!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 16 September 2013

Sambungan 17 (Nasi Goreng Misteri)


Laila Atiqah sedang duduk di kafe sambil menunggu Farah Diana yang masih membeli makanan di kafe sedangkan dia sudah selesai membeli nasi dengan ayam masak merah serta sedikit sayur kubis. Seperti biasa sudah pasti ramai mahasiswa yang sedang kelaparan pada saat ini kerana sudah pun menjangkau waktu tengah hari. Farah Diana kawan satu course yang mempunyai jadual waktu yang sama dengannya oleh itu kemana-mana sahaja pasti mereka akan pergi bersama. Masih berada di ingatan Laila Atiqah bagaimana permulaan pertemuan mereka di Kampung Fajar sewaktu aktiviti kidmat komuniti semasa Program Orentasi di minggu pertama mereka di Universiti Malaysia Pahang. Mereka hanya bertanyakan Course yang diambil dan nama dan kemudiannya terus menjadi kawan yang sehinggakan boleh menangkap gambar bersama-sama sewaktu berada di Kampung Fajar. Mungkin disebabkan bilangan mahasiswa yang mengambil course Occupational Safety & Health ini tidaklah ramai seperti course-course lain yang mempunyai bilangan mahasiswa yang mencecah ratusan disebabkan course OSH ini adalah course yang baru dan apabila mengetahui teman secourse maka dengan naturalnya kami menjadi rapat dan mesra.

“Ramainya orang, penat beratur panjang,” rungut Farah Diana sambil tangannya meletakkan pinggannya di meja dan kemudian dia berlalu ke sinki untuk menbasuh tangan. Laila Atiqah hanya berdiam dan memerhatikan tindak tanduk kawan karibnya itu.

“Ila ni kenapa?ade pape yang tak kene ke? Muka itu monyok je, aku cakap pun tak layan.”kata Farah Diana sekembalinya dia ke meja mereka.

“Ke ingat dekat pakwee,”kata Farah Diana lagi kerana Laila Atiqah masih lagi berdiam dan hanya memandangnya.

“Merepek je la Dhia ni, mana ade,” Laila Atiqah menyangkal serkap jarang Farah Diana yang sememangnya betul tapi yang tak betulnya bukan pada pakwe tetapi pada suaminya.

“Abis tu kenapa?” tanya Farah Diana lagi sekali.

“Mana ade pape la. Penat je hari ni. Jomla makan, tadi kata lapar sangat,” balas Laila Atiqah sambil tangannya sudah pun mengangkat tangan membaca doa makan. Farah Diana hanya mengaminkan doa yang dibaca oleh Laila Atiqah dan mereka berdua makan dengan senyapnya almaklumlah kedua-duanya lapar, sejak daripada pagi lagi kerana tidak sempat sarapan disebabkan hari ini kelas mula pada pukul 8 pagi.

Sampai sahaja di biliknya Laila Atiqah duduk di kerusi belajarnya, membuka laptop yang setia berada di atas mejanya. Melihat screen laptopnya yang mempamerkan gambar raya ahli keluarganya pada tiga bulan yang lalu membuatkan Laila Atiqah tersenyum dan matanya tertancap pada seseorang yang sudah mula terasa ketiadaannya disisi iaitu gambar Harith Iskandar yang tersenyum di sampingnya. Laila Atiqah teringat akan janji yang dibuat mereka berdua semasa bulan Ramadhan yang lalu yang dia mahupun Harith Iskandar tidak tepati iaitu mahu sentiasa berhubung walaupun berada jauh antara satu sama lain. Bukan dia tidak mahu menghubungi Harith Iskandar dahulu tetapi dirasakan tidak wajar bagi dia yang memulakan dahulu sedangkan yang mencadangkannya adalah Harith Iskandar sendiri. Sudah dua kali Laila Atiqah mahu menghantar mesej kepada Harith Iskandar tetapi hasratnya itu dibatalkan dan dibiarkan berlalu rasa rindu yang sesekali datang menjengah dirinya itu.  

Rancangan variety show Korean Runningman sedang ditonton oleh Laila Atiqah semasa Shira dan Zahirah menegurnya.

“Ila tak turun pergi tengok pasar malam ke?”tanya Zahirah sambil bersiap-siap.

“owh hari ni hari rabu ye,lupa la pulak, tak  kot..malas nak turun,” balas Laila Atiqah.

“nak pesan pape tak? Shira menawarkan diri untuk menolong.

“tolong belikan keropok lekor dua ringgit,”balas Laila Atiqah sambil tersengih.

“itu je ke..tak nak pape dah?”tanya Shira lagi.

“tu je kot, thanks Shira,”ucap Laila Atiqah pula.

“okey, tinggllah dalam bilik ni sensorang, hahaha, kitorang pergi dulu,” balas Shira sebelum menutup pintu.
Laila Atiqah hanya ketawa mendengar kata-kata Shira itu dan dia bersyukur dikurniakan roommate yang mengambil berat akan dirinya dan juga mudah untuk berkomunikasi walaupun berlainan kos dan juga fakulti.

“nah,“sepatah sahaja Shira berkata sambil tangannya meletakkan bungkusan di atas meja Laila Atiqah.

“terima kasih Shira,”ucap Laila Atiqah sambil membelek bungkusan plastic di atas mejanya.

“eh,nah Shira nasi goreng,”Laila Atiqah menghulurkan plastic beg ke arah Shira.

“eh, tu bukan Shira punya la,”kata Shira pula membuatkan Laila Atiqah kehairanan. Lalu Laila Atiqah memandang Zahirah yang sedang menanggalkan pin tudungnya. Laila Atiqah bertambah hairan apabila Zahirah turun menggelengkan kepalanya menandakan bukan nasi gorengnya.

Shira mendekati Laila Atiqah yang nampak kebingungan itu. “nasi goreng tu Ila punya la,”kata Shira.

“eh,orang ade pesan ke..rasanya takde tadi,”kata Laila Atiqah membalas.

“memanglah Ila tak pesan tapi ade orang kasi,”kata Shira pula.

“siapa yang bagi?” tanya Laila Atiqah pula.

“ade budak lelaki yang bagi tadi suh bagi kat Ila,”kata Shira lagi.

“lelaki?siapa?”tanya Laila Atiqah lagi.

“aah lelaki, Shira ade jugak tanya siapa dia ni, Ila kenal tak dia, dia cakap Ila kenal dia,”jawapan Shira itu membuatkan Laila Atiqah pening memikirkan siapakah gerangannya yang memberi dia nasi goreng itu.


++++++++++++++++++++++