan kata-katanya.
“ weh, hang
ni memang la,nape tak bagitau aku tunang hang nak datang jugak hari ni,”kuat
dan menyakitkan telinga Laila Atiqah dan automatik tangannya membawa handsetnya
jauh daripada gegendang telinga.
“mas, ape
ni.. takde salam, hello ke trus je sembur aku ni kenape? Hang dah sampai ke
rumah aku?..alamak silap tanya soalan daa..mesti la dia dah sampai kat rumah
tu, kalau tak macam mana dia tau Mr HI tu nak datang hari ni..ni mesti panjang
lagi marah kat aku ni..Laila Atiqah meletakkan barang yang sudah dibeli ke
dalam raga motosikal retro kepunyaan ayahnya itu.
“eh,
mestilah dah sampai, hang ni kenapa..ish dah la tak bagitau aku pasal nak bertunang,
pastu tunang hang nak datang hari ni pun hang tak bagitau aku ye..eeei geramnya
aku dengan hang ni,” Masitah sudah mula membebel. Dah agak dah..bagus cik Laila
Atiqah tanya lagi soalan camtu kan dah kena..
“ok..chop,
chop, nak marah aku tunggu sat ye, ni dah nak balik dah ni, sakit la telinga
aku nak dengar hang membebel kat dalam handset ni, okey bye, assalamualaikum,”
laju sahaja Laila Atiqah menamatkan perbualan itu. Takut kalau tidak di
hentikan cepat lama lagilah dia berdiri di depan kedai Pak Ayob ni.
Dari
kejauhan lagi Laila Atiqah sudah boleh melihat kelibat Masitah yang sedang
berbual dengan emaknya, Pn Rohani. Bunyi deruman motosikal EX5 yang dipanggil
moto retro oleh Laila Atiqah dan adik-beradiknya menarik perhatian Masitah dan
emaknya yang sedang asyik berbual. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka Laila
Atiqah tidak dapat mengagaknya mungkin mengenai dia mungkin juga bukan dan
hanya berbicara kosong sahaja.
“Assalamualaikum,”
Laila Atiqah naik membawa barang yang dibelinya dan berlalu ke dapur. Masitah
bangun membontoti Laila Atiqah ke dapur kerana mulutnya sudah tidak sabar untuk
memarahi Laila Atiqah.
“ila bagitau
aku cepat, eei budak ni, banyaknye rahsia hang ye..hah cepat la cerita,”kata
Masitah sambil tangannya menarik tangan Laila Atiqah lalu dibawa kawannya itu
ke meja makan.
“okey-okey
aku cerita, tak nyempat-nyempat la kawan aku sorang ni,” Laila Atiqah duduk
menghadap Masitah.
++++++++++++
No comments:
Post a Comment