Sudah sebulan lamanya selepas kejadian nasi goreng
yang misteri itu, Laila Atiqah masih lagi menerima sesuatu samaada nasi goreng
mahupun makanan lain daripada si pemberi nasi goreng itu melalui Shira ataupun
Zahirah sehinggakan mereka menamakannya sebagai Mr FR iaitu Mr Fried Rice.
Bukan Laila Atiqah tidak pernah pergi ke pasar malam itu dan dia kadang kala
akan pergi bersama rakan-rakannya tetapi tidak pernah pula diberikan apa-apa
oleh si Mr FR tetapi apabila Laila Atiqah pulang ke biliknya, pasti Shira
ataupun Zahirah akan memberinya sesuatu daripada si Mr FR.
“nah, ila ni ha Char Khow Tiau daripada Mr FR
tu,”Shira meletakkan plastic di atas meja kafe setelah pulang daripada Inna
Shop dan terjumpa Laila Atiqah yang sedang duduk di meja di kafe bersama-sama
rakannya.
“wah dapat lagi ye,”ucap Farah Diana yang duduk di
sebelah Laila Atiqah sambil membelek-belek plastic yang diletakkan oleh Shira itu.
Ucapan Farah Diana itu menarik perhatian rakan-rakan
yang lain dan semuanya menoleh kearah Laila Atiqah meminta penjelasan
daripadanya.
“ape??”tanya Laila Atiqah apabila Aini Syafawani,
Afiqah Alauddin, Amisya Nazira memandangnya. Farah Diana hanya tergelak melihat
reaksi Laila Atiqah itu kerana dia sudah menjangka perkara itu akan berlaku.
“tu siapa yang kasi dan sapa Mr FR tu,”tanya Ain
yang duduk dihadapannya. Farah Diana hanya ketawa apabila soalan itu ditujukan
kepada mereka berdua,dia dapat merasakan jelingan tajam Laila Atiqah kepadanya
walaupun tidak memandang Laila Atiqah.
“eh, korang ni kenapa? Sorang gelak, sorang jeling”
tanya Ami pula sambil memandang arah Fiqa yang duduk dihadapannya tanda
bertanya, kalau-kalau dia mengetahui sebabnya tetapi Afiqah hanya menggelengkan
kepalanya.
“okey, baik korang cakap ape benda sebenarnye ni”
Fiqa mula bertanya apabila sudah lama soalan Ami tadi dibiarkan berlalu dan
gelak tawa Dhia sudah reda.
“okey-okey aku cerita”balas Laila Atiqah kerana
tidak mahu memanjangkan lagi usikan Farah Diana dan dia tahu kawan-kawannya itu
tidak akan berhenti bertanya sehingga dia menceritakan apa yang terjadi.
“so maksudnya si Mr FR tu yang selalu bagi makanan
semua ni” tanya Amisya Nazira untuk kepastiaan.
“aah, dialah yang bagi” Laila Atiqah menjawap dengan
malasnya.
“ko tak kenal ke sapa Mr FR tu, tak pernah jumpa
ke?”tanya Afiqah pula.
“tak kenal la Cik Fiqa ooii..kalau tak kenapa
wujudnya nama MR FR tu,”Farah Diana pula menjawab, kerana kesiankan Laila
Atiqah yang penat menjawab soalan-soalan kawan-kawan baik mereka itu.
“kenapa tak buat plan je nak cari sapa sebenarnya si
Mr FR tu,” usul Aini Syafawani pula.
“eh betul jugak kan, kita kena buat plan ni nak cari
identity Mr FR tu,” sokong Farah Diana pula.
“nak buat macam mana, nak cari dekat mana, tengok
muka pun tak pernah,” soal Laila Atiqah pula.
“apa kata minggu depan kita ikut Zahirah dengan
Shahira roommate ila dari belakang masa pergi pasar malam, so kita dapat la
tengok sapa yang bagi makanan dekat dorang kan,”Afiqah mengutarakan cadangan
bernasnya.
Walaupun Afiqah seorang lambat dalam memahami apa
yang dibincangkan tetapi selalu mempunyai rancangan yang bernas sewaktu
masa-masa genting dan kritikal. Laila Atiqah senang berkawan dengan
geng-gengnya ini kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai perangai dan
identity yang berlainan antara satu sama lain walaupun begitu mereka selalu ada
untuk menyelesaikan masalah yang timbul kepada salah seorang antara
mereka.Ukhwah yang terjalin tidak memungkinkan Laila Atiqah dibiarkan begitu
sahaja.
“korang, korang, siap sedia dah nak menjalankan misi
kita petang ni,”ucap Amisya Nazira kepada mereka yang duduk sebaris di dalam
kelas OSH fundamental.
“misi, misi ape yang korang rancang ni wei,”Afiq
yang berhampiran menyelah.
“adalah, tak payah nak menyibuk,” balas Aini sambil
membuat muka masam.
“la dia tanya je kot, buat muka nak buat ape, ce
senyum sikit” balas Fakrul Reza pula. Antara orang yang menceriakan suasana
didalam kelas sama ada lecturer ada mahupun tidak.
“okey, tak payah layan dorang, duduk la kelas nak
mula dah ni, sat gi Miss datang la,” Farah Diana meredakan keadaan.
Seusai kelas OSH fundamental mereka semua berkumpul
di kafe untuk menikmati makan tengah hari. Makan di kafe sudah menjadi rutin
harian mereka jika semua mereka mempunyai kelas yang sama pada hari itu.
“ila, petang ni ko kene tanya roommate ko pergi ke
tak pasar malam pastu tanya pukul berape dorang pergi,” Afiqah berkata sambil
matanya memandang nasi yang ada di depan mata.
“okeh..nanti bila aku
dah tanya aku mesej korang,”balas Laila Atiqah dan berlalu kearah singki untuk
membasuh tangan.
Pukul
5 dorang pergi, jumpa dekat payung putih kul 4.45 la ye..
Mesej itu dihantar
kesemua ahli kumpulan mereka dan tepat pukul 4.45 petang Laila Atiqah turun
kebawah dengan alasan mempunyai discussion bersama kawan-kawannya dan seperti
biasa Laila Atiqah memesan keropok lekor kepada Shahira dan Zahirah untuk tidak
mendatangkan syak.
Bermulalah misi mereka
mengekori Shahira dan Zahirah, dari kafetaria sehinggalah tapak pasar malam
yang berdekatan dengan klinik UMP. Walaupun sudah lama mereka mengekori
roomamate Laila Atiqah tetapi kelibat Mr FR itu tidak juga kelihatan di
mana-mana.
“wei, aku penat la aku
gi beli air jap ye..”ucap Laila Atiqah.
“okey, belikan aku air
limau satu”ucap Afiqah walaupun matanya masih lagi memerhatikan
roommate-roommate Laila Atiqah.
“air milo” “air oren”
“air kelapa” ucap Aini Syafawani, Amisya Nazira dan Farah Diana seeorang demi seorang.
“amboi, eh jom ikut aku
sorang, ingat senang nak bawak 5 sekali air,”balas Laila Atiqah.
“ok jom-jom aku
teman,sian kawan aku sorang ni,”Farah Diana kemudian tersenyum.
“Pakcik air oren satu,
milo satu, air blackcurrent satu,”Laila Atiqah membuat pesanan manakala Farah
Diana membeli air kelapa dan air limau di tempat yang lain kerana disitu tidak
mempunyai air yang dia inginkan.
“nah dik, airnya,”
pakcik air menghulurkan plastik mengandungi air milo dan oren manakala air
blackcurrent berada di luar.
“Terima kasih pakcik, ni
duitnya,” Laila Atiqah menghulurkan 3 keping not seringgit.
Air blackcurrentnya
disedut sambil menunggu Farah Diana yang belum lagi kelihatan sedari tadi.
Straw yang tadinya dimulut sudah pun dikeluarkan dan air blackcurrent yang
sedari tadi kemas di pegangan tiba-tiba jatuh menyembah jalan tar disebabkan
dia tergamam melihat seseorang yang dia sangat kenali. Ya, lelaki itu adalah Harith
Iskandar. Lelaki yang sering mengganggu ruang mindanya akhir-akhir ini. Dia seolah-olah
tidak percaya lelaki itu berada di tempat yang sama dengannya. Mindanya keliru
memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.
“ila, ko kenapa? “
tanya Farah Diana yang baru sahaja kembali mendapatkannya. Dia turut terkejut kerana
air yang jatuh dari tangan Laila Atiqah tanpa di langgar oleh sesiapapun.
Tiada jawapan daripada
mulut Laila Atiqah membuatkan Farah Diana turut memandang kearah lelaki yang
sedang dipandang oleh Laila Atiqah. Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya
lelaki yang dipandang oleh Laila Atiqah itu. Lelaki yang berspec mata dan
mempunyai darah keturunan cina barangkali kerana wajahnya yang putih dan
kemerah-merahan apabila terkena terik matahari petang.
“sapa tu?”pertanyaan
Farah Diana itu membuatkan Laila Atiqah tersedar bahawa Farah Diana turut
melihat lelaki yang dipandang sedari tadi.
“eh, takde sapa,saja
tengok”balas Laila Atiqah sambil mengalihkan pandangannya kearah Farah Diana
yang memandangnya.
“yeke takde sapa, tu
yang sampai air jatuh tu dah kenapa” Farah Diana membuat serkap jarang.
“saja pandang sana,
pastu tiba-tiba tangan ni lemah pulak tu yang jatuh tu,”Laila Atiqah menjawab
tetapi matanya turut sesekali memandang kearah Harith yang sedang asyik
bercakap dengan seseorang.
“jom la pergi dekat
dorang, sian tunggu dari tadi,” Laila Atiqah mengharap agak Harith Iskandar
tidak perasan akan kehadirannya disitu dan mahu cepat-cepat pergi dari situ.
Malangnya baru sahaja
kakinya hendak melangkah pergi namanya disebut daripada belakang, membuatkan
langkah Laila Atiqah terhenti begitu juga dengan Farah Diana yang kemudiannya
berpusing kearah belakang untuk melihat siapa yang memanggil Laila Atiqah.
+++++++++++++++
No comments:
Post a Comment