!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 16 May 2014

Relationship

Assalamualaikum dan salam jumaat, kawan2..=)

       Alhamdulillah hari ni baru terasa nak menulis dan Allah izinkan aku menulis..(sebab selalunye ade je rase nak tulis tapi x penah nye nak menulis) mungkin sebab ade banyak benda yang nak aku katakan..banyak benda yang aku nak berterima kasih, banyak benda yang aku nak sampaikan..rasa hati yang dah lama terbuku dilipatan hati di halang dan diselang selikan dengan kesibukan mengejar duniawi dan insyaAllah akhirawi sehingga kadang kala apa yang nak diluahkan tersimpan (dan aku memang la kan pasal hati dan perasaan ni sangat lemah..kalau ade markah untuk experesikan diri anda..mungkin aku dapat 5/100 je kot -.-")

        Relationship..ataupun hubungan..didunia ni ada banyak bentuk hubungan..hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan, hubungan antara lelaki dan perempuan, hubungan anak murid dan guru, hubungan anak dengan ibubapa, hubungan antara adik-beradik, dan sebagainya..so dekat sini nak cakap la pasal relationship..huhu..

My Heroes in the house ^_^
the sisters with beloved mom..gmbr lama ni -.-'





         Firstly nak cakap pasal hubungan antara ibu dan anak, anak dengan bapa..disebabkan baru2 ni hari ibu kan dan so nak wish My BEloved Mother, HAppy Mother's Day..huhu..(walaupun lambat haha)..dan nak advance wish My beloved Father, Happy Father's Day..huhu..halalkan makan dan minum org dan setiap air susu yang org minum, terima kasih sebab jaga dan didik org dengan sempurna (agama dan akademik)..terima kasih dengan setiap dorongan, belas kasih sayang dan jugak bebelan yang membina yang org dengar, kerisauan dan kesusahan hati tuk anak yang disayang, belaian manja mase org susah hati,sakit dan keseorangan..dan untuk Segala-galanya yang dilakukan tuk kitorng adik-beradik..lastly thanks sebab lahirkan org dan membesarkan org..huhu..Both of you are the best Teacher in the Life..'ibu seorang mampu menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak tidak tentu boleh menjaga ibubapa'..dan lupa pulak..selamat hari ibu jugak, kakak kesayangan..you are increasing a level more in your life..so good luck to be a best parent for your children.. for my cute niece Nur Shadatul Damia welcome to the world~~

the cutiest that we can't get enough of it-Cik Ani

       Selain itu juga hari ni ialah hari guru, so nak cakap pasal hubungan antara anak murid dan guru..so kepada semua guru2 dan pemegang status pengajar dan pendidik Selamat Hari Guru..jasamu cikgu takkan dapat kubalas..setiap bait kata yang diluahkan amatlah bermanfaat dan berguna untuk kami anak2 murid cikgu.. terima kasih untuk ajaran, teguran dan juga nasihat yang diberikan..terutama sekali:

1)Cikgu2 di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2 (SKCL2)
2)Cikgu2 dekat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP)
3) Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
4) lastly Lecturer di Universiti Malaysia Pahang (UMP)..especially OSH lecturer..=)


sekolah form 5..

        Lastly nak cakap hubungan persahabatan..something yang special dan bermakna dalam hidup..influence yang terbesar didalam hidup dan jugak orang2 yang banyak dihabiskan masa bersamanya..pepatah arab mengatakan kalau kamu berkawan dengan penjual minyak wangi ,kamu juga akan berbau wangi jika kamu berkawan dengan pembuat pedang besi, kamu juga akan terkena percikan apinya..so that's why kawan, sahabat, geng, company, croni..dan ape2 je lah istilahnye pun dorang adalah antara orang2 yang penting dalam hidup kita..huhu serius gila..kkan..

        ok..so just nak cakap aku gembira Allah pertemukan Kita dan jadikan kita sahabat..dan terima kasih sebab jadi kawan yang TERbaik untuk aku..(Cik Dya, Cik Tikah, Cik Mira,Cik Ira, Cik Yana)..huhu..dan terima kasih sebab sudi sambut birthday aku..Advance sehari lagi tu..haha..didalam kesibukan kita nak buat psm, assignment, project semua..siap hari ni full kelas lagi..korang masih lagi ingat dan buat suprised events tu tadi..seriously aku ingat korang nak buat sesi luah perasaan cik dya..haha..just nak tanye cik dya oii..mse ko cakap ko sedey, annoyed, gembira..yang bercelaru nak nangis mase mula kelas EMTA ptg tadi tu betul ke tipu -.-'..ish2..bagi jawapan cepat..haha..

        seriously aku cakap aku memang tak expect korang nak buat tadi..yelah kan sejak 2 minggu lepas lagi aku ingat semua orang sibuk dengan psm segala bagai..dan aku pun sibuk sama..haha dan selalunya birthday aku memang time semua orang sibuk..dari sekolah lagi..huhu..(so kalau ade orang ingat tu kira beruntunglah..haha..)Tapi aku gembira jugak aku lahir bulan ni..bulan 5 bulan yang ade banyak perkara seharian yang kita selalu lupa tapi sentiasa ade dengan kita..iaitu ibu kita dan jugak guru2 kita..tak pernah dorang lepas pandang  pasal kita..kan..so 3 benda yang diraikan bulan 5 ni..haha..(sila jeles)

        Hari ni mungkin kali terakhir korang celebrate birthday aku..mungkin tidak..sebab kita tak tau bila Allah nak pertemukan kita lagi di masa akan datang kan..so aku appriciate sangat ape yang korang dah buat tuk aku, jaga aku, ambik berat pasal aku, tegur aku kalau salah, buat aku rase gembira, rase seronok, rase ade kawan, rase disayangi, rase nak gelak setiap kali aku rase tension, down, mungkin jugak sunyi..thanks sebab sabar dengan aku, tak marah dengan aku dan ajar aku benda2 baru, benda2 basic, benda2 yang melibatkan hati dan perasaan, benda2 yang membina ade gak  yang pelik2..-.-..kah3..dan aku nak mintak maaf kalau korang ade terasa hati dengan ape yang aku dah buat, yang akan buat dan halalkan makan minum aku.. hutang mana yang terkurang (kalau ade mintak la)..dan lastly thanks for the cake, for the picture, for the memories and moments that we share together..and hope we still growing together and mature together..^_^

gambar kek separuh je..ni je yg mampu nk ambik..hhehe


      aku rase aku memang tak reti nak meluahkan perasan depan orang, ni je yang mampu..dan korang pun leh tengok dan perasan rasanya memang aku tak banyak cakap kalau dengan orang yang baru kenal..kan..kan..sebab aku hanya akan banyak cakap, banyak bercerita, banyak ber 'skinship' dengan orang yang rapat je dengan aku..so bear with me and don't look at me weirdly..ok..haha..so nak cakap dekat sini nak rapat dengan aku dan tahu pasal aku memang ambik mase yang lama kann..3 tahun..wah lama gila baru rase rapat giler..mula2 kenal nak cakap bnyk pun tak, nak pepegang pun tak..apatah lagi nak usik..so korang sekarang yang aku usik, yg aku kacau, yg aku cakap lepas (pedas) kadang2 tu maknanya aku memang dah rapat dan selesa dengan korang, anggap korang sebahagian daripada hidup aku..so fahamilah saye..ye..huhu..gud luck  psm, viva, final exam dan jugak nak cakap moh kita buat memories bebanyak sementara masih lagi bersama2..acehhh..



gambar atas ni kawan kelas mase matrik aku lukis dan buat sendiri penanda buku ni..setiap satu tu ade character yang lain2 kan..so korang ce cuba teka yang mana satu aku punye..*angkat kening sebelah*


p/s: dimalam hari dengan hujan lebat aku bermadah kata..aku rase dorang tido awal sebab penat seharian ni kelas daripada pukul 7 sampai 5 ptg pastu sambut birthday aku lagi ataupun busy buat psm..sory korang dan thanks tau..aku sayang korang sampai tak terkata..so jgn tanye..huhu..dya happy bithday gak..lpe nak wish dlam ni..huhu..22 tahun sudah kita lalui dan tak tau berapa lama lagi kita tinggal untuk hidup dalam dunia ni..=)


Sunday, 29 December 2013

Sambungan 18 (Mr FR)


Sudah sebulan lamanya selepas kejadian nasi goreng yang misteri itu, Laila Atiqah masih lagi menerima sesuatu samaada nasi goreng mahupun makanan lain daripada si pemberi nasi goreng itu melalui Shira ataupun Zahirah sehinggakan mereka menamakannya sebagai Mr FR iaitu Mr Fried Rice. Bukan Laila Atiqah tidak pernah pergi ke pasar malam itu dan dia kadang kala akan pergi bersama rakan-rakannya tetapi tidak pernah pula diberikan apa-apa oleh si Mr FR tetapi apabila Laila Atiqah pulang ke biliknya, pasti Shira ataupun Zahirah akan memberinya sesuatu daripada si Mr FR.

“nah, ila ni ha Char Khow Tiau daripada Mr FR tu,”Shira meletakkan plastic di atas meja kafe setelah pulang daripada Inna Shop dan terjumpa Laila Atiqah yang sedang duduk di meja di kafe bersama-sama rakannya.

“wah dapat lagi ye,”ucap Farah Diana yang duduk di sebelah Laila Atiqah sambil membelek-belek plastic yang diletakkan  oleh Shira itu.

Ucapan Farah Diana itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain dan semuanya menoleh kearah Laila Atiqah meminta penjelasan daripadanya.

“ape??”tanya Laila Atiqah apabila Aini Syafawani, Afiqah Alauddin, Amisya Nazira memandangnya. Farah Diana hanya tergelak melihat reaksi Laila Atiqah itu kerana dia sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

“tu siapa yang kasi dan sapa Mr FR tu,”tanya Ain yang duduk dihadapannya. Farah Diana hanya ketawa apabila soalan itu ditujukan kepada mereka berdua,dia dapat merasakan jelingan tajam Laila Atiqah kepadanya walaupun tidak memandang Laila Atiqah.

“eh, korang ni kenapa? Sorang gelak, sorang jeling” tanya Ami pula sambil memandang arah Fiqa yang duduk dihadapannya tanda bertanya, kalau-kalau dia mengetahui sebabnya tetapi Afiqah hanya menggelengkan kepalanya.

“okey, baik korang cakap ape benda sebenarnye ni” Fiqa mula bertanya apabila sudah lama soalan Ami tadi dibiarkan berlalu dan gelak tawa Dhia sudah reda.

“okey-okey aku cerita”balas Laila Atiqah kerana tidak mahu memanjangkan lagi usikan Farah Diana dan dia tahu kawan-kawannya itu tidak akan berhenti bertanya sehingga dia menceritakan apa yang terjadi.

“so maksudnya si Mr FR tu yang selalu bagi makanan semua ni” tanya Amisya Nazira untuk kepastiaan.

“aah, dialah yang bagi” Laila Atiqah menjawap dengan malasnya.

“ko tak kenal ke sapa Mr FR tu, tak pernah jumpa ke?”tanya Afiqah pula.

“tak kenal la Cik Fiqa ooii..kalau tak kenapa wujudnya nama MR FR tu,”Farah Diana pula menjawab, kerana kesiankan Laila Atiqah yang penat menjawab soalan-soalan kawan-kawan baik mereka itu.

“kenapa tak buat plan je nak cari sapa sebenarnya si Mr FR tu,” usul Aini Syafawani pula.

“eh betul jugak kan, kita kena buat plan ni nak cari identity Mr FR tu,” sokong Farah Diana pula.

“nak buat macam mana, nak cari dekat mana, tengok muka pun tak pernah,” soal Laila Atiqah pula.

“apa kata minggu depan kita ikut Zahirah dengan Shahira roommate ila dari belakang masa pergi pasar malam, so kita dapat la tengok sapa yang bagi makanan dekat dorang kan,”Afiqah mengutarakan cadangan bernasnya.

Walaupun Afiqah seorang lambat dalam memahami apa yang dibincangkan tetapi selalu mempunyai rancangan yang bernas sewaktu masa-masa genting dan kritikal. Laila Atiqah senang berkawan dengan geng-gengnya ini kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai perangai dan identity yang berlainan antara satu sama lain walaupun begitu mereka selalu ada untuk menyelesaikan masalah yang timbul kepada salah seorang antara mereka.Ukhwah yang terjalin tidak memungkinkan Laila Atiqah dibiarkan begitu sahaja.

“korang, korang, siap sedia dah nak menjalankan misi kita petang ni,”ucap Amisya Nazira kepada mereka yang duduk sebaris di dalam kelas OSH fundamental.

“misi, misi ape yang korang rancang ni wei,”Afiq yang berhampiran menyelah.

“adalah, tak payah nak menyibuk,” balas Aini sambil membuat muka masam.

“la dia tanya je kot, buat muka nak buat ape, ce senyum sikit” balas Fakrul Reza pula. Antara orang yang menceriakan suasana didalam kelas sama ada lecturer ada mahupun tidak.

“okey, tak payah layan dorang, duduk la kelas nak mula dah ni, sat gi Miss datang la,” Farah Diana meredakan keadaan.
Seusai kelas OSH fundamental mereka semua berkumpul di kafe untuk menikmati makan tengah hari. Makan di kafe sudah menjadi rutin harian mereka jika semua mereka mempunyai kelas yang sama pada hari itu.

“ila, petang ni ko kene tanya roommate ko pergi ke tak pasar malam pastu tanya pukul berape dorang pergi,” Afiqah berkata sambil matanya memandang nasi yang ada di depan mata.

“okeh..nanti bila aku dah tanya aku mesej korang,”balas Laila Atiqah dan berlalu kearah singki untuk membasuh tangan.

                         Pukul 5 dorang pergi, jumpa dekat payung putih kul 4.45 la ye..

Mesej itu dihantar kesemua ahli kumpulan mereka dan tepat pukul 4.45 petang Laila Atiqah turun kebawah dengan alasan mempunyai discussion bersama kawan-kawannya dan seperti biasa Laila Atiqah memesan keropok lekor kepada Shahira dan Zahirah untuk tidak mendatangkan syak.

Bermulalah misi mereka mengekori Shahira dan Zahirah, dari kafetaria sehinggalah tapak pasar malam yang berdekatan dengan klinik UMP. Walaupun sudah lama mereka mengekori roomamate Laila Atiqah tetapi kelibat Mr FR itu tidak juga kelihatan di mana-mana.

“wei, aku penat la aku gi beli air jap ye..”ucap Laila Atiqah.

“okey, belikan aku air limau satu”ucap Afiqah walaupun matanya masih lagi memerhatikan roommate-roommate Laila Atiqah.

“air milo” “air oren” “air kelapa” ucap Aini Syafawani, Amisya Nazira dan Farah Diana seeorang demi seorang.

“amboi, eh jom ikut aku sorang, ingat senang nak bawak 5 sekali air,”balas Laila Atiqah.

“ok jom-jom aku teman,sian kawan aku sorang ni,”Farah Diana kemudian tersenyum.

“Pakcik air oren satu, milo satu, air blackcurrent satu,”Laila Atiqah membuat pesanan manakala Farah Diana membeli air kelapa dan air limau di tempat yang lain kerana disitu tidak mempunyai air yang dia inginkan.

“nah dik, airnya,” pakcik air menghulurkan plastik mengandungi air milo dan oren manakala air blackcurrent berada di luar.

“Terima kasih pakcik, ni duitnya,” Laila Atiqah menghulurkan 3 keping not seringgit.

Air blackcurrentnya disedut sambil menunggu Farah Diana yang belum lagi kelihatan sedari tadi. Straw yang tadinya dimulut sudah pun dikeluarkan dan air blackcurrent yang sedari tadi kemas di pegangan tiba-tiba jatuh menyembah jalan tar disebabkan dia tergamam melihat seseorang yang dia sangat kenali. Ya, lelaki itu adalah Harith Iskandar. Lelaki yang sering mengganggu ruang mindanya akhir-akhir ini. Dia seolah-olah tidak percaya lelaki itu berada di tempat yang sama dengannya. Mindanya keliru memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.

“ila, ko kenapa? “ tanya Farah Diana yang baru sahaja kembali mendapatkannya. Dia turut terkejut kerana air yang jatuh dari tangan Laila Atiqah tanpa di langgar oleh sesiapapun.

Tiada jawapan daripada mulut Laila Atiqah membuatkan Farah Diana turut memandang kearah lelaki yang sedang dipandang oleh Laila Atiqah. Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang dipandang oleh Laila Atiqah itu. Lelaki yang berspec mata dan mempunyai darah keturunan cina barangkali kerana wajahnya yang putih dan kemerah-merahan apabila terkena terik matahari petang.

“sapa tu?”pertanyaan Farah Diana itu membuatkan Laila Atiqah tersedar bahawa Farah Diana turut melihat lelaki yang dipandang sedari tadi.

“eh, takde sapa,saja tengok”balas Laila Atiqah sambil mengalihkan pandangannya kearah Farah Diana yang memandangnya.

“yeke takde sapa, tu yang sampai air jatuh tu dah kenapa” Farah Diana membuat serkap jarang.

“saja pandang sana, pastu tiba-tiba tangan ni lemah pulak tu yang jatuh tu,”Laila Atiqah menjawab tetapi matanya turut sesekali memandang kearah Harith yang sedang asyik bercakap dengan seseorang.

“jom la pergi dekat dorang, sian tunggu dari tadi,” Laila Atiqah mengharap agak Harith Iskandar tidak perasan akan kehadirannya disitu dan mahu cepat-cepat pergi dari situ.

Malangnya baru sahaja kakinya hendak melangkah pergi namanya disebut daripada belakang, membuatkan langkah Laila Atiqah terhenti begitu juga dengan Farah Diana yang kemudiannya berpusing kearah belakang untuk melihat siapa yang memanggil Laila Atiqah.



+++++++++++++++



Monday, 16 September 2013

Sambungan 17 (Nasi Goreng Misteri)


Laila Atiqah sedang duduk di kafe sambil menunggu Farah Diana yang masih membeli makanan di kafe sedangkan dia sudah selesai membeli nasi dengan ayam masak merah serta sedikit sayur kubis. Seperti biasa sudah pasti ramai mahasiswa yang sedang kelaparan pada saat ini kerana sudah pun menjangkau waktu tengah hari. Farah Diana kawan satu course yang mempunyai jadual waktu yang sama dengannya oleh itu kemana-mana sahaja pasti mereka akan pergi bersama. Masih berada di ingatan Laila Atiqah bagaimana permulaan pertemuan mereka di Kampung Fajar sewaktu aktiviti kidmat komuniti semasa Program Orentasi di minggu pertama mereka di Universiti Malaysia Pahang. Mereka hanya bertanyakan Course yang diambil dan nama dan kemudiannya terus menjadi kawan yang sehinggakan boleh menangkap gambar bersama-sama sewaktu berada di Kampung Fajar. Mungkin disebabkan bilangan mahasiswa yang mengambil course Occupational Safety & Health ini tidaklah ramai seperti course-course lain yang mempunyai bilangan mahasiswa yang mencecah ratusan disebabkan course OSH ini adalah course yang baru dan apabila mengetahui teman secourse maka dengan naturalnya kami menjadi rapat dan mesra.

“Ramainya orang, penat beratur panjang,” rungut Farah Diana sambil tangannya meletakkan pinggannya di meja dan kemudian dia berlalu ke sinki untuk menbasuh tangan. Laila Atiqah hanya berdiam dan memerhatikan tindak tanduk kawan karibnya itu.

“Ila ni kenapa?ade pape yang tak kene ke? Muka itu monyok je, aku cakap pun tak layan.”kata Farah Diana sekembalinya dia ke meja mereka.

“Ke ingat dekat pakwee,”kata Farah Diana lagi kerana Laila Atiqah masih lagi berdiam dan hanya memandangnya.

“Merepek je la Dhia ni, mana ade,” Laila Atiqah menyangkal serkap jarang Farah Diana yang sememangnya betul tapi yang tak betulnya bukan pada pakwe tetapi pada suaminya.

“Abis tu kenapa?” tanya Farah Diana lagi sekali.

“Mana ade pape la. Penat je hari ni. Jomla makan, tadi kata lapar sangat,” balas Laila Atiqah sambil tangannya sudah pun mengangkat tangan membaca doa makan. Farah Diana hanya mengaminkan doa yang dibaca oleh Laila Atiqah dan mereka berdua makan dengan senyapnya almaklumlah kedua-duanya lapar, sejak daripada pagi lagi kerana tidak sempat sarapan disebabkan hari ini kelas mula pada pukul 8 pagi.

Sampai sahaja di biliknya Laila Atiqah duduk di kerusi belajarnya, membuka laptop yang setia berada di atas mejanya. Melihat screen laptopnya yang mempamerkan gambar raya ahli keluarganya pada tiga bulan yang lalu membuatkan Laila Atiqah tersenyum dan matanya tertancap pada seseorang yang sudah mula terasa ketiadaannya disisi iaitu gambar Harith Iskandar yang tersenyum di sampingnya. Laila Atiqah teringat akan janji yang dibuat mereka berdua semasa bulan Ramadhan yang lalu yang dia mahupun Harith Iskandar tidak tepati iaitu mahu sentiasa berhubung walaupun berada jauh antara satu sama lain. Bukan dia tidak mahu menghubungi Harith Iskandar dahulu tetapi dirasakan tidak wajar bagi dia yang memulakan dahulu sedangkan yang mencadangkannya adalah Harith Iskandar sendiri. Sudah dua kali Laila Atiqah mahu menghantar mesej kepada Harith Iskandar tetapi hasratnya itu dibatalkan dan dibiarkan berlalu rasa rindu yang sesekali datang menjengah dirinya itu.  

Rancangan variety show Korean Runningman sedang ditonton oleh Laila Atiqah semasa Shira dan Zahirah menegurnya.

“Ila tak turun pergi tengok pasar malam ke?”tanya Zahirah sambil bersiap-siap.

“owh hari ni hari rabu ye,lupa la pulak, tak  kot..malas nak turun,” balas Laila Atiqah.

“nak pesan pape tak? Shira menawarkan diri untuk menolong.

“tolong belikan keropok lekor dua ringgit,”balas Laila Atiqah sambil tersengih.

“itu je ke..tak nak pape dah?”tanya Shira lagi.

“tu je kot, thanks Shira,”ucap Laila Atiqah pula.

“okey, tinggllah dalam bilik ni sensorang, hahaha, kitorang pergi dulu,” balas Shira sebelum menutup pintu.
Laila Atiqah hanya ketawa mendengar kata-kata Shira itu dan dia bersyukur dikurniakan roommate yang mengambil berat akan dirinya dan juga mudah untuk berkomunikasi walaupun berlainan kos dan juga fakulti.

“nah,“sepatah sahaja Shira berkata sambil tangannya meletakkan bungkusan di atas meja Laila Atiqah.

“terima kasih Shira,”ucap Laila Atiqah sambil membelek bungkusan plastic di atas mejanya.

“eh,nah Shira nasi goreng,”Laila Atiqah menghulurkan plastic beg ke arah Shira.

“eh, tu bukan Shira punya la,”kata Shira pula membuatkan Laila Atiqah kehairanan. Lalu Laila Atiqah memandang Zahirah yang sedang menanggalkan pin tudungnya. Laila Atiqah bertambah hairan apabila Zahirah turun menggelengkan kepalanya menandakan bukan nasi gorengnya.

Shira mendekati Laila Atiqah yang nampak kebingungan itu. “nasi goreng tu Ila punya la,”kata Shira.

“eh,orang ade pesan ke..rasanya takde tadi,”kata Laila Atiqah membalas.

“memanglah Ila tak pesan tapi ade orang kasi,”kata Shira pula.

“siapa yang bagi?” tanya Laila Atiqah pula.

“ade budak lelaki yang bagi tadi suh bagi kat Ila,”kata Shira lagi.

“lelaki?siapa?”tanya Laila Atiqah lagi.

“aah lelaki, Shira ade jugak tanya siapa dia ni, Ila kenal tak dia, dia cakap Ila kenal dia,”jawapan Shira itu membuatkan Laila Atiqah pening memikirkan siapakah gerangannya yang memberi dia nasi goreng itu.


++++++++++++++++++++++

Friday, 5 July 2013

Sambungan 16


Hari ini merupakan hari terakhir dalam Minggu Orentasi di Universiti Malaysia Pahang. Di kampus gambang semua pelajar tahun satu berkumpul di Dewan Besar Perdana termasuklah pelajar-pelajar tahun satu dari kampus Pekan. Majlis penutupan Minggu Indaksi dirasmikan oleh naib canselor Dato Dr Daeng Nasir. Setelah semua ucapan dan juga perasmian penutupan majlis pun bersurai. Shira, teman sebilik Laila Atiqah mengajak Laila Atiqah pulang ke rumah. Dari kejauhan Laila Atiqah ternampak satu susuk tubuh yang biasa dilihatnya, bangun dan bersama-sama mereka –mereka yang datang dari kampus Pekan bergerak ke arah bas yang menunggu mereka untuk pulang ke Pekan.

“eh ila tengok ape tu,” kata Shira yang tua setahun daripada Laila Atiqah.

“tak ade pape,” kata Laila Atiqah kembali sambil memalingkan kepalanya kearah shira yang menegurnya.

“ade pape ke yang menarik kat sane tu,” kata Shira yang masih tidak berpuas hati kerana apa yang disampaikan tadi dibiarkan sahaja oleh Laila Atiqah disebabkan matanya asyik memandang kearah mereka-mereka yang sedang lalu lalang dan sekarang matanya mencari-cari apa yang dipandang oleh Laila Atiqah tadi. Erm tak ada apa-apa pun.

“takde apelah, jom balik, mana Zahirah?” Laila Atiqah bertanya tentang roommatenye yang lagi satu, sengaja mahu melepaskan diri daripada soalan-soalan yang bakal timbul di benak Shira.

“ade, pegi toilet jap” Shira menjawab ringkas.

“jom tunggu depan toilet, rimas duk sini ramai-ramai,” kata Laila Atiqah sambil berlalu pergi. Tanpa banyak soal Shira pun mengikut langkah Laila Atiqah meninggalkan dewan. Persoalan yang bermain dimindanya hanya dibiarkan berlalu.

Laila Atiqah duduk diatas kerusi menghadap computer riba sambil merenung kosong screen dihadapannya. Suasana sepi disebabkan semua roommatenya sudah pun tidur, kepenatan mungkin disebabkan minggu orentasi yang sangat padat jadualnya. Laila Atiqah terkenang kejadian petang tadi, susuk tubuh yang terasa dikenalinya itu menganggu mindanya.

‘takkanlah dia kot, bukan ke dia  dapat dekat tempat lain kan..’detik hati Laila Atiqah. ‘Tak mungkin dia ade dekat sini.. ermph tapi memang macam dia,’ Laila Atiqah masih lagi ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya. Laila Atiqah berlalu kearah katil, malas mahu memikirkan lagi apa yang dinampaknya tadi dan badannya juga terasa sengal-sengal kerana kepenatan.

Laila Atiqah duduk di kafetaria menunggu Ain kawan secoursenye yang dikenali mula-mula sekali sewaktu minggu orentasi, sedang sibuk berebut-rebut membeli makanan, almaklumlah pukul 12 tengah hari sememangnya masa kemuncak untuk membeli makanan. Sedang Laila Atiqah asyik membelek-belek lagu dalam playlist di telefon bimbitnya, satu pinggan nasi ayam diletakkan dihadapannya.  Laila Atiqah mengangkat muka melihat siapa gerangan yang meletakkan pinggan dihadapannya kerana setahu dia hanya mereka berdua sahaja tadi yang berjanji untuk makan bersama-sama. Laila Atiqah membeliakkan matanya tanda tidak percaya melihat wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya dengan senyuman manisnya. Tangannya terasa lemah dan hampir sahaja handphonenya terlepas daripada pegangannya dan tangan lelaki itu laju sahaja mengambil handphone Laila Atiqah daripada tangannya dan diletakkan ke tepi.

“eh dah la tu tengok saya macam tu,”kata lelaki itu setelah lama berdiam diri.

“awak buat ape dekat sini?macam mana awak datang sini?awak..”tanya Laila Atiqah bertubi-tubi.

“cop, coop..tunggu-tunggu, tanya satu-satu ye,awak ni bukannye saya nak pegi mana pun”kata lelaki itu lagi.
“okey, ape awak buat dekat sini?” tanya Laila Atiqah lagi sekali.

“Hermph, sebab nak jumpa awak la, rindu tau tak,”selamba sahaja jawapan daripada lelaki itu.

Laila Atiqah tidak dapat menerima jawapan lelaki itu. Takkanlah sebab rindu je datang daripada Johor ke sini. 

“ bukan ke awak dekat UTHM, kenapa datang sini, takde kelas ke?”tanya Laila Atiqah lagi.

“taklah, saya belajar dekat sini la, tapi bukan sini, dekat Pekan dan ye sekarang ni takde kelas,”lelaki itu menjawab dan disertai dengan senyuman yang seakan-akan memerli. Kemudian pinggan nasi ayam yang berada dihadapannya tadi ditolak kearah Laila Atiqah dan kemudiannya dia berlalu pergi meninggalkan Laila Atiqah yang terpinga-pinga.

“Harith,Harith,Harith”panggil Laila Atiqah kearah lelaki yang berlalu itu tetapi panggilannya tidak diendahkan oleh lelaki itu.Ain yang datang membawa makanannya tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang dipanggil oleh Laila Atiqah.

“ila,ila bangun ila”suara Shira kedengaran ditelinga Laila Atiqah dan dalam kesamaran kelihatan wajah Ain berganti dengan wajah Shira.

Matanya dibuka. Mimpi rupanya. Wajah Shira yang kelihatan risau ditatap. Senyuman tipis diberikan kepada temannya itu.

“eh budak ni, senyum pulak, ila mengigau tadi panggil nama Harith, sape Harith tu?’ persoalan Shira itu membuatkan senyuman Laila Atiqah mati
.
“takde sape la, pegi la tido balik Shira, baru pukul 3 ni,”balas Laila Atiqah sambil tanngannya meletakkan kembali handphonenye ke tepi bantal.

“yelah, orang gi tidur dulu ye, pi la basuh kaki sebelum tidur,”balas Shira sambil bangun dari katil Laila Atiqah dan memanjat tangga katil dan membaringkan tubuhnya.

Laila Atiqah bangun menuju ke bilik air, mengambil wuduk dan bersolat tahajud memandangkan dia pun sudah bangun pada satu per tiga malam yang barakh itu. Seusai solat Laila Atiqah duduk berteleku di sejadah, memikirkan kembali mimpinya tadi.  Adakah kerana dia terlalu memikirkan sangat tentang susuk tubuh petang tadi yang seakan-akan Harith Iskandar, suaminya ataupun dia sememangnya merindui Harith Iskandar kerana sudah seminggu tidak bersua muka sehingga membuatkan dia bermimpi berjumpa dengan Harith Iskandar di sini. Laila Atiqah tidak menemui jawapannya dan dia hanya tersenyum senang kerana walaupun hanya bermimpi hatinya tetap riang dapat bersua muka dengan Harith Iskandar.



­­­+++++++++++++++++++++++

Thursday, 30 May 2013

TAMAT

Assalamualaikum dan selamat malam,

Hari ni ari Khamis, hari yang mana semua keje yang memeningkan kepala, yang buat tidur tak lena, mandi tak sempat tapi makan lebih banyak pulak -.-" selesai..Alhamdulillah..ERGO,MIS,BBS, EPC, QMS semua dah selesai tak kiralah assignment, project, video, oral ataupun test ngan quiz..semuanye dah..minggu yang memenatkan dan melemahkan ketahan fizikal dan mental. start daripada minggu lepas lagi dah sesak kepala ni memikirkan cara nak siapkan semua kerja ni..tapi Alhamdullillah Allah permudahkan dan memberi pertolongan..Allahu akbar..tu la orang yang meminta padaNYA dengan seikhlas hati akan diberikan petunjuk dan hidayahNYA..so do not ever give up for hoping for ALLAH help, sentiasa berdoa sebab doa kan senjata oran mukmin..BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL..keep 3 of that alongside yourself for the long journey towards success didunia juga akhirat.. ^_^

Tapi walaupun begitu, didalam ketensionan dan jugak keserabutan yang melanda pada ari sabtu tu, muncul lah  segala idea2 pelik dorang nak buat iaitu pi jalan2 dekat kuantan disebabkan nak releasekan tension..huhu dan yang dasyatnye dorang ni merancang nak tengok wayang midnite punye..walaupun aku penah ikut gak dorang buat camtu dulu tapi time tu kitorang tak sibuk dengan kerja yang melambak2 macam time ni..daripada 4sem yang akan tamat esok perkuliahannye sem ni la sem yang paling sibuk yang kitorang ade sebelum study week..semua tak siap lagi. semua tak ready lagi..macam2 la..huhu..so jadiknye disebabkan aku pun pening dengan kerja yang melambak tu, dah la tak tau nak buat macama mana aku pun join la sekali kan walaupun aku kene menumpang tidur dekat bilik dorang semalam..huhu..dengan lemahnye megikut dorang gi jalan..


MCD lepas tengok wayang..3 pagi macam tu.. -.-' aku sampai tak larat nak abiskan Mc Chiken tu.. 

keadaan luar McD Teluk Cempedak yang dibasahi hujan lebat..

dorang sentiase posing bila halakan camera..huhu..tgh tunggu  Mcd

kan dah cakap..-.-  huhu..

pasangan bahagia..makan roti nan cheesy..ni makan sebelum tgk wayang..

ni pun same..tgh tunggu maggi goreng dekat kedai mamak..

Roti nan cheesy yang di kendurikan oleh kami berlima..haha ni gara2 lapa sangat..sian  Arip yacob yang tuan punye..

Tu je la kot..sikit je sebab aku penat hari ni..lagipun dah ngantuk ni..sok aku balik umah..excited pun ade, sedih pun ade, bila kakak aku nak kahwin..huhu..rapat dengan dia kan..huhu..dia lah yang selalu mintak macam2 kat aku..agaknye pas ni ade lagi ke ye..aku cuma harap walaupun dia dah kahwin, kitorang adik-beradik still lagi macam dulu..pastu sian mak nak uruskan majlis tu sensorang memandangkan aku ngn kakak yang lagi satu kat uni kan..so sok kene tolong ape yang patut..hehe..wlaupun sok ade quiz RM, aku relax giler..tah la sok kot bru nak tengik..hahaha..dan pas ni nak kene siapkan RM punye proposal..


P/s: Mai cakap kat aku tadi, bebudak kelas kita semua ade character yang unik, ataupun tak same daripada satu same lain..setiap sorang ade keunikan ataupun character yang ade pada dia je..huhu aku pun pelik nape dia cakap camtu..mungkinn betul gak kate mai tu..so keep doing your good job, friends ..gud luck dengan study tuk study week ni.. =)

Friday, 17 May 2013

JADi NYE


Assalamualaikum ^_^

Hari Jumaat yang penuh barakah dalam seminggu dan juga hari tarikh ari ni yang penting buat sorang hamba Allah ni..mungkin jugak penting buat mereka- mereka yang merasakannye penting...hahaha..so aku rase bersyukurnye kerana telah dihidupkan selama 21 tahun ni..21 tahun agak lama bila difikirkan balik..tah ape yang dah aku buat selama ni, berape ribu ke juta ayat dan perkataan yang aku dah cakap, tulis, fikir selama ni..yang paling penting tah berape banyak dosa yang telah aku buat.. -.-'..that the first thing came to my mind malam tadi..huhu tepat pada pukul 12.05am..dan perkara kedua yang aku fikir adalah walaupun hari ni adelah tarikh yang gembira buat aku tapi tarikh ni gak la tarikh mak aku sakit nak bersalinkan aku, so aku rase bersyukur sangat dan berterima kasih sangat + kesian kat mak aku bila fikir mak mesti sakit kan mase tu..so aku rase aku kene banyak lagi buat something tuk mak, walaupun kecik..kene banyak buat mak senyum dengan gembira sentiase..JADi Nye nak kate aku tak gembira tak lah sangat dan nak kate aku sedih ke pun bukan la sangat..mungkin tengah-tengah -.-".


Nak cakap terima kasih sangat x100 dekat korang2 yang dah wish dekat aku dengan bermacam-macam cara hah..

- first kepada cik Dya yang wish tepat pada 12.05a.m tu..macam tau2 je kan..kuatnye la ikatan hati kita kan..

- kawan baik time sekolah yang wat FB post kat aku..cik Masihah Supi..kawan yang selalu offer aku makan makanan mak dia bila balik je dari rumah..

- Kakak yang jauh dimata dekat di hati, Cik Asikin hehehe yang wish dalam chatbox je..siap tanye lagi nape x kuar dkt FB ..aku kate sbb hide la daripda tahun lepas lagi..* dalam hati cakap nak tengok sape je ingat, dan saya tak perlu kan wish beratus2 dan hanye cukup wish daripada mereka2 yang dekat dengan hati saya saje*

- cik Tikah dengan roomate2 nye cik Chiba dan cik Zu yang buat wish melalui tingkah..siap belanja lagi..hahahha *Almaklumlah blok sebelah2 je..*

Hasil karya cik Tikah mase dalam Talk pasal QMS dekat Auditorium , Library tu..okey nak suh tambah ye..dapat la satu , aku punye  THE FATE NEVER LIGHT..huhu tah la betul x ayat tu.. lengkap sudah 5 TFNL nye..hoorayyyy!!!
wish daripada cik tikah..


- Korang2 yang buat suprised dekat blok T tu, cik Mira, cik Ira, cik Tikah, cik Dya, Ayep ngn Arep Yacob..mula2 dya msej nak duk dekat student lounge sbb nak tanye ergo dekat ira dngan mira buat aku macam syak jugak la kan, ape yang korang nak buat tapi aku fikir2 balik yelah sebab kena siapkan ergo tu cepat kan..so time tu jelah aku syak, pastu tukar lak dekat blok T, dengan berjayanye meyakinkan aku dya dengan tikah cakap mira dengan ira tengah buat assignmet Statistic dekat blok T, so aku pun ikut je la kan , paham yang semua orang tengah sibuk nak siapkan assignment masing2 kan,..lagi satu yang mase sampai blok T tu aku diam je bukan sebab marah tapi sebab penat..tah la penat sebab ape aku pun tak tau..huhu ape-ape pun thanks untuk kek tu..Aku HARGAI sangat ape yang korang buat tu.. dan terima kasih jugak sebab dah create satu lagi memori kita bersama..^_^

nilah dia gambar yang sempat aku ambik pun..soorry la ye..cik tikah dengan arep yacob x nampak la pulak..-.-'


-cik Izzati Tinggi dngn cik Dayah, member dekat IGOP..yang post dekat fb gak..wlaupun xde kuar dkt fb tu..terima kasih sebab ingat jugak..

-kakak yang bakal bertukar status dirinye, Cik Akmal yang wish msej dgn post fb yang siap ade kek tapi dia jela yang makan kan..hhahaha..sabar je la..-.-


Ni hah keknye..Nampak sedap kan..ni la yang dinamakan  sambut bufday tapi tanpa orangnye -.-
dia siap cakap lagi nanti kek kahwin dia gantinye kek harijadi..ish2 pastu GM dia pun lahir same tarikh dengan aku siap sambut kt pejabat tadi..ish2..


- last but not least adik tersayang yang aku tepon dia pastu yang tanye aku balik hari ni yerk..bila mase ko lahir bulan lima, aku jawab la dari dulu lagi aku lahir bulan 5 kot..-.-" sengal je adik aku sorang ni tapi leh dimaafkan memandangkan dia sibuk jadik AJK kuat mak aku nak uruskan hal-hal kahwin  kakak aku tu..kitorng yang lain ni tak dapet aden nak nolongnye..huhu *_*

Of course mak dengan ayah aku lupa jugak tahun ni..huhu walaupun begitu, saya tak kisah pun..dan nak berterima kasih dekat dorang sebab dah besarkan saya selama 21 tahun ni. segala benda yang dah orang buat, baik buruk dan jugak degilnye ni harap dapatlah mak ngan apak maafkan yerk..dah semua benda yang dah dorang kasi, buat dan bantu, saya terima dengan senang hatinye..love you both from the bottom of my heart.. sebb takkan ade yang kedua yang dapat menggantikan mereka..

bila miss Jun tanye ape pesanan yang kita ingat daripada mak ayah kita..

akunye jawapan adalah (dalam hati je la kan) :
 mak saya selalu cakap "bila mak dah takde nanti, kome mesti akan ingat ape yang mak pesan dan kate betullah ape yang mak cakap dulu"
ayah saya pulak suka cakap "bila aku dah takde nanti, buatkan upah haji dengan duit aku yang ade lagi"

pesanan ni memang masuk terus melekat kat dalam minda aku bila aku dengar..

dan bercakap tentang kematian minggu lepas aku gi kem pegurusan jenazah tu, dan akhirnye aku yang terpilih jadik jenazah tuk practical group aku, ish2 aku terima jela kan, memandangkan aku je kecik pastu pkai seluar lak bak orang kate orang putih candidate yang paling sesuai sekali la kan..ade la rase insaf dan rase owh ini la rasenye duk dalam kain kapan, dibalut dengan kain putih, tak leh nak bergerak, tak leh nak buat ape-ape, duk terbaring sorang diri dalam tu..so birthday ni bukan saje menandakan hari lahir kita tapi menandakan jugak semakin dekatnye kita ke arah kematian..


First time post ade gambar sendiri kan..huhu tapi gambar yang camni la boleh pun..huhu
gambar taken by cik rooomiee, cik Mai..

Hadiah tuk diri sendiri:

Ni je la yang mampu..haha..lapa pnye pasal.  burger dgn  kentang..
p/s:  I can wrote a thousand words and sentences but i can't spoke even a word to express myself..so please be understandable with my flaws.. dan tanpa korang mungkin hidup aku sunyi..hehe sayang korang ketat2 <3 <3 <3

Friday, 3 May 2013

Aku dan Mereka


Assalamualaikum dan hai kawan-kawan ^_^

Hari ni hari jumaat di mana mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Cuti mengundi sampai hari selasa. So, tinggallah aku sorang dengan roomie sorang..aku doakan diorang selamat sampai ke rumah masing-masing. (sekarang ni mesti dah sampai umah kan..-.-) sedih la jugak sebab tak balik tapi mungkin bukan rezeki aku nak balik jadi aku terima andai itu takdirnya..eceh..dah macam tajuk novel Siti Rosmizah yang aku suke tu..takde la sedih sangat sebenarnya tapi tipu cakap tak rase langsung kan..so mana yang korang nak dengar eh bukan baca dulu..aku dan 'merekaa'..mereka 1 kawan2 aku tu ataupun pasal mereka yang satu lagi..keluarga aku..ermph -.-'  mana satu nak tulis dulu ni ye..

Sambil dengar lagu pasal summer dream ni aku cite la pasal aku dan mereka 1 hahaha..iaitu mereka ni...mereka yang sentiasa bersama aku bila kat ump ni..sekarang je takde -.-"..hahaha (okey, lawak je ok..no hard feeling ke heart feeling ke ye)..cool je..nak cite aritu masa hari pekerja, kitorang adelah buat assessment dekat tunas mart dekat gambang ni pastu makan dan berjimba..*gi karok* hahhaa...

Masuk kali ni dah 3 kali aku rase kitorang gi karok dan dengan konsep lagu yang berlainan pulak tu..hari tu hari lagu sedih je semua..tah la kenapa diorang pilih lagu sedih2 aku pun tak tau -.- dan dorang kate mungkin lain kali karok lagu yang ade rap je pulak..hahaha..macam2 la kan diorang ni..tapi aku ok je..dah itu je kawan baik aku kan..hahaha..bak kate cik tikah: orang blood types A ni takde banyak kawan tapi kawan yang ade tu, adalah kawan yang rapat dan baik dengan dia..ni aku rase betul pasal aku..hahaha..dan disebabkan aku ni tak suka sanagat nak nanyi depan orang * malu sebenarnye* so aku duk diam je la kan dalam bilik tu dan tetiba aku teringat nape tak tangkap je gambo diorang ni so..mulalah aku ambik kan..tapi disebabkan bilik tu gelap so tak nampak sangat gambar tu -_-

Cik Tikah yang selalu dekat depan  tu..^_^
Cik Mira yang nyanyi sebelah saya ^_^


Cik Dya yang phone nye selalu  ade  walaupun kat sini ^_^
Cik Ira yang excited nyanyi lagu ape tah ye..^_^



   
                                                                       












   wah susah pulak arini nak susun gambar..pelik so sorylah gambar tu jadik macam tu kan..i try my best...ni pun pelik dah ni x leh nak ketepi..so sambung balik ape nak cakap pasal mereka yang berada dirumah tu..mungkin harini semua orang dah ade kat rumah..ready nak mengundi mungkin..sambil dengar rocking kim bo kyung aku cite la ape kenapa aku tak balik sebenarnya padahal mase mula2 tau pasal cuti tu macam dah comfom dah nak balik.. sebab satu ayat je..wah cepatnye saya terasa..hahaha..

1 fakta antara orang-orang yang leh buat aku cepat terasa hati atau tersentuh hati adalah dan kadang2*selalu ni* nangis right away lepas dengar ayat yang dorang cakap:

1) My beloved father
2) MAk yang tersayang
3) Abang2 dan adik beradik yang lain
4) Kawan baik (tapi yang ni  tak terasa sangat kot dan kadang2 tak ambik kisah sangat walaupun mungkin ade tapi tak terkesan memdalam macam yang top 3 tu)


Nak dijadikan cerita mase aku cakap nak balik tu, Yop cakap tak payah balik kalau bukan nak balik mengundi..so terus je terasa macam aargh..macam tu kan..so start je dari situ aku dah rase tak payah balik la kan, lagipun beberapa ari je pun.. macam2 aku cakap kat diri sendiri supaya tak terasa nak balik sangat..lagi satu aku faham walaupun my beloved abang tu kate tak bermaksud ape2 pun sangat tapi bak kate orang wlaupun berlawak je tapi mesti ade cikit kebenaran.. aku tau mesti Yop rase macam susah nak kene tunggu aku lagi, ambik dan hantar lagi..so aku stick je dengan keputusan tak nak balik kan smpai mak pun naik risau betul ke tak nak balik..ade ke kawan dekat sana bila semua orang balik dan datang la pelbagai persoalan di minda mereka kenapa tak nak balik =.=..penat aku nak cakap dekat sorang-sorang..semua nak mesej tanye balik tak?nape tak balik?..so lastly aku jawab: ade je roomate tak balik pastu doakan jela orang xde pape ngan cukup makan dgn minum..hahaha..so betullah ape yang cik tikah tweet dekat saya pasal Blood tpyes A ni stand firm in their beliefs, even if not always voiced..hahaha ^_^..lagi satu mungkin takde rezeki nak balik,dan bukan jugak jodoh nak jumpa mak..T__T..tapi ade hikmah yang aku tak tahu kan..n_n..

argh lupa lak nak cite mase last sekali cakap dengan mak pasal cuti ni, unexpected benda jadik, tetiba je mak: mak mintak maaf..marahkan mak ke?..
Aku: mana adee..sebab budak bilik pun ade, sorang tak balik..( tak tau nak jawab ape lagi..awkward moment dan terasa macam kenapa cakap macam tu kan, buat aku rase terkejut sangat, aku yang taknak balik kan kenapa mak yang mintak maaf..sedih pun ade tapi macam wah mak memang tau bila aku macam merajuk kan..intuation seorang ibu..tau je bila anak dia tak senang hati, susah hati, bila ade yang tak kena) *buat aku rase sedih bila teringat balik, mata dah berair2 ni..* ;(..

Tapi aku rase hikmahnye yang aku dah nampak sekarang ni, aku tau keluarga aku concern giler pasal aku kan, sorang2 mesej..tanye -.-..terasa disayangi gitu..hahaha..Mak la yang paling risau kan..walaupun ade mak cakap dia terasa sangat kehilangan bila kakak aku yang selalu ade kat umah tu pi masuk U tapi mak selalu risau kalau aku tak balik bila cuti yang semua orang balik..selalu cakap kalau ade kawan takpe tapi kalau takde balik je la..haha..Almaklumlah aku dari tadika lagi dah tadika jauh2 dari rumah bukan macam abang, kakak ngan adik aku yang tadika dekat dengan umah..sekolah menengah pulak asrama dekat gopeng, kakak ngan abang aku dekat kg gajah je, 15 min pun sampai, aku je 1 jam..U pun same depe semua dekat cikit aku je yang jauh melayang dekat Pahang ni, nasib baik bukan Sabah ke Sarawak ke..ish2 agaknye nanti kerje pun jauh dari Mak..=.=..Ok la kot ni je..nanti kalau aku cerita lagi panjang jadiknye ni..so stop dekat sini je la ye..Well aku baru perasan kadang2 kalau aku cakap ade je yang akan salah faham @ pun x sampai sal ape yang aku ckap jadiknye aku prefer tulis daripada cakap rasenye..semua leh aku tulis tapi nak cakap mungkin tak kot..

P/s: SelamaT Hari LahiR, MY beLoved CIK Dya Azman..swweeettt 21.. wlaupun dah wish aritu dan dah makan kek pun..saje je nak wish lagi..tapi xde hadiah..sooorrryyy..^_^ hanya hati saya saja saya leh kasi kat awak..hahha..so will you accept it???..hati saya yang penuh kasih sayang ni..huhu..tak leh blah..