!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 16 November 2012

Untuk Mereka2 Yang Berkenaan



Assalamualaikum dan selamat malam..huhu sebab taip time mlm2..(16/11/12) sambil dengar lagu liyana fizi ni (jatuh) dah macam sesuai bebenor dengan apa yang nak ditaipkan disini..heehe..jatuh..tunggu jap  ek..nk dengar lagu ni sampai abs dulu..idea pn xde nk tulis ape je ni..

Semula jadinya aku jatuh..(lirik dlm lagu jatuh tu) (^_^)

That the point yang dorang tanya kat aku aritu..adelah sebelum cti midsem tu buatkan aku x senang duduk dan berpikir selama beberapa ari..ssh betul nak jwp soalan tu..(ssh lg soalan tu berbanding test yg aku ambk sebelum cti tu) sbb bkn leh nk tembak je ape2 kn mcm buat mase test tu, bkn leh konner sana konner sini buat ayat sendiri mcm dlm test tu..hhuhu ssh la nk jwp…

Aku pn tertnye2 pada diri sendiri ade ke..tah diri sndiri pn x tau ni payah gak ni..-.-“

Dh 10 minit aku pikir ni..pandang aje keyboard tu..erm…aku pn x tau ni..iya kut ade..-.-‘

Ok mngkin bkn crush mcm yg korg nk tu tp suka tgk muka dia mgkin..=.=’..ataupun aku seronok sebenarnye dia msuk sekolah aku pastu satu kelas lg..ok bdk tu  classmate aku mse seklah menengah atas dan dia jgk classmate aku mse sklah rendah ye..tu la psl mcm bes je time tu..boleh bayangkan x kwn yng mse sekolah rendah yg tinggi ko je mse tu tp dia msuk sekolah ko lg + stu klas lg pastu tinggi giler & boleh la tahan kan..(dh la putih mamat tu)..tu sbb aku ske tgk dia ye dh la nmpk baik je tp aku tau dia nakal je sbenarnye, suka usik org..herm..Tp aku x penah pn ckp ke ape ke ngn dia mse kt seklah ye..huhu..tp yg peliknye bebdk lelaki klas aku tau je dulu kitorg penah stu seklah..musykil smpai sekarg sape yg bgtau..-.-“..sekrg ni dia ambk engineering kt uiam (tau pn sbb kwn mse sklah aku bgtau sbb sekali dgn dia)

Tuk pengetahuan korg..dia ni sebenarnya hanya termsuk dlm beberape org yg aku suka tgk muka dia..x semua yg aku suka tgk muka tu lelaki (tp dia sorg je lelaki) ye perempuan pn leh ye..(tp aku bknnye suka lak kaum sejenis) tp tah la suka je tgk muka diorg..salah satunye kakak yg duk dpn dorm aku dulu, dah la comel pastu dia potong rmbut pendek la pulak..bila nmpak cam handsome je bila jmpe kt toilet, dah la kakak tu putih..(cam les le plak kn )huhu…tp betullah aku x tipu memang handsome abs kakak tu dngn rmbut pendek dia tu yg dh serupa lelaki..tp bila pkai tudung nmpak cantik ngn comel la pulak kakak tu..so itu la stu contoh aku suka tgk muka org ni..ke rmbut sebenarnye..(tahla pening nk pikir)..mgkin muka ngn rambut..hhahaa..^_^..aku  mmg la agak obsess ngn rambut ye..tambah rmbut ala-ala korea..hahaha..tp yg penting saya suka lelaki ye..bkn permpuan..normal lagi ye..mengikut fitrah yg betul.

Tp xpelah seperti lgu azfar ‘akan kujumpa’ encik jodoh yg Allah tentukan tuk aku hahaha..so tunggu jela .. ade jodoh, rezeki akan kutemui adam yang diciptakan buatku..(terigt kt Adam Amsyar le pulak) ^_^..
sian dia semoga sihat2 saje ye anak buah mak uteh tu..jgn nangis2 selalu..sian ayah ngn umi dia nanti..
Ok tu jela kut nk taip pn..

S/P:sila berhubung ngn saya di 013-XXXXXXX (hahaha) yg penting jgn tnye direct nanti x leh nk jwp..huhu sape dh bce yg ayah saya dan saya tu mesti tau sebabnye..(^_^)

Sambungan 15



Laila Atiqah membukakan matanya apabila telinganya mendengar laungan azan yang sayup-sayup kedengaran. Laila Atiqah berasa bahunya ditimpa oleh sesuatu dan dia berasa badannya menimpa sesuatu. Laila Atiqah agak terkejut apabila matanya tertancap pada wajah Harith Iskandar yang sedang tidur dalam keadaan yang tenang dekat dengan dirinya dan benda yang berada di bahunya ialah tangan Harith Iskandar yang memeluk bahunya itu dan mukanya berada di atas bahu bidang Harith Iskandar.

‘aarrh, macam mana dia boleh peluk aku ni, sabar Ati cuba ingat balik apa yang jadi semalam,’kata Laila Atiqah di dalam hati.

‘la dah ko sendiri yang nangis kat bahu dia semalam, lupa ke Ati’Laila Atiqah memarahi dirinya sendiri di dalam hati.

‘ni macam mana nak bangun ni, nanti karang kalau dia bangun macam mana, mana nak letak muka ni,maluu siot’Laila Atiqah masih hati berkata-kata di dalam hati.

Harith Iskandar bergerak sedikit membuatkan Laila Atiqah terkejut dan kembali menutup matanya, berpura-pura tidur. Setelah dirasakan tiada pergerakkan daripada orang sebelah Laila Atiqah kembali membuka matanya. Tangannya mengubah tangan Harith Iskandar yang sedang memeluknya dan dirinya cepat-cepat memboloskan diri daripada Harith Iskandar dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Walaupun dirinya sedang ‘bercuti’ tetapi sudah menjadi rutin hariannya bangun awal dan sesudah membersihkan dirinya dia melihat Harith Iskandar masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Laila Atiqah hanya memerhatikan suaminya itu tidur dengan comelnya sebelum tiba-tiba Harith Iskandar membuka matanya dan memandang tepat ke dalam anak mata Laila Atiqah yang berada dekat dengan wajahnya. Laila Atiqah terkejut dan terduduk daripada cangkungannya tadi kerana melihat wajah Harith Iskandar dengan dekat. ‘alamak terkantoi sudah…’omel Laila Atiqah didalam hati.

Oleh kerana terlalu malu, Laila Atiqah terus bangun lalu keluar daripada bilik tidur mereka dan menuju ke dapur. Harith Iskandar hanya tersenyum melihat perlakuan isterinya itu. Dia sengaja mengenakan isterinya itu dan sebenarnya dia sudahpun bangun sebelum Laila Atiqah mengubah tangannya yang melingkari pinggang isterinya itu.  Sengaja dia pura-pura tidur dan sekali lagi mengenakan Laila Atiqah apabila Laila Atiqah memerhatikannya semasa dia berpura-pura tidur dengan membuka matanya. Dia suka apabila melihat isterinya itu terkejut dan membuat muka comelnya itu. Rasa macam nak cubit-cubit pipinya yang gebu itu.
Laila Atiqah membuka peti ais dan mengeluarkan air sejuk yang memang sudah tersedia di dalam peti sejuk itu. Harapannya agar air sejuk itu mampu untuk meredakan kepanasan wajahnya yang membahang dirasakan akibat berasa malu dengan Harith Iskandar.

“kenapa minum air sejuk pagi-pagi ni Ati..”tegur Pn Farihin yang sudah berada di muka pintu dapur.

“tak ada apa-apa ma, terasa panas pulak tadi, tu yang minum air sejuk tu,”balas Laila Atiqah dan kembali memasukkan botol air yang tinggal separuh itu ke dalam peti sejuk.

“tak elok minum air sejuk pagi-pagi ni Ati, Is dah bangun ke?tanya Pn Farihin lagi.

“Dah bangun dah ma, tengah mandi rasenya tu,”Laila Atiqah memberitahu mak mertuanya itu.

Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan pada yang Esa, Harith Iskandar turun ke bawah dengan tidak menukar pakaian yang dipakai untuk solat iaitu baju melayu berwarna hitam serta kain pelikat dan lebai putih yang masih setia di kepalanya. Nampak sangat handsome dan sejuk mata memandang dimata Laila Atiqah walaupun hanya memandang dengan ekor matanya. Mahu memandang secara terang-terangan dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan suaminya setelah apa yang berlaku tadi. Tangan Harith Iskandar laju sahaja memeluk mamanya yang sedang sibuk mengacau nasi goreng di atas kuali.

Dengan manjanya Harith Iskandar bertanya kepada mamanya,”ma masak ape ni”.

“hai kamu ni along ,dah tak nampak ke apa yang mama buat ni, hah lagi satu yang sorang lagi tu tak nak peluk jugak ke, sian Ati nanti jealous,” Pn Farihin sengaja mengusik anak menantunya.

“yang lagi sorang tu Is dah peluk malam tadi, so tak payah dah la,”selamba sahaja Harith Iskandar membalas pertanyaan mamanya itu.

Jawapan Harith Iskandar itu membuatkan mamanya hanya mampu tersenyum manakala Laila Atiqah sudah merona merah wajahnya mendengar perbualan dua beranak itu. Lagi bertambahlah perasaan malunya hendak bersua muka dengan Harith Iskandar selepas ini. Laila Atiqah tidak tahu hendak berbuat apa lagi dan hanya meneruskan kerjanya membancuh air milo panas untuk mereka sekeluarga.’nasib baik aku duduk membelakangi dua beranak tu, kalau dekat depan tak tau la nak buat muka macam mana’omel Laila Atiqah didalam hati.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, 9 November 2012

Perasaan apakah ini???



Assalamualaikum dan selamat malam (mcm nk tdo dh kn)huhu tkpe la..kita biarkan aje ye..

Hari ni saya dapat rase macam-macam perasaan..gembira, sedih, rse x tau nak buat ape, rse mcm byk benda nk kne buat, rse mcm mkn gula t’lbh, rse mcm mkn pisau belati, rse mcm rimas, rse tepu, rse ssh hati, rse senang hati,rse bersalah, rse menyesal, rse sakit hati (dgn diri sendiri),rse kecewa, rse rindu,rse bosan, rse kesunyian (wlupun ade roomie dlm bilik lg)..

Persaan sekarang n i=complicated

Ssh nk tafsir kebesaran Allah ni kan..(P.E.R.A.S.A.A.N)… sesuatu yg Allah kurniakan kepada manusia (binatang ade gak )..

P/s:kpd kwn2 yg suruh saye tlis psl korang nanti ye, skrg ni x sesuai nk tls kerana sye ade split feeling ..huhu..