Hari ini merupakan hari terakhir dalam Minggu
Orentasi di Universiti Malaysia Pahang. Di kampus gambang semua pelajar tahun
satu berkumpul di Dewan Besar Perdana termasuklah pelajar-pelajar tahun satu
dari kampus Pekan. Majlis penutupan Minggu Indaksi dirasmikan oleh naib
canselor Dato Dr Daeng Nasir. Setelah semua ucapan dan juga perasmian penutupan
majlis pun bersurai. Shira, teman sebilik Laila Atiqah mengajak Laila Atiqah
pulang ke rumah. Dari kejauhan Laila Atiqah ternampak satu susuk tubuh yang
biasa dilihatnya, bangun dan bersama-sama mereka –mereka yang datang dari
kampus Pekan bergerak ke arah bas yang menunggu mereka untuk pulang ke Pekan.
“eh ila tengok ape tu,” kata Shira yang tua setahun
daripada Laila Atiqah.
“tak ade pape,” kata Laila Atiqah kembali sambil
memalingkan kepalanya kearah shira yang menegurnya.
“ade pape ke yang menarik kat sane tu,” kata Shira
yang masih tidak berpuas hati kerana apa yang disampaikan tadi dibiarkan sahaja
oleh Laila Atiqah disebabkan matanya asyik memandang kearah mereka-mereka yang
sedang lalu lalang dan sekarang matanya mencari-cari apa yang dipandang oleh
Laila Atiqah tadi. Erm tak ada apa-apa pun.
“takde apelah, jom balik, mana Zahirah?” Laila
Atiqah bertanya tentang roommatenye yang lagi satu, sengaja mahu melepaskan
diri daripada soalan-soalan yang bakal timbul di benak Shira.
“ade, pegi toilet jap” Shira menjawab ringkas.
“jom tunggu depan toilet, rimas duk sini
ramai-ramai,” kata Laila Atiqah sambil berlalu pergi. Tanpa banyak soal Shira
pun mengikut langkah Laila Atiqah meninggalkan dewan. Persoalan yang bermain
dimindanya hanya dibiarkan berlalu.
Laila Atiqah duduk diatas kerusi menghadap computer
riba sambil merenung kosong screen dihadapannya. Suasana sepi disebabkan semua
roommatenya sudah pun tidur, kepenatan mungkin disebabkan minggu orentasi yang
sangat padat jadualnya. Laila Atiqah terkenang kejadian petang tadi, susuk
tubuh yang terasa dikenalinya itu menganggu mindanya.
‘takkanlah dia kot, bukan ke dia dapat dekat tempat lain kan..’detik hati
Laila Atiqah. ‘Tak mungkin dia ade dekat sini.. ermph tapi memang macam dia,’ Laila
Atiqah masih lagi ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya. Laila Atiqah berlalu
kearah katil, malas mahu memikirkan lagi apa yang dinampaknya tadi dan badannya
juga terasa sengal-sengal kerana kepenatan.
Laila Atiqah duduk di kafetaria menunggu Ain kawan
secoursenye yang dikenali mula-mula sekali sewaktu minggu orentasi, sedang
sibuk berebut-rebut membeli makanan, almaklumlah pukul 12 tengah hari
sememangnya masa kemuncak untuk membeli makanan. Sedang Laila Atiqah asyik
membelek-belek lagu dalam playlist di telefon bimbitnya, satu pinggan nasi ayam
diletakkan dihadapannya. Laila Atiqah
mengangkat muka melihat siapa gerangan yang meletakkan pinggan dihadapannya kerana
setahu dia hanya mereka berdua sahaja tadi yang berjanji untuk makan bersama-sama.
Laila Atiqah membeliakkan matanya tanda tidak percaya melihat wajah lelaki yang
sedang duduk dihadapannya dengan senyuman manisnya. Tangannya terasa lemah dan
hampir sahaja handphonenya terlepas daripada pegangannya dan tangan lelaki itu
laju sahaja mengambil handphone Laila Atiqah daripada tangannya dan diletakkan
ke tepi.
“eh dah la tu tengok saya macam tu,”kata lelaki itu
setelah lama berdiam diri.
“awak buat ape dekat sini?macam mana awak datang
sini?awak..”tanya Laila Atiqah bertubi-tubi.
“cop, coop..tunggu-tunggu, tanya satu-satu ye,awak
ni bukannye saya nak pegi mana pun”kata lelaki itu lagi.
“okey, ape awak buat dekat sini?” tanya Laila Atiqah
lagi sekali.
“Hermph, sebab nak jumpa awak la, rindu tau
tak,”selamba sahaja jawapan daripada lelaki itu.
Laila Atiqah tidak dapat menerima jawapan lelaki
itu. Takkanlah sebab rindu je datang daripada Johor ke sini.
“ bukan ke awak dekat
UTHM, kenapa datang sini, takde kelas ke?”tanya Laila Atiqah lagi.
“taklah, saya belajar dekat sini la, tapi bukan
sini, dekat Pekan dan ye sekarang ni takde kelas,”lelaki itu menjawab dan
disertai dengan senyuman yang seakan-akan memerli. Kemudian pinggan nasi ayam
yang berada dihadapannya tadi ditolak kearah Laila Atiqah dan kemudiannya dia
berlalu pergi meninggalkan Laila Atiqah yang terpinga-pinga.
“Harith,Harith,Harith”panggil Laila Atiqah kearah
lelaki yang berlalu itu tetapi panggilannya tidak diendahkan oleh lelaki itu.Ain
yang datang membawa makanannya tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang
dipanggil oleh Laila Atiqah.
“ila,ila bangun ila”suara Shira kedengaran ditelinga
Laila Atiqah dan dalam kesamaran kelihatan wajah Ain berganti dengan wajah
Shira.
Matanya dibuka. Mimpi rupanya. Wajah Shira yang
kelihatan risau ditatap. Senyuman tipis diberikan kepada temannya itu.
“eh budak ni, senyum pulak, ila mengigau tadi
panggil nama Harith, sape Harith tu?’ persoalan Shira itu membuatkan senyuman
Laila Atiqah mati
.
“yelah, orang gi tidur dulu ye, pi la basuh kaki
sebelum tidur,”balas Shira sambil bangun dari katil Laila Atiqah dan memanjat tangga
katil dan membaringkan tubuhnya.
Laila Atiqah bangun menuju ke bilik air, mengambil
wuduk dan bersolat tahajud memandangkan dia pun sudah bangun pada satu per tiga
malam yang barakh itu. Seusai solat Laila Atiqah duduk berteleku di sejadah,
memikirkan kembali mimpinya tadi. Adakah
kerana dia terlalu memikirkan sangat tentang susuk tubuh petang tadi yang
seakan-akan Harith Iskandar, suaminya ataupun dia sememangnya merindui Harith
Iskandar kerana sudah seminggu tidak bersua muka sehingga membuatkan dia
bermimpi berjumpa dengan Harith Iskandar di sini. Laila Atiqah tidak menemui
jawapannya dan dia hanya tersenyum senang kerana walaupun hanya bermimpi
hatinya tetap riang dapat bersua muka dengan Harith Iskandar.
+++++++++++++++++++++++
No comments:
Post a Comment