!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 5 May 2012

sambungan 7



“waalaikumsalam, sekejap ye,” Pn Rohani menguatkan suara sementara tangannya tangkas membuka pintu rumahnya itu.

“hah,Masitah ye, pagi tadi Ati ade cakap kamu nak datang rumah hari ini,” kata Pn Rohani apabila melihat Masitah yang tersenyum lebar di muka pintu.

“masuklah Masitah, Ati ke kedai kejap,beli barang nak masak bihun sup sebab sikit lagi ade orang nak datang rumah,” kata Pn Rohani apabila melihat Masitah yang mencari-cari kelibat Laila Atiqah.

“ooh, ye ke makcik, ..erm sape yang nak datang makcik?” Masitah bertanya kehairanan.’ Siapa lagi yang nak datang selain aku, erm pelik ni, ke ila ni nak masak tuk aku..hehe best jugak ni, aku pun tetamu gak ape,’ Masitah bermonolog di dalam hati.

“tunang Ati, si Is tu nak datang rumah hari ini, katanya nak berkenal- kenal dengan keluarga kami ni,” balas Pn Rohani sebelum meminta diri ke dapur bagi menyiapkan air.

Mata Masitah terbuka luas mendengar jawapan Pn Rohani itu. Lalu tangannya mencapai handset yang tadi diletakkan di atas meja dan laju sahaja tangannya mengedail nombor Laila Atiqah.Sebaik sahaja talian disambungkan tanpa salam Masitah terus menyemburkan kata-katanya.

“ weh, hang ni memang la,nape tak bagitau aku tunang hang nak datang jugak hari ni,”kuat dan menyakitkan telinga Laila Atiqah dan automatik tangannya membawa handsetnya jauh daripada gegendang telinga.

“mas, ape ni.. takde salam, hello ke trus je sembur aku ni kenape? Hang dah sampai ke rumah aku?..alamak silap tanya soalan daa..mesti la dia dah sampai kat rumah tu, kalau tak macam mana dia tau Mr HI tu nak datang hari ni..ni mesti panjang lagi marah kat aku ni..Laila Atiqah meletakkan barang yang sudah dibeli ke dalam raga motosikal retro kepunyaan ayahnya itu.

“eh, mestilah dah sampai, hang ni kenapa..ish dah la tak bagitau aku pasal nak bertunang, pastu tunang hang nak datang hari ni pun hang tak bagitau aku ye..eeei geramnya aku dengan hang ni,” Masitah sudah mula membebel. Dah agak dah..bagus cik Laila Atiqah tanya lagi soalan camtu kan dah kena..

“ok..chop, chop, nak marah aku tunggu sat ye, ni dah nak balik dah ni, sakit la telinga aku nak dengar hang membebel kat dalam handset ni, okey bye, assalamualaikum,” laju sahaja Laila Atiqah menamatkan perbualan itu. Takut kalau tidak di hentikan cepat lama lagilah dia berdiri di depan kedai Pak Ayob ni.

Dari kejauhan lagi Laila Atiqah sudah boleh melihat kelibat Masitah yang sedang berbual dengan emaknya, Pn Rohani. Bunyi deruman motosikal EX5 yang dipanggil moto retro oleh Laila Atiqah dan adik-beradiknya menarik perhatian Masitah dan emaknya yang sedang asyik berbual. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka Laila Atiqah tidak dapat mengagaknya mungkin mengenai dia mungkin juga bukan dan hanya berbicara kosong sahaja.

“Assalamualaikum,” Laila Atiqah naik membawa barang yang dibelinya dan berlalu ke dapur. Masitah bangun membontoti Laila Atiqah ke dapur kerana mulutnya sudah tidak sabar untuk memarahi Laila Atiqah.

“ila bagitau aku cepat, eei budak ni, banyaknye rahsia hang ye..hah cepat la cerita,”kata Masitah sambil tangannya menarik tangan Laila Atiqah lalu dibawa kawannya itu ke meja makan.

“okey-okey aku cerita, tak nyempat-nyempat la kawan aku sorang ni,” Laila Atiqah duduk menghadap Masitah.


++++++++++++

Friday, 4 May 2012

sambungan 6


 Laila atiqah hanya duduk di katil setelah solat isyak dan memandang telefonnya. Dia berkira-kira mahu menelefon ucu untuk memberitahu berita ini dan juga Masitah Sufian kawan baiknya di Sekolah berasrama penuh sejak tingkatan satu lagi. Mana satu yang harus diberitahu dahulu Ucu ataupun Mas..pening Laila nak buat keputusan.

Lagu Imagine  CNBLUE kedengaran, lantas Laila atiqah memandang telefon bimbitnya. Kelihatan nama Mas  di screen telefon bimbitnya dan dia terus menekan button hijau.

“assalamualaikum,ila”kata Masitah. Kemudian kedengaran ketawa kecilnya.

“waalaikumsalam,mas, macam tau-tau je aku nak bagitau something kat hang,”balas Laila atiqah.

“oh ye ke patutlah tangan gatai nak tepon hang,nape hang nk kahwin ke? Kata Masitah sambil tergelak-gelak.

“eh mane hang tau ni,betui la tu,”kata Laila Atiqah mengiakan.

“eh, ila jangan main-main.. betui ke?suara Masitah mula serius bertanya kerana dia hanya bermain-main sahaja. Sebelum ini mereka suka bertanya soalan-soalan cepumas itu setiap kali berhubung tetapi kali ini jawapan yang diberikan oleh Laila atiqah sangat mengejutkan kerana selalunya mereka akan saling mengenakan antara satu sama lain dan menafikan.

“okey,betul mas, aku tak main-main,aku dah bertunang pun hari ni,”suara Laila Atiqah dengan nada dan loghat yang biasa menandakan dia betul-betul tidak bermain dengana Masitah.

“Ape? hang dah tunang dah..kenapa tak ajak aku, sampai ati kau ila,”kata Masitah dengan nada yang merajuk dan geram. Dia geram kerana Laila atiqah tidak mengajaknya ke majlis pertunangannya.

“sory sangat-sangat..aku bukan tak nak bagitau hang, tapi benda ni jadi cepat sangat,”Laila Atiqah cepat apabila Masitah dah mula menunjukkan rajuknya.

“ok, nasib baik bagitau hari ni gak, kalau hang bagitau lambat lagi haru jadinya,” Masitah sudah mula bertolak ansur dengan Laila Atiqah kerana dia tahu bahawa temannya itu mempunyai sebab-sebab tertentu dan dia ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi tentang perkara yang mengejutkan itu.

“ni sayang hang ni, sory la ye..nanti aku ceritakan apa yang dah jadi sebenarnya tapi aku nak tanya ni esok boleh tak datang rumah aku pastu nanti aku cerita kat hang ye,”kata Laila Atiqah apabila dia teringat akan kedatangan Harith Iskandar ke rumahnya esok.

‘leh la teman aku sok mas si Mr HI tu nak datang rumah aku,’di dalam hati Laila Atiqah penuh mengharap. Dia tidak mahu memberitahu Masitah bahawa Harith Iskandar akan datang ke rumahnya esok kerana dia pasti perbualan mereka akan menjadi semakin panjang dan Laila Atiqah tidak mahu berbicara di dalam telefon dan sekaligus mahu berjumpa temannya itu kerana sudah lama tidak berjumpa.

“hah! datang rumah hang, ilaku sayang macam la rumah aku ni sebelah je rumah hang leh datang sesuka hati sesedap rasa je..Jauh la..tapi takpe-takpe disebabkan ke curiousity-an aku ni pasal hang ni, aku datang la sok pagi-pagi buta eh tak la awai sangat kot, nak kena drive sejam dulu tu,aku tau mesti hang ni tak nak cerita kat dalam telefon ni..tau sangat dah..ok set sok InsyaAllah aku sampai kat umah hang tu,” balas Masitah dengan bersemangat.

Setelah menamatkan perbualan dengan Masitah, Laila Atiqah membuka tingkap sambil ditemani bunyi unggas dan nyamuk yang hendak mencari mangsa. Hatinya resah memikirkan beberapa jam lagi hari ini akan menjadi semalam dan esok akan menjadi hari ini. Dan ini bermakna dia perlu bertemu MR HI itu dalam beberapa jam sahaja lagi. Laila Atiqah memandang kearah katil, melihat kedua-dua kakak kesayangan yang sudah lena dibuai mimpi agaknya. Laila Atiqah merasakan perasaannya bercampur baur sekarang ini, gembira kerana dirinya sudah berpunya dan esok kawan karibnya akan datang, sedih kerana dia hanya mempunyai masa yang singkat untuk bersama-sama,bermanja dengan emak dan ayahnya, tidak keruan kerana esok juga dia akan bertemu tunangannya itu,dan takut kerana tanggungjawabnya selepas ini akan menjadi lebih besar dan mampukah dirinya untuk mengharunginya di usia yang muda ini.  

+++++++++++++++++++